Facebook-Perkenalkan-Relevance-Score-Untuk-Pengiklan

Facebook Perkenalkan ‘Relevance Score’ Untuk Pengiklan

Facebook Perkenalkan 'Relevance Score' Untuk Pengiklan

Tak semua iklan Facebook yang dipaparkan relevan dengan audiens yang disasarkan. Sebab itu, Facebook memperkenalkan data ‘Relevance Score‘ pada laporan iklan. Data ini dapat menunjukkan iklan yang relevan dengan golongan yang disasarkan. Ini dapat membantu pengiklan untuk tingkatkan kualiti iklan mereka.

Anda dapat jumpa relevance score ini di bahagian Advert Set kempen iklan anda.

relevance score

Bagaimana Relevance Score Ini Berfungsi?

Selepas iklan anda dipaparkan kepada lebih 500 kali pada audiens, ia akan menerima relevance score dari 1 hingga 10. Lebih tinggi relevance score anda, lebih relevan iklan anda pada audiens yang disasarkan.

Relevance Score dikira berdasarkan maklumbalas yang diterima sama ada positif dan negatif dari audiens yang anda sasarkan. Ia akan dikemaskini apabila audiens berinteraksi dan memberi maklum balas pada iklan anda.

Di sini saya tunjukkan beberapa contoh iklan dengan Relevance Score yang berbeza…

RS_1RS_2RS_3

Bagaimana Relevance Score Membantu Anda?

Dengan memahami fungsi relevance score, ia dapat membantu anda dalam beberapa perkara;

1) Kos iklan untuk capai audiens dapat dikurangkan 

Betul! Facebook nak beri diskaun pada iklan yang relevan dengan audiens. Lagi relevan relevance score anda, lebih murah kos iklan anda.

2) Pengiklan dapat test beberapa iklan sebelum jalankan kempen

Dari buat iklan dan berharap ia disasarkan pada targetted audiens, anda boleh buat split test gambar dan copywriting yang berbeza pada audiens yang berbeza.

3) Pengiklan dapat optimumkan kempen yang sedang berjalan

Semasa kempen berjalan, anda boleh monitor relevance score iklan anda. Ia boleh dijadikan sebagai penunjuk sama ada iklan anda perlu diubah atau tidak.

Walaupun relevance score boleh membantu anda bina iklan yang lebih baik, data laporan iklan yang lain juga perlu diambil kira.

Bagi saya, objektif iklan anda adalah lebih penting. Jika objektif iklan anda tercapai, relevance score yang rendah sudah tidak diambil kira.

Contohnya; Jika objektif anda jalankan iklan untuk tingkatkan hasil jualan sesuatu produk, dan objektif anda tercapai. Iklan anda dikira berjaya walaupun mempunyai relevance score yang rendah.

Anda faham kan?

4 Tips Untuk Tingkatkan Relevance Score Iklan

1) Spesifikkan Sasaran Audiens Anda

Jika anda sasarkan iklan pada audiens yang besar, kemungkinan besar iklan anda tu tak relevan dengan setiap audiens iklan tersebut. Cuba spesifikkan lagi sasaran audiens anda dengan spesifikkan jantina, umur, lokasi, dan minat. Anda boleh gunakan fungsi Website Custom Audiences untuk dapatkan audiens yang targetted.

2) Gunakan Gambar, Video dan Ayat Iklan Yang Relevan

Anda perlu fikirkan cara bina iklan yang boleh menarik perhatian audiens sasaran anda. Penggunaan gambar dan video lebih menarik berbanding teks biasa. Anda juga perlu bina ayat iklan yang beremosi supaya audiens akan terus membaca ayat iklan anda. Ok, untuk hasilkan iklan yang berkualiti memang ambil masa, jadi, sekarang anda perlu fokus dan berlatih untuk hasilkan ayat iklan yang berkualiti.

3) Bina Iklan Baru

Dari masa ke semasa, audiens yang pernah respons dengan iklan anda akan bosan. Apabila relevance score yang semakin menurun, bina kandungan iklan baru untuk audiens anda.

4) Lakukan Iklan Split Test

Bina iklan yang berbeza dan sasarkan pada audiens yang sama, atau iklan yang sama pada audiens berbeza. Kemudian, monitor setiap iklan anda dengan melihat relevance score. Bandingkan relevance score yang tertinggi dan lihat apa persamaan antara iklan tersebut.

Itulah antara kelebihan Relevance Score yang boleh membantu anda bina iklan yang berkualiti.

Jadi, gunakan relevance score untuk capai audiens dengan kos rendah, perbaiki post iklan dan sasarkan pada audiens yang relevan. Tapi, anda perlu tahu mempunyai relevance score yang tinggi bukan faktor kejayaan iklan anda.

Harap bermanfaat!

Similar Posts

3 Comments

  1. TIps yang berguna daripada Sifu FB Ads kita ni!

    Relevance score ni sgt membantu advertiser menilai iklan sebelum launch.

    Iklan : Siapa yang ingin membina minisite / landing page sila hubungi saya di 012-3142337.

Leave a Reply to Kenapa Akaun Fb Ads Anda Kena ‘Flagged’ dan Apa Penyelesaiannya? | Sifu FB Ads Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *