5 Tips Untuk Memikat Fans Supaya Mereka Baca Post Anda

5 Tips Untuk Memikat Fans Untuk Baca Post Anda

Untuk buatkan fans sentiasa follow update dari fanpage kita, bina la post yang mereka SUKA. 

Macam mana nak tahu mereka suka atau tak post kita?

Anda perlu buat post harian, kemudian lihat post jenis yang bagaimana dapat ENGAGEMENT yang paling tinggi.

.. bina post dalam bentuk gambar, share link artikel, video atau post text biasa.

Lebih menarik, jika kita boleh berikan maklumat yang ada kaitan dengan ISU SEMASA. Biasanya, post jenis ini selalu dapat engegament yang tinggi.

So, jangan buang masa, jom kita sama-sama korek.. apa 5 tips mudah ini. Tak perlu keluar duit pun. FREE je. Hari ni juga boleh buat.

Jumzz baca 5 tips ini:

#1: Gaya Bahasa Penulisan

Gaya penulisan kita tu mestilah intonasinya sama seperti kita sedang bercakap dengan audiens.. tapi, jangan pula anda guna bahasa yang kasar. Jangan main kasar! Gunakan BAHASA yang baik-baik je, hormat audiens kita. Jika kita nak orang hormat kita, kita kena la hormat orang dulu.. tak gitu..?

Secara ringkasnya, bila mereka baca post kita.. mereka akan rasa seperti tengah bersembang dengan kita.

Contohnya macam ni ha, “Meh saya kongsikan 3 cara bagaimana nak jana duit daripada Facebook dengan kos pemasaran yang rendah. Sila baca dan komen ye..” 

Guna ayat yang MUDAH orang faham. Walaubagaimanapun, benda macam ni ikut NATURE penulisan kita. Kalau anda seorang yang professional dan selalu guna Bahasa Melayu Tinggi.. maka seeloknya gunakan perkataan yang FORMAL.

Jika anda jenis yang sempoi-sempoi, jadi tulis jelah macam blogger-blogger tu. Cun!

#2: Isi Kandungan Post

Pastikan anda tulis content post yang fans anda nak baca, bukan suka hati je anda nak tulis apa! Isi kandunagn post ni tak perlu gempak sangat. Tips atau perkongsian biasa-biasa pun dah okay. Yang penting bermanfaat!

Contohnya, macam kita nak kongsi pasal cara nak jadi hensem. Jadi, kita tulislah cara-caranya macam mana, sama ada sikat rambut ke, pakai suit ke, dan sebagainya.

Kalau anda jenis suka kongsi tentang cerita yang terjadi kepada anda tu lagi syok. Cerita dan tulisan dari pengalaman sendiri tu antara topik yang paling fans suka baca.

Contohnya, macam cerita kita pergi melancong ke luar negara ke, cerita kita kena perlu join seminar di luar negara ke, atau apa-apa sahajalah pengalaman anda yang menarik untuk dikongsikan.

Yang paling penting, mesti ada isi. Isi yang FUN dan audiens boleh dapat manfaat daripadanya.

Jika mereka SUKA dengan post anda, pasti mereka akan SHARE dan post anda akan jadi VIRAL. Dapat free marketing..

#3: Kenal Siapa Sasaran Audiens

Anda WAJIB tahu siapa target audiens post anda dan tulis mengikut gaya yang sesuai dengan mereka.

Kenal SIAPA Sasaran Audiens

Senang cerita macam ni, siapa followers fanpage anda?

Contohnya, jika anda fanpage anda khas untuk geng ustaz-ustaz, masukkanlah ayat-ayat islamik dalam tulisan anda seperti “bismillah” pada permulaan post ke, atau kalimah-kalimah yang menyerupai bahasa-bahasa ustaz nih. Kongsikan doa harian dengan mereka.

Kalau fans anda ramai daripada geng-geng bisnes, seeloknya buat tulisan yang berasaskan tip-tip berkaitan marketing. Ayat pun tak perlulah tulis macam karangan SPM sangat. Simple-simple sudah.

Jika anda takde IDEA nak tulis apa, anda tulis je satu TIPS ringkas pun dah cukup. Nak lagi senang, anda SHARE je post dari fanpage lain. Berikan sedikit pendapat mengenai post yang anda share tu, ini dapat tingkatkan ENGAGEMENT dengan fans anda.

#4: Tetapkan Fokus Penulisan Anda.

Tetapkan FOKUS penulisan anda.

Fans anda ni semuanya manusia, dan manusia ni FOKUS mereka taklah sehebat macam fokus kamera DSLR tu. Jadi, TAJUK dan ISI kandungan mestilah berkaitan antara satu sama lain. Flow cerita juga mestilah TERSUSUN.

Kalau kita tulis bab Facebook Ads, fokus pasal tu je. Jangan pula masukkan bab politik pula. Bila tulisan kita bercampur-campur dan tak fokus, post anda akan jadi macam ROJAK! Macam-macam ada! Nanti, fans akan jadi tersangatlah BOSAN dan MALAS nak baca.

Jadi, tentukan MATLAMAT dan fokus pada awal sebelum anda menulis. Tanya pada diri anda, anda nak kongsi apa sebenarnya kepada fans anda? Orite?

#5: Penulisan Kemas dan Tersusun. 

Yang ni juga sangat penting!

Semasa menulis, gunakan noktah, koma, dan tanda baca yang sesuai. Jangan guna lebih-lebih pula! Nanti audiens naik MENYAMPAH nak teruskan membaca…

Gunakan susunan perenggan yang TERATUR. Jangan terlalu padat sangat tulisan. Kelaskan point penting dalam 1 perenggan khusus dan sebagainya.

Contohnya macam ni..

Tulisan anda tu mestilah KEMAS dan TERSUSUN

Jadi, itu sahaja untuk artikel kali ni. Menulis ini sebenarnya mudah sahaja. Bagaimana kita mahu membaca tulisan orang lain, macam itu jugalah orang lain mahu baca tulisan kita.

Ada faham..?

Jika kita suka satu post itu, cuba kita KAJI apa sebab kita suka baca post tersebut?

Gaya bahasa? Ayat yang digunakan? Adakah kerana isinya? Susunan ayat yang mudah difahami.. atau lain-lain sebab lagi..

.. lepas kaji tu, jangan lupa pula praktik apa yang anda dah dapat. Okay?

Baik, terima kasih kerana baca tip ini dan teruskan bersiar-siar di blog sifufbads!

Similar Posts

137 Comments

  1. Assalammualaikum sifu 🙂

    Terima kasih utk tips ye..
    Sifu , ade kwn fb yg minx sy ebook ni..bole ke sy bagi cenggitu je ?

  2. Saya selalu rasa tak yakin nak menulis post FB walapun ada je benda saya nak cerita.
    Taip panjang2 lepas tu simpan dalam draft hehe

    Btw, tq sifu share tips! 🙂

  3. Assalamualaikum. terima kasih sifubad atas perkongsian ini. banyak manfaat yang telah saya dapat. insyaallah. saya juga mula membaca buku-buku tulisa sifubad andataranya formua sifubad. alhamdulillah sedikit sebanyak membantu saya menambah like di page saya. kalau tidak keberata saya mohon sifubad lihat dan komen saya punya page. banyak yang perlu saya perbaiki. pada sahabat-sahabat semua anda juga dialu-alukan memberi cadangan @ komen untuk menambah baik page saya https://www.facebook.com/kopkobeta . terima kasih dari kak murni harun kop kobeta

  4. Assalammualaikum….
    Alhamdulillah sifu Jamal jutaan terima kasih…
    saya ni newbie… baru nak belajar
    ♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
    Banyak manfaat sifu!
    Terbaik!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *