“JATUH BANGUN MARK ZUCKEBERG, (FOUNDER FACEBOOK) SEBELUM BERJAYA MENGUASAI DUNIA” – (5 FAKTA YG USAHAWAN PATUT TAHU!)

.
.
Siapa jer yang tak tahu pasal Facebook ni kan?…Boleh kata, satu dunialah pengguna Facebook ni skrg. Sebab tu kita tak tokojut, kalau Mark Zuckeberg ni dinobat antara TOP 10 orang terkaya di Dunia. WOW!
.
.
Tapi ini fakta tentang Mark Zuckeberg yang korang patut tahu. Boleh juga korang gunakan dalam bisnes korang ke takpun dalam kehidupan korang nnt.
.
.
1. Mark Zuckerberg bina program pesanan pertama ‘zucknet’ pada usia 12 tahun. Disebabkan ayahnya seorang doctor gigi. Jadi, Mark Zuckeberg bina aplikasi tu supaya penyambut tetamu klinik tu tak perlu bangun atau jerit pun. Kita umur 12 tahun masih sibuk dgn ultraman taro. Huhuhu
.
2. Pernah membuat laman web ‘Facemash’, tetapi gagal kerana dianggap melanggar privasi. Mana taknya! Dia godam maklumat pelajar dekat Harvard tu, siap suruh vote lagi gambar pelajar mana yang paling ‘HOT’. Habis lumpuh kejap sistem internet dekat Harvard tu, sbb ramai sgt yang masuk. Nakal jugak Mark ni.

Tapi itulah yang org panggil proses. Pengalaman dan kegagalan yang lepas akan mematangkan kite. Mana mungkin kita bisa berlari kalau kita tak belajar dari merangkak dan berjalan.
.
3. Sebab mengapa Facebook berwarna biru adalah kerana Zuckerberg mempunyai buta warna (merah-hijau). Kalau kita mcm tu, habis semua orang kita salahkan dah…tapi Mark Zuckeberg berjaya keluar dari kepompong masalah dan cipta kejayaan dari kecacatan.
.
4. Mark Zuckeberg pernah ditawarkan pekerjaan dengan AOL dan Microsoft semasa tamat pengajian tetapi ditolak oleh mereka kemudian.

Kadang2 apa yang kita suka, tak semestinya baik untuk kita. Cuba bayangkan kalau Mark Zuckeberg diterima bekerja kat sana. Mesti Facebook tak muncul2 sampai hari ni.
.
5. Menurut Forbes List yang dikeluarkan pada bulan Mac 2019, Mark Zuckerberg menduduki tempat nombor 8 dalam kedudukan dunia dengan nilai bersih 62.3 bilion dolar.
.
Tapi korang perasan tak satu perkara pasal Mark Zuckeberg ni, walau kaya macam mana pun dia, dia lebih suka berpenampilan sederhana. Pakaian rasmi dia mesti seluar jeans, t-shirt plain colour, dan sneakers. SIMPLE!
.
.
Ok, Apa yang korang boleh belajar dari kisah Mark Zuckeberg ni?

Pertama, focus pada permasalahan orang…dari situ kita boleh innovate sesuatu yang kita boleh tawarkan dan selesaikan masalah diorang!
.
Kedua, Jangan takut membuat kesilapan. Kesilapan sebenarnya guru yang terbaik dan guru yang tak pernah jemu mengajar korang. Hanya orang yang pernah lalui kegagalan, Akan tahu manisnya Kejayaan!
.
Ketiga, Berhenti salahkan takdir! Berhenti salahkan orang! Berhenti salahkan itu! Salahkan ini! Salahkan PKP! Everything happen must be a good reason!
.
.
Semoga sharing ini dapat bagi korang inspirasi supaya korang tetap kuat, tetap tersenyum walau kita semua diduga dalam situasi Pandemik ini.

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

Program @ Sifubad

28/11/2020
Marketing From Zero 2.0
Virtual Online

31/05/2020
Marketing from Zero
Online Webinar

25/04/2020
The Foundr 5.0
Online Webinar

Follow Instagram @sifubad

No images found!
Try some other hashtag or username
57 BUKU MARKETING SI PEMALAS
57 BUKU MARKETING SI PEMALAS

Khas untuk anda yang rasa marketing tu leceh.. tak penting.. dan menyusahkan hidup. Ada lebih 50 strategi yang anda boleh terokai.. ianya straight forward dan mudah faham.. simple trick but very powerful! Isi Form di Bawah Sekarang!