Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Nama saya Jamaluddin Bahari. Dalam dunia online marketing, saya lebih dikenali sebagai Sifu JaMaL. Ramai orang gelarkan saya sebagai mentor #1 “WALK THE TALK” dalam pemasaran FB di Malaysia. Pengalaman saya dalam arena online marketing lebih kurang 8 tahun.
Saya juga merupakan pengarah dan juga pengasas syarikat SifuFBads Sdn Bhd. Syarikat ini dibina khas bagi menyediakan program-program latihan seperti seminar, kelas, konsultansi dalam bidang pemasaran internet.
Saya sangat berpengalaman dalam penganjuran seminar dalam bidang pemasaran internet yang mana sudah lebih 10 ribu orang telah hadiri seminar yang diadakan.
Untuk makluman anda, saya juga dah terbitkan 5 buah buku iaitu SifuFBads Copywriting, Formula SifuFBads, 21 Inspirasi SifuFBads, Roket Emel dan Ejen Leo. Buku-buku ini boleh didapati di kedai buku MPH yang berdekatan dengan tempat anda.
Nak tahu apa yang saya boleh bantu anda?
.. Jika anda perlukan nasihat dan tunjuk ajar dari saya dalam bidang sales & online marketing, sayalah orangnya!
.. Jika anda sedang mencari mentor untuk mengajar cara bina syarikat yang berstatus sdn bhd, sayalah orangnya!
Yes! Saya sangat yakin untuk bantu anda!
Sebab apa yang saya ajar, saya dah buat dan dah berjaya lakukannya! Saya bukan jenis orang yang borak kosong, seperti karipap yang takde isi. Luar nampak besar dan berisi, tapi dalam kosong! Saya cakap awal-awal ye, saya bukan jenis camtu ye..
Tak cayer? Baca blog saya ni – sifufbads.com
Itulah serba sedikit mengenai diri saya. Saya pun orang biasa juga seperti anda. Cuma saya dapat bantu sesiapa yang perlukan nasihat dan tips cara buat sales & marketing di FB. InsyaAllah!
Orite, harap info ini dapat buatkan anda lebih dekat dengan SifuFBads. Sebarang pertanyaan, boleh terus tanya di fanpage atau emel SifuFBads.