Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

Tiada Lagi Post Promosi di ‘News Feed’?

Diterbitkan pada Nov 21, 2014 oleh

tiada lagi promosi di facebook

Facebook telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mula mengurangkan paparan post berbentuk promosi dari fanpage bermula tahun 2015. Kenyataan ini dikeluarkan kerana terdapat maklum balas dari aduan pengguna Facebook yang setiap hari terlalu banyak post berbentuk promosi yang dipaparkan di News Feed mereka.

Dari survey yang dibuat, post promosi yang dipaparkan kebanyakkannya datang secara organik dan bukannya berbayar. Pengguna Facebook mahu lebih banyak melihat post yang dibuat oleh rakan-rakan mereka dan bukannya post promosi yang asyik menyuruh mereka membeli produk.

Untuk makluman anda, post promosi ini hanya ditujukan kepada post organik sahaja dan bukannya post yang menggunakan Facebook Ads.

Post yang dianggap promosi oleh Facebook adalah seperti berikut;

  • Post yang menyuruh pengguna untuk membeli atau memasang applikasi
  • Post yang mendesak pengguna menyertai sesuatu pertandingan atau cabutan bertuah
  • Post yang menggunakan ayat kandungan yang sama seperti kandungan iklan

Ini beberapa contoh post promosi yang dipaparkan di New Feed;

Contoh 1 – Tiger Therapy

post promosi facebook

Dari post ini, kita dapat lihat ada unsur promosi yang dimasukkan iaitu menyuruh pembaca membeli DVD mereka tetapi tujuan utama post ini adalah lebih mengingatkan pembaca untuk tonton rancangan mereka di televisyen. Post jenis ini masih boleh diterima oleh Facebook.

Contoh 2 – Bunny Puzzle Cube

post promosi facebook_1

Dalam contoh ini pula, tujuan utama post ini adalah hanya untuk mempromosikan produk mereka dan menyuruh pembaca membeli dan memasang produk mereka. Post seperti ini akan kurang dipaparkan di News Feed pembaca.

Sekarang, News Feed sudah menjadi tempat persaingan yang sengit untuk para usahawan internet di mana setiap hari terdapat terlalu banyak post baru yang  dipaparkan. Maka oleh itu, pihak Facebook terpaksa menapis post-post yang tidak mematuhi peraturan mereka.

Jadi, dengan perubahan ini, apa pula yang akan terjadi pada peniaga-peniaga Facebook? Bagaimana pula dengan post yang berkaitan dengan diskaun atau tawaran-tawaran yang menarik? Adakah perubahan ini akan memberi kesan yang besar kepada hasil jualan di Facebook?

Pihak Facebook mengatakan, perubahan ini tidak bermakna post yang menggunakan iklan berbayar akan lebih banyak dipaparkan di News Feed pengguna. Tetapi post yang dititikberatkan adalah post yang berkualiti dan disukai oleh pengguna Facebook.

Bagi saya, ia terpulang kepada bagaimana engagement yang dibina di antara fanpage tersebut dengan audience. (Engagement adalah seperti post click, photo view, post like, share, comment). Jika fans suka post anda, kemungkinan besar post itu akan selalu dipaparkan di News Feed mereka.

Untuk menghasilkan post yang menarik, anda perlu menjadi lebih kreatif. Anda boleh berkongsi tips dengan menulis artikel di blog,  post status atau kongsikan video di fanpage.

Di sini saya kongsikan 6 tips untuk anda hasilkan post yang berkualiti dan boleh meningkatkan engagement di fanpage anda;

#1: Tanya soalan

Dengan bertanya soalan, fans anda akan lebih tertarik untuk like atau komen pada status anda. Jika anda tiada idea apa jenis soalan yang ingin ditanya, anda boleh cuba apps Post Planner’s Status Ideas Engine. Dalam apps ini, ada pelbagai jenis post yang boleh anda rujuk dan setiap post itu ada tujuan tertentu.

soalan post facebook

#2: Isi Kandungan yang Padat

Tak kisahlah ayat post anda panjang ataupun pendek! Apa yang penting, isinya padat. Mudah dibaca dan difahami. Elakkan bahasa yang berjela-jela. Biasanya post yang panjang ditulis untuk tujuan pengiklanan, manakala post yang pendek ditulis untuk tujuan engagement.

Contoh Post Perkongsian Tips

post facebook ringkas padat

Untuk Contoh Post Jenis Iklan, anda boleh rujuk post ini –> Post Iklan

 

#3: Gunakan Teknik Call to Action

Call to Action digunakan untuk menyuruh pembaca bertindak samada klik LIKE, COMMENT atau SHARE. Contoh ayat call to action yang boleh anda gunakan adalah seperti Sila Klik Like atau Sila komen ‘Saya Nak’ atau bertanya soalan di akhir ayat. Dengan hanya menulis ayat arahan seperti ini, pembaca akan terasa post ini ditujukan pada mereka dan tanpa dipaksa, mereka akan like atau komen pada post anda. Anda boleh lihat contoh di bawah…

post facebook call to action

#4: Berikan Tips yang Bermanfaat

Cuba selitkan beberapa post yang membawa pembaca ke post yang lain seperti link ke artikel blog. Anda hanya berikan sedikit informasi di bahagian header dan kandungan post, kemudian letakkan link artikel di bahagian footer post. Anda boleh rujuk gambar di bawah…

post facebook link artikel blog

Anda juga boleh berikan tips dalam bentuk gambar seperti di bawah…

facebook post tips

#5: Post Gambar

Anda juga boleh post gambar-gambar yang menarik perhatian seperti gambar motivasi, gambar testimoni, gambar pembungkusan produk atau gambar stok produk sampai pada pelanggan. Jika boleh, cuba selangkan post seperti ini dalam 3 kali sehari. Anda boleh jadualkan post pada waktu yang sesuai seperti pada pukul 9am, 2pm dan 9pm (bergantung kepada waktu fans anda online). Gambar yang digunakan pula mestilah berkaitan dengan matlamat fanpage anda.

Gambar Motivasi

facebook post gambar motivasi

Gambar Pembungkusan Stok

facebook post stok bungkus

Gambar Testimoni

post facebook testimoni

Gambar Stok Sampai ke Pelanggan

facebook post Stok sampai

#6: Post Video

Penggunaan video dalam post juga boleh memberi impak yang besar pada pemasaran. Dengan menggunakan video, kredibiliti fanpage anda akan meningkat dan ini akan meningkatkan keyakinan pelanggan untuk berurusniaga dengan anda. Cer try!

Contoh Post Video 

post facebook video

Bagaimana? Mudah saja kan?

Kesimpulannya – Kurangkan post yang berbentuk HARDSELL, tapi lebihkan SOFTSELL. Gunakan tips-tips mudah yang telah dikongsikan. Dengan ini, engagement dalam fanpage anda dapat ditingkatkan secara maksimum.

Semoga bermanfaat.

Komentar (10)

  1. Pingback: ‘Facebook Graph Search’ Kini Benarkan Carian Post Lama | Sifu FB Ads

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!