Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

FB Ads Calc

Pengurusan fanpage Facebook perniagaan anda. Kami menawarkan konsultasi bermutu seiring dengan pengalaman kami.

Training

Pengalaman kami dalam mengendalikan training kepada pengguna beginner sehingga pengguna advance.

8 Teknik Bagaimana Untuk Dapatkan CTR Tinggi

Diterbitkan pada Mar 20, 2013 oleh

ctr

CTR? What is that?

CTR, Click Through Rate adalah satu indeks bacaan pada FB Ads manager yang mana ianya memberi ukuran akan keberkesanan iklan yang dibuat dalam mendapatkan klik terhadap iklan yang dipaparkan.

Formulanya, adalah..

CTR = (Jumlah klik / jumlah impression) %

Lihat contoh kiraan di bawah:

Kiraan CTR

Kiraan CTR

Iklan 3  – Jumlah impression 33, 695, jumlah klik 1412
CTR nya adalah, CTR = (1412/33,695) X 100%
= 4.191%

#Kenapa kita perlu dapatkan CTR yang tinggi?

Sebagai pengiklan, kita perlu dapatkan CTR yang tinggi kerana:

  1. CTR tinggi menunjukkan iklan kita adalah berkesan untuk menarik perhatian audiens. Iklan yang berkesan, dapat menghasilkan jumlah klik yang tinggi.

  2. CTR tinggi dapat hasilkan iklan yang berjalan laju, yang mana jumlah reach (jumlah audiens yang melihat iklan) dapat ditingkatkan dengan lebih pantas. Lebih ramai yang melihat iklan anda, lebih tinggi potensi keuntungan jualan anda.

  3. CTR tinggi membantu anda mendapatkan kos iklan yang lebih murah.

Anda pasti inginkan CTR yang tinggi dari iklan yang anda jalankan bukan? Disini saya ingin kongsikan bagaimana untuk dapatkan CTR yang tinggi bagi iklan anda.

#Teknik 1: Gunakan Page Post Ads/Promote Post Ads

Jenis iklan Post Page - Image

Ya, gunakan iklan jenis ini. Iklan jenis ini membantu anda untuk dapatkan CTR yang tinggi. Ianya agak berbeza bagi iklan jenis “new ads”. CTR yang diperolehi adalah tinggi kerana gambar yang dipaparkan adalah lebih besar berbanding iklan biasa (new ads). Manakala iklan jenis promoted post, ianya dipaparkan di newsfeed audien, dan sudah pasti paparannya adalah yang terbesar, paling jelas. Maka sebab itulah CTR nya adalah tinggi.

#Teknik 2: Gunakan Bid Type, CPC

Jenis Bid

CPC (cost per click), adalah yang paling sesuai untuk dapatkan CTR yang tinggi sekiranya anda menjalankan iklan new ads ataupun page post ads (iklan ini muncul di sidebar kanan akaun FB audien). Jika dibandingkan dengan penggunaan CPM atau autoCPM, penggunaan CPC adalah lebih efektif untuk hasilkan CTR yang tinggi. Berbanding pula dengan CPM, penggunaan CPM memang agak berisiko, di mana anda boleh mencapai audiens yang besar dalam masa yang singkat, tapi kadar klik adalah rendah, seterusnya menghasilkan CTR yang rendah.

#Teknik 3: Gunakan Gambar Iklan Yang Jelas, Relevan & Menarik Perhatian

Conto iklan yang digunakan dalam teknik Story FB Ads

Sudah pasti penggunaan gambar iklan yang jelas, relevan dan menarik perhatian mampu membantu anda mendapatkan perhatian audiens dengan lebih mudah. Dan seterusnya, ayat iklan yang berkaitan mampu menarik audien untuk klik pada iklan anda. Seterusnya, ini akan menyumbang kepada peningkatan nilai CTR iklan tersebut. Ada sumber berkata, gambar iklan menyumbangkan hampir 70%  kepada klik yang diperolehi.

#Teknik 4: Pilih Targetted Audience

Audien yang dipilih menggunakan FB Ads

Dengan memilih audien yang lebih spesifik, lebih relevan, iaitu dari segi umur, jantina, lokasi, minat audiens, CTR yang dihasilkan mampu mencapai nilai yang sangat tinggi. Lebih kecil target anda, lebih tinggi potensi CTR yang bakal anda perolehi. Oleh itu, cuba kaji prospek audiens anda sedalam-dalamnya. Data-data ini boleh diperolehi dari google trends, yahoo clues, fanpage insight dan lain-lain, termasuk database offline yang pernah anda rekod.

#Teknik 5: Pilih Newsfeed Mobile

7

Dengan FB Ads, anda boleh memilih samada audiens anda boleh melihat iklan anda di dekstop dan juga mobile. Jika anda memilih audien sasaran anda hanya pada mobile sahaja, kadar CTR memang lebih tinggi. Ini kerana pengguna smartphone/mobile yang melayari facebook adalah lebih tinggi  berbanding pengguna yang melayari FB melalui dekstop. Almaklumlah, smartphone duduknya dalam poket, desktop di rumah.:-)
Nota: Fungsi ini hanya boleh digunakan melalui Power Editor.

#Teknik 6: Audien, Promot Kepada Fans Sahaja!

Fans only

Ya, jika anda promosikan iklan anda hanya kepada fans anda sahaja, CTR yang diperolehi memang tinggi. Ini kerana mereka telah kenali fanpage anda. Dan apabila mereka melihat iklan anda, pasti mereka kenalinya dan seterusnya klik iklan tersebut. Promosi kepada mereka yang dah kenal anda memang mudah:-) Iklan offer adalah sangat sesuai digunakan bagi teknik ini.

#Teknik 7: Sponsored Story

Sponsored Story

Apabila anda membina iklan, fungsi ni akan dipaparkan bersama dengan iklan anda sekiranya anda tak “remove” kannya. Iklan ini akan memaparkan aktiviti yang dilakukan oleh fans anda di post tersebut. Jadi, audiens sasaran kita yang melihat iklan ini berpotensi untuk melihat nama rakan mereka pada iklan tersebut. Ini menimbulkan rasa ingin tahu mereka untuk klik iklan.

#Teknik 8: Guna Video

Jenis Iklan Post Page - Video

Jenis Iklan Post Page – Video

Penggunaan video memberikan impak tinggi dalam pengiklanan anda. CTR yang dihasilkan adalah tinggi kerana “play button” yang dipaparkan pada gambar iklan. Anda boleh mencubanya:-) Apa yang penting, elakkan gunakan url youtube untuk promo menggunakan video. Gunakan video dengan meng “upload” nya sendiri ke post fanpage anda.

Kesimpulannya – CTR memang sangat penting dalam kempen pengiklanan FB Ads. Ianya menentukan keberkesanan iklan yang dijalankan. CTR yang tinggi membantu jimatkan kos iklan, percepatkan iklan sampai kepada audiens sasaran. Tapi anda perlu ingat, CTR tinggi bukanlah penentu kejayaan iklan anda. Kejayaan utama untuk iklan FB anda adalah – KEUNTUNGAN YANG DIPEROLEHI.

ps – Jemput share jika bermanfaat..Dan jemput komen.

Kategori: CTR

Komentar (32)

  1. mimi

    Salam tuan, nak tye…sy br jek set up page utk biz. Br ada 25 like…Ape perlu sy buat ye? Sesuai x sy guna iklan jenis ni? sy try guna iklan type ‘get more likes’ dlm 2 hari lepas..tp xberapa respons sgt…ape nasihat tuan supaya sy dpt sales yg tinggi? Sy buntu ape yg patut sy buat sekarang..

  2. lia

    terima kasih banyak2 untuk ilmu yg sgt2 brmanfaat ne..tp sye ad masalah ckt dgn f.page sye…sye bru set up f.page bru untuk biz sye..n dh try guna teknik fb ads,dh 2 hri,tp msih blum ad respons..mcm mane nk buat ye sifu?

  3. As salam, encik sifu,baru2 nie sy ada buat fb ads,sy melaburkan modal iklan sebanyak rm20 sy pilih max bid rm0.10 per click, dlm masa sehari,iklan sy menelan kos rm7.80 ,sy terkejut ,dan siasat,rupanya dia kenakan rm4.46 cost per likes ,sy konfius.harap encik sifu dapat bantu sy untk memahami masalah ini,tq

  4. Pingback: Sifu FB Ads

  5. Pingback: CTR 40%, Bagus ke Tidak ? | Sifu FB Ads

  6. Pingback: 3 Jenis Bidding Untuk FB Ads | Sifu FB Ads

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!