Cara Gunakan Fungsi Promote Post

Kemaskini terakhir pada: Dec 27, 2012 Diterbitkan oleh: JaMaL (SifuFBads)
Promote Post

Promote Post

Promote post juga dikenali sebagai sponsored ads dalam pengiklanan Facebook.

Fungsi ini terdapat di bahagian bawah post di fanpage anda.

button promote post

Fungsi “promote” pada post timeline

Fungsi ini diperkenalkan oleh Facebook pada pertengahan tahun 2012 ini, untuk membantu pemilik fanpage untuk meningkatkan kadar reach sesuatu post kepada fans mereka.

Sebelum ini..

Sememangnya kalau kita buat post di wall page kita, biasanya bawah 10- 20% saja reach yang kita terima.10- 20% je akan lihat post kita di newsfeed mereka. Itupun jika mereka memang buka newsfeed ketika itu. Untuk dapatkan atas 20% reach, memang agak sukar.

Kerana..

  • ¬†Bukan semua fans kita online FB mereka di kala kita buat post. Katakanla kita buat post pagi ini, mereka pula login FB jam 9 malam. Mereka berpotensi untuk tak terima post kita di newsfeed mereka.
  • Mereka sudah tentu LIKE banyak fanpage, subscribe banyak friends, sudah tentu newsfeed mereka sentiasa menerima update yang begitu pantas, sehinggakan mereka tak sempat melihat post kita.
  • Satu lagi, penglibatan fans kita dengan post kita (samada LIKE, komen, Share) juga memainkan peranan..
  • FB newsfeed ni ada algorithm nya sendiri…..


Sebab itu fungsi PROMOTE (button promot di ruangan action post) disediakan oleh FB. Ini bukan bertujuan untuk mengaut untung semata-mata, tapi membantu pengiklan FB beriklan dengan lebih berkesan. Post kita akan muncul di kedudukan PERTAMA newsfeed fans/audien yang kita sasarkan. Kelebihannya

  • Post iklan anda lebih besar, jelas berbanding iklan tepi tu..
  • Setiap audien yang berjaya dicapai, akan melihat post kita di awal newsfeed..Sebab itu CTR hasil ads ini mampu capai 5-20%.
  • Anda boleh dapat CPC bawah USD0.03 jika CTR tinggi..(biasanya mudah saja)..Walaupun ianya OPTIMIZED CPM, tapi kita boleh jimat banyak guna cara ni..
  • Sangat sesuai buat fanpage yang dah memiliki kredibiliti, TAT (Talking About This), dan jumlah LIKE melebihi 1000 LIKE…
  • Conversion juga boleh dapat tinggi jika tahu teknik PUSH MARKETING..

Ikuti Langkah-Langkah Buat Iklan Promote Post..

1. Bina post anda terlebih dahulu.

post contoh

Contoh Post yang telah dibina

2. Lihat button “Promote” di bawah post yang telah dibina tadi.

Button Promote

Button Promote

3. Klik dan paparan ruang setting iklan akan anda lihat seperti di bawah.

Paparan Setting Iklan

Paparan Setting Iklan

Panduan Isi maklumat ini:

Audience – Anda boleh iklankan post anda kepada fans anda sahaja, atau anda boleh memilih fans dan rakan mereka. (Anda boleh cuba yang pertama dahulu)

Maximum Budget – Anda pilih budget yang anda mahukan. Budget ini adalah berdasarkan slots sasaran Reach yang anda ingin sasarkan. Lebih tinggi reach, lebih tinggi kosnya. (Apapun, anda boleh PAUSE iklan ini selepas ianya dijalankan)

Pilihan budget berdasarkan jumlah audien sasaran

Pilihan budget berdasarkan jumlah audien sasaran

4. Anda akan diminta isikan maklumat kad kredit/kad debit bagi tujuan billing. (jika pertama kali membuat iklan FB)

5. Klik butang “Promote Post” ¬†untuk pastikan iklan anda berjalan.

Mula Promot

Mula Promot

6. Button promote bertukar kepada Promoted jika iklan “post promote” telah dibuat.

Sudah promote

Sudah promote

Begitulah langkah-langkah untuk anda gunakan fungsi “promote” pada fanpage anda.

Apabila iklan anda telah diluluskan oleh pihak FB (biasanya sekejap saja), iklan anda mula dipaparkan di awal newsfeed audien anda. Contoh paparan adalah seperti berikut. (Anda dapat lihat perkataan sponsored pada post tersebut. Tiada waktu dipaparkan)

Paparan iklan sponsored post (promote post)

Paparan iklan sponsored post (promote post)

Anda dah faham? Saya harap begitulah! Ini lah kaedah pengiklanan FB ads paling mudah untuk dijalankan, terutamanya buat mereka yang baru.
Tapi perlu ingat..
Setiap teknik pasti ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.

Kelebihan iklan ini – mampu hasilkan CTR yang tinggi di mana paparannya adalah lebih besar, lebih jelas dari paparan iklan biasa (iklan di sidebar tepi FB). Paling efektif jika post anda adalah post promosi produk. Yang menarik lagi, iklan ini berpotensi untuk berikan anda kos iklan yang rendah (bawah USD0.05).

Kelemahan iklan ini – Ianya hanya sesuai apabila anda memiliki fans yang ramai (atas 1000). Jika bawah dari itu, agak kurang efektif. Selain itu juga, iklan ini berpotensi untuk sampai kepada audien bukan sasaran anda (bila anda memilih freinds of fans).

Sekian saja perkongsian dari saya. Jika anda belum cuba fungsi promote post ini, inilah masanya untuk anda gunakan. Selamat beramal!

Google

Artikel Berkaitan:

JaMaL (SifuFBads)

JaMaL (SifuFBads)

Penulis SifuFBads.com - JaMaL adalah seorang penulis, guru, consultant dan penceramah dalam bidang Pemasaran Facebook di Malaysia. JaMaL telah membantu ramai usahawan, syarikat dan juga individu dalam menguasai ilmu pemasaran Facebook sejak 2010 lagi.

Komen

    • Tiada masalah….dalam pembelian online kad debit/kad kredit mmg diperlukan..dgn FB, secure…(saya sendiri banyak pembelian luar negara guna kad debit)..Kadang2 pihak maybank call kita untuk sahkan transaksi yang dibuat…Dun wurri:-)

    • Ni artikel tahun 2010..sudah tak boleh dipakai dah..FB dah berubah sangat banyak..skerang ni TAK KAN DAPAT KOS CAMNI kebiasaannya..NI LAMA PUNYA ALGORITHM

      Ni komen saya berkenaan teknik CPM (saya juga ada jual panduan teknik CPM)
      1 – impressions, ya betul, dgn CPM kita mampu dapatkannya tinggi dalam masa yang begitu singkat..
      2 – view – view sama dengan impressions
      3 – kos iklan USD0.00 itu adalah MUSTAHIL..ini kerana FB sediakan FB Ads adalah untuk pengiklan menggunakan servis iklan FB..pengiklan perlu membayar..dalam CPM, kita perlu membayar minima USD0.01 untuk 1000 impressions…kalau 100,000 impressions, berapa dah kita kena bayar tu? dalam http://www.mrgreen.am/facebook-ads/zero-cent-clicks-on-facebook-ads/ hanya avg CPC yang 0.00..itu tak perlu lihat, sbb si pengiklan guna CPM..dan kos iklan dia adalah 0.33USD..kita lihat cost CPM dia dapat USD0.01, ni adalah paras minima dalam ads..ctr PUN RENDAH JE TU 0.3..sekarang, nak dapat macam tu, kena dapatkan CTR atas 20%..sangat sukar untuk capainya..

  1. Pingback: Iklan FB ADS | Sifu FB Ads

  2. kalau kita set bajet usd5 dan bila bajet tu dh sampai target usd5 tu ads akan berhenti sendiri atau macam mana tuan?

    pastu satu lagi ads jenis ni ada ads manager jugak ke cmana.kurang faham.ada buat ads ni baru ni tp dia sampai info di email.jadi klu nk pause kan ads tu atau nk tengok bajet dan sbgnya mcm mana.harap dpt penjelasan.

    • Ye, sampai capai USD5 tu,atau hampir dengannya – ia akan berhenti.

      Ye, ada di ads manager juga. Kalau kita buka ads manager, ada ads dengan nama panjang (Dia amik perkataan awal pada post kita)..kita boleh pause, lihat spent di ads manager

  3. Terimakasih Sifu..saya baru buat percubaan promote post pagi tadi dan setelah memdapat bimbingan di site ini makin faham lah saya teknik ini ..alhamdulillah..

  4. Assalamualaikum sifu…..

    macam mana pula kita nak buat promote ni untuk dapatkan like lebih banyak untuk page..? Sebab saya pernah nampak iklan yang di sponsored tapi ada button “like”…

  5. Assalam sifu.. kenapa saya punya xde button promote, tapi yang ada cuma advertise post & get more reach jer.. adakah fungsinya sama… mohon pencerahan sifu..

  6. salam..sy skarang baru ade 110 likes shj..kalo sy guna promote ni..boleh bantu tambah kn like sy atau kena tgu ramai yg like bru berkesan guna promote page ni

  7. Sy dh promoted post yg RM16 untuk one day. Agak berkesan. Tp skrg sy tak faham dgn billing. Sy guna kad debit maybank, mcm mana maybank akan tolak RM16 dr akaun sy?hope dpt bantu..

  8. Pingback: I Muslim Network » Cara Gunakan Fungsi Promote Post

  9. Pingback: Iklan FB Ads | Sifu FB Ads

Tinggalkan Komen Anda

Diuruskan oleh:

SIFUFBADS SDN. BHD
No 2-2, Jalan Tasik Utama 9,
Medan Niaga Tasik Damai,
Sungai Besi 57000 Kuala Lumpur.

 

Telefon No.: +603-9055 4938