Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

5 SEBAB KENAPA PERLU UPGRADE ILMU ONLINE MARKETING ANDA?

Kemaskini terakhir pada Apr 3, 2017 oleh

Di Malaysia, dah ramai orang mula berniaga di FB. Tak kira la.. syarikat besar atau kecil, pelajar sekolah atau universiti, orang muda atau berpengalaman.. semuanya dah mula jual produk/servis di FB. Persaingan semakin tinggi. Berniaga di FB dah tak macam dulu. Jadi sebagai usahawan, apa tindakan anda?

Anda kena UPGRADE ILMU! Sebab apa?

#1: DAH TERLALU BANYAK IKLAN DI FB

Ya.. apabila dah ramai sangat iklan di FB, orang akan abaikannya. Orang tak suka iklan. Orang sukakan info yang beri manfaat pada mereka. Itulah sebab utama mereka ber-facebook setiap hari.

Kenapa ramai usahawan FB gagal hasilkan jualan? Sebab mereka terlalu banyak beriklan di FB. Bukan tu je, mereka juga guna strategi yang salah! Akhirnya stress sebab tak ramai pelanggan.

Bila buat iklan tanpa ilmu yang betul, itulah hasilnya..

#2: FB SENTIASA BERUBAH

Jika anda seorang usahawan yang berniaga di FB, pasti anda akan perasan yang FB sentiasa berubah. Bukan lepas setahun baru berubah, tapi hampir setiap bulan! Ada je perubahan.

Jadi, kalau kita masih lagi duduk di tempat yang sama.. tak nak belajar teknik dan strategi baru.. usahawan lain yang akan tinggalkan kita. Bisnes mereka akan bergerak jauh ke depan.

Takkan nak tengok dari belakang je!?

Anda kena la kejar mereka. Masuk kelas dan gali ilmu baru..

#3: BELAJAR TEKNIK & STRATEGI BARU

Dalam setiap program yang Sifufbads anjurkan, akan ada teknik dan strategi terbaru yang dikongsikan. Anda akan dapat gunakan terus semasa program dijalankan, malah boleh terus dapat result. InsyaAllah..

Semua strategi yang dikongsikan bukan teori. Ia adalah proven result!

Sifufbads dah buat eksperimen dulu. Lepas dah terbukti berjaya, barulah kami ajarkan pada anda semua. Anda hanya perlu copy & paste je. Tak perlu habiskan beribu-ribu ringgit seperti kami untuk bereksperimen.

Anda dah jimat banyak kat situ. Fokus anda adalah buat sampai jadi!

Kebanyakkan student Sifufbads yang berjaya sebab mereka rajin menuntut ilmu. Bila ada majlis ilmu je, mereka pasti join. Antaranya seperti Erna De’Xandra, Dila Mamadil, Yuyu CVU Ipata, Naemah Prolite Driving Academy, Hafiz Color Blast, Aiman Bason, Eaisyah Listra, Ajai SlimmeWhite dan banyak lagi.

Ikut je langkah mereka ni. InsyaAllah, anda juga boleh berjaya seperti mereka..

#4: SENTIASA UPDATE INFO TERKINI

Ya.. dengan teknologi yang selalu berubah, lebih canggih dan power.. kita kena sentiasa follow the trend. Rajin-rajinkan la diri baca blog dan fanpage Sifufbads. Ada banyak info terkini yang kami kongsikan.

PERCUMA je. Anda hanya kena bayar dengan klik butang SHARE. Mudah je.

Kongsikan pada lebih ramai orang, khasnya untuk usahawan yang gunakan FB marketing. Tak rugi share kat orang lain. Banyak pahala anda dapat. Tu pun kalau anda share info yang bermanfaat.

#5: HIDUP BERUBAH 360o

Percayalah.. dengan adalah ilmu, hidup kita bakal berubah pada masa depan. Kenapa? Cuba flash back semula hidup anda. Bayangkan semasa anda masih sekolah rendah.. belajar pelbagai jenis ilmu dunia dan akhirat. Ibu ayah paksa anda belajar semuanya. Mereka sanggup ulang-alik dari rumah ke sekolah, kemudian baru pergi ke ofis.

Hasil titik peluh mereka, itulah yang jadikan anda pada hari ini.

Cuba bayangkan waktu tu, anda langsung tak belajar. Rileks je. Duduk rumah, tengok tv, main game, kemudian makan, lepas tu tidur. Anda langsung takde usaha cari ilmu pun. Apa akan jadi pada anda hari ni?

Anda boleh bayangkan sendiri..

Sama la juga dalam topik online marketing ni. Jika anda masih terus belajar dan praktikkan apa yang diajar, apa akan jadi kat bisnes anda?

Ya.. sales bisnes anda berubah! Sales meningkat dari 5 angka ke 6 angka, kemudian naik lagi ke 7 angka! Rasanya hidup anda akan berubah jadi lebih baik tak? Mestilah! Bukan anda seorang je taw.. hidup keluarga anda juga akan lebih bahagia.

Segalanya bermula dengan tindakan anda hari ini. Anda akan nampak hasilnya pada masa depan. Anda tak akan tahu bagaimana rupa masa depan anda! Takde siapa yang tahu. Baik atau buruk, andalah yang bentuknya sendiri..

JANGAN BERHENTI BELAJAR!

Selagi kita hidup, selagi itu kita jangan berhenti belajar. Ilmu ini luas. Ada banyak lagi ilmu yang boleh kita pelajari. Tak kira la ilmu agama, ilmu sains, ilmu bisnes dan banyak lagi.

Banyak sangat, kan?

Rugi kalau kita masih lagi rileks dan berhenti belajar. Ramai orang yang berjaya kat dunia ini, mereka tak akan berhenti belajar.. walaupun dah hidup kaya raya!

Mereka bukan je belajar kat Malaysia, tapi belajar hingga ke negara luar! Kita bila lagi? Masih lagi tidur lena? Masih selesa di tahap sama? Fikirkan la..

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!