Iklan FB ADS

Kemaskini terakhir pada: Jan 11, 2013 Diterbitkan oleh: JaMaL (SifuFBads)

Pengenalan FB

Iklan FB Ads..

Pasti anda biasa dengar? Tapi adakah anda tahu apakah “FB Ads” ini? Jika tahu, bagus…Tak tahu? Pun bagus! Ini kerana saya akan terangkan apa itu FB Ads.

FB Ads adalah singkatan bagi Facebook Advertising..dalam Bahasa Melayu, Pengiklanan Facebook!

Facebook menyediakan ruang untuk pengiklan untuk mengiklankan produk, servis, komuniti mereka dan sebagainya kepada jutaan pengguna Facebook berdasarkan;

  • data geografi (di mana pengguna FB berada),
  • data demografi (umur, jantina dan status pengguna FB) ,
  • data sosiografi (apa yang pengguna FB suka), dan juga
  • data sosiografi (hubungan antara seorang pengguna FB dengan pengguna FB yang lain yang telah sertai mana-mana fanpage atau group).

Di mana iklan dipaparkan? Dan bagaimana ianya dipaparkan?

Iklan FB ini dipaparkan di beberapa ruang pengiklanan FB mengikut ‘gajet’ yang digunakan oleh pengguna untuk melayari Facebook.

Paparan Iklan Buat Pengguna desktop, laptop & tab
Sekiranya pengguna menggunakan laptop/desktop/tab, paparan iklan dapat dilihat di:

1) Sidebar Akaun Facebook Audien. Jika anda buka akaun FB anda, samada anda sedang layari newsfeed, mahupun sertai mana-mana group, anda akan jumpa iklan-iklan ini.

Kedudukan Iklan FB

2) Newsfeed Audien. Sekiranya audien sasaran anda membuka paparan newsfeed mereka, mereka akan jumpa iklan ini di kedudukan teratas. Anda boleh lihat perkataan “sponsored” pada iklan tersebut.

Iklan Sponsored Post

Paparan Iklan Buat Pengguna Smartphone

Sekiranya pengguna smartphone seperti iphone, android, dan lain-lain melayari FB, paparan iklan hanya dapat dilihat pada newsfeed sahaja. Lihat paparan di bawah;

1) Iklan sponsored post – Anda boleh iklankan post yang anda dibina di fanpage anda. Ianya dipaparkan seperti di bawah.

Sponsored Post ads

2) Iklan sponsored page. Jika anda promosikan fanpage anda untuk mendapatkan LIKE, ianya dipaparkan seperti di bawah.

Sponsored like

Begitulah paparan iklan FB yang bakal dilihat oleh audien samada mereka menggunakan laptop, desktop, tab ataupun menggunakan smartphone. FAKTA: Lebih dari 50% pengguna FB melayari FB melalui smartphone mereka pada setiap hari. Dari fakta ini, iklan anda bukan saja dilihat dari dekstop, tab, laptop, tapi ianya dilihat melalui smartphone pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Bagaimana iklan FB di kenakan bayaran?

Pengiklan dikenakan bayaran melalui kad kredit/kad debit ataupun paypal. Seperti saya, saya gunakan kad debit Public Bank dan juga paypal (saya ada 2 akaun FB).

Iklan FB ini dikenakan bayaran melalui 3 cara, iaitu;

1) CPC – cost per click

Iklan anda hanya dikenakan bayaran apabila iklan yang dipaparkan diklik oleh audien sasaran. Ada orang klik, baru kena bayar! Tiada klik, tak payah bayar! Kadar bayaran adalah berdasarkan nilai bid yang pengiklan letakkan. Jika nilai bid CPC yang diletakkan adalah USD0.09, maka kos CPC yang dikenakan mungkin USD0.09 ataupun lebih rendah (jika iklan kita bagus, FB biasanya akan beri diskaun).

Contoh: Anda boleh lihat paparan di bawah

Pengiraan CPC

2) CPM – cost per 1000 impression/view

CPM adalah kos yang dikenakan berdasarkan 1000 kali iklan anda dipaparkan. Ianya berbeza dengan CPC yang mana CPC dikenakan bayaran hanya apabila ada audien klik pada iklan anda. Dengan menggunakan CPM, anda dikenakan bayaran setiap 1000 kali iklan anda dipaparkan di FB. Apabila iklan anda dipaparkan, anda tetap dikenakan bayaran tak kira terdapat klik atau tidak. Bayaran yang dikenakan adalah serendah USD0.01 – USD0.05 bagi 1000 kali iklan anda dipaparkan (impression). Anda boleh letakkan nilai bid yang dimahukan. Lihat contoh di bawah:

Kiraan kos guna CPM

3) AutoCPM

Untuk memudahkan pemahaman anda, saya namakan 2 jenis AutoCPM. Terdapat 2 jenis autoCPM, iaitu AutoCPM promote post dan AutoCPM sidebar.

a) AutoCPM (promote post) – cost per reach

Ini agak berbeza dari CPC dan CPM sebelum ini. AutoCPM ini secara automatik akan digunakan sekiranya anda menggunakan iklan jenis  Sponsored Post. (anda gunakan button ‘promote’ pada post di fanpage anda). Kos yang dikenakan adalah berdasarkan reach (sasaran audien yang dicadangkan oleh FB).

budget

b) AutoCPM sidebar

Iklan jenis ini akan digunakan sekiranya anda memilih setting seperti gambarajah di bawah ketika membina iklan anda. Anda hanya letakkan bajet untuk iklan anda, dan pihak pengiklanan FB akan jalankan iklan anda secara automatik. Iklan anda dijalankan tanpa merujuk bid CPC,  tanpa merujuk bid CPM, tanpa merujuk jumlah reach sasaran. Iklan anda dijalankan oleh FB berdasarkan bajet yang anda letakkan. (Walaupun agak berisiko menggunakan AutoCPM sidebar ni, ianya boleh dikawal dengan meletakkan nilai bajet yang rendah)

AutoCPM

Itulah jenis-jenis kos dikenakan FB bagi tujuan iklan Facebook.

Dan seterusnya..
Anda boleh ketahui prestasi semasa iklan Facebook anda melalui FB Ads Management di https://www.facebook.com/ads/manage

FB Ads Management

8

Penerangan tentang Ads Management

1) Campaign Reach – Jumlah individu yang telah melihat iklan anda sepanjang tempoh iklan dijalankan.

2) Frequency – kekerapan iklan anda dilihat oleh audien tadi.

3) Social Reach – Jumlah individu yang telah melihat iklan anda dengan nama rakan mereka dipaparkan (social connections). Data ini hanya diperolehi jika anda mempromosikan fanpage.

4) Actions – Jumlah data tindakan yang diambil oleh audien selepas klik iklan yang dipaparkan. Jumlah ini meliputi page photo views, page post likes,  comments, link clicks, page likes dll. (kalau nak tahu orang LIKE, kat sini membantu)

9

5) Clicks – jumlah iklan anda diklik oleh audien.

6) CTRClick Through Rate, di mana jumlah klik dibahagikan dengan jumlah impression (data impression anda boleh lihat dengan klik butang “full report“). CTR menentukan keberkesanan iklan anda dalam menarik perhatian audiens. CTR yang tinggi mampu membantu iklan anda lebih dipaparkan dengan kerap, mendapat klik yang tinggi, dan juga mampu dapatkan kos CPC atau kos CPM yang rendah.

7) Spent – Kos iklan atau kos yang akan dikenakan oleh FB dari akaun pengiklan.

8) Name – nama iklan anda. Anda boleh namakan iklan anda sesuka hati.

9) Status – status iklan anda samada pending review (sedang menunggu kelulusan dari FB), active (iklan anda diluluskan dan sedang berjalan), paused (iklan anda dihentikan) atau delete (iklan anda dibuang).

10) Max Bid – nilai maksimum bid yang kita sudi letakkan.

Itulah serba sedikit tentang pengiklanan Facebook atau nama mudahnya, FB Ads.

Sekian saja.

Jika rasa bermanfaat, SILA LAH “SHARE” ye di wall FB anda. :-)

Google

Artikel Berkaitan:

JaMaL (SifuFBads)

JaMaL (SifuFBads)

Penulis SifuFBads.com - JaMaL adalah seorang penulis, guru, consultant dan penceramah dalam bidang Pemasaran Facebook di Malaysia. JaMaL telah membantu ramai usahawan, syarikat dan juga individu dalam menguasai ilmu pemasaran Facebook sejak 2010 lagi.

Komen

  1. tksh atas prkongsian..mmg sdg tercari2 more info ttg fb ads ni..
    mmg byk membantu org2 spt sy yg sdg mnjalankan biz especially kat fb ni :)

  2. aslm jamal… sy nk boost post kt fanpage tp ble dh click submit die kuar alert card authorization is declined sedgkn sume details dh betul. sy kol bank, die ckp die akn bukak sekatan kad ni utk payment post tu tp fb akn tarik automatically dr akaun kte tanpa kite tahu sbb details kite dh bg… minta pendpt en. jamal… btol ke? n mcmane nk post tanpa kuar alert tuh.. tq

  3. Saya da maklum tentang tu dan saya telah sgt minima kan perkataan tp masih x approved da alasan alasan pic sy bwh 18sx di mana alasan sgt x munasabah.,boleh bantu sy sbb sy da cuba google apa yg menyebabkan x approved tp xda artikel ttg itu..

Tinggalkan Komen Anda

Diuruskan oleh:

SIFUFBADS SDN. BHD
No 2-2, Jalan Tasik Utama 9,
Medan Niaga Tasik Damai,
Sungai Besi 57000 Kuala Lumpur.

 

Telefon No.: +603-9055 4938