Ex-Project Manager Ini Pernah Muflis Ketika Berumur 28 Tahun…

naemah

Salam semua! Kali ni, kami nk share satu kisah sorg businesswoman yang juga seorang student Sifufbads. Kisah bagaimana wanita ni, dah elok2 keje makan gaji, dah jadi Project Manager, kendian setup company sendiri, lingkup dan akhirnya kembali BANGKIT! Bangkit dari ‘lubang hitam’ dalam hidupnya. Kisah ni betul2 EKSKLUSIF, tuan punya badan x pernah share kpd org lain, selain dari suami beliau sahaja…

SIAPA DIA?
APA BISNES DIA?
CEMANE BOLEH BANGKIT?

Sabar.. Sabar.. Sabar..

Betul nak tau? Ok, meh baca kisah beliau..

“Sebelum saya perkenalkan sape saya. Kisah ni sy x pernah citer pada org luar. Yg betul2 tau ialah suami sy. Kenapa sy x bgtau pada org lain? Sbb, kisah ni pernah jadi titik hitam dlm hidup. Sy, kalau boleh xnak igt lagi pengalaman. Sedih, malu, semua rasa bercampur bila kenangkan semula. Tapi, bila sy fikirkan semula, sy rasa nk berkongsi for the 1st time pada semua, especially pada followers SifuFBads. Sy harap, sharing ni dpt beri manfaat pada anda semua.

Baiklah, nama diberi oleh kedua orang tua sy yg tercinta ialah Tengku Naemah Bt Mohd Omar. Tahun ni baru berusia 34 tahun, ibu kepada 2 orang anak. Sebelum ni, saya pernah bekerja di sebuah Architect Firm sehingga tahun 2008, last position sy ialah Project Manager. Masa tu, mmg byk projek yg sy jaga, projek gomen, company swasta, org perseorangan dan lain2. Banyak jugak la pengalaman sy dapat, network pun byk jugak. Yela, bila main job gomen ni, mmg akan kenal ramai orang.

SETUP COMPANY SENDIRI

Time ni tahun 2008.. Seperti sy dh bgtau td, pengalaman byk, network pun byk, contact pun dah ramai. Sy dah nampak peluang.. Dok discuss ngn kwn2 yg sama jaga projek, “WHY NOT, KALAU KITA PLAK SETUP COMPANY CONSTRUCTION, KITA RUN SENDIRI?”. Discuss punya discuss, kengkawan yg lain pun setuju. Kami quit kerja dr company lama, setup company sendiri.

Bermulalah episode baru dalam hidup sy dan rakan.

Masa ni, sy masih lg belum dikurniakan cahaya mata. Suami pula bekerja. So, mmg xde mende yg nk pening kepala sgt, stakat makan pakai 2 orang je. InsyaAllah cukup..

Alhamdulillah, selepas kami tubuhkan syarikat, Prolite Management Sdn. Bhd, satu persatu job kami dapat dari kenalan dan kawan2. Income syarikat juga makin kukuh utk bulan2 awal. Seronok tak terkata! Gaji kami ambil mmg tinggi! Memang mewah betul masa tu… Kalau nk tau, BOD syarikat smuanya kwn2 sy, kami smua dari syarikat yg sama. Paling tua berumur 32 tahun, sy pula paling muda masa tu, 28 tahun. Tak pernah lg merasa mewah camtu, FUH!

MEETING? BUAT KT HIGH CLAS RESTAURANT..
DINNER? X PANDANG DAH WARUNG2..
BERCUTI? OVERSEA LA BEBBB..
PAKAIAN? KOMPEM2 LA YG BRANDED..

Saya dapat rasakan perubahan dalam hidup sy. Seronok tak terkata. Alhamdulillah, job kami dapat deliver dengan baik. Suami pun turut pesan, MENIAGA BETUL2…

SEHINGGALAH…

Setiap bulan, kerani akaun akan bentangkan perbelanjaan syarikat.. Pada bulan2 pertama, smooth je. Projek x putus. Tp tiap2 bulan jugaklah, staff akuan kami akan bgtau, overhead tinggi.. Tapi kami relax je. Sbb kami tau, job mesti ada punya. Smpailah bulan sekali tu, budak akaun bentang bajet, dia bgtau… “INCOME MAKIN KURANG NI, OVERHEAD PULAK MAKIN TINGGI. TAK BOLEH NK COVER NI..”. Hmm.. Suspend jugak masa tu. But still, kami cool je..

Kemudian, masalah mula datang. One by one. Job dah masuk.. Projek xboleh deliver betul2, client bising. Income syarikat dah kurang, xbleh nak support overhead. Masing2 dah start menggelabah, tak tau nk uat apa, nk rujuk kt sapa. Akhirnya pada Oktober 2008…

SYARIKAT ‘BUNGKUS’… KAMI SEMUA BANKRAP…

Ya, syarikat yg kami usahakan, melingkup.. Bungkus.. Hutang syarikat pulak byk.. Terduduk saya.. Masa tu, sy baru melahirkan cahaya mata kami yg pertama. Bayangkan jela ape yg kami rasakan. Bercampur baur perasaan. Sedih, kecewa, terkejut… Down giler! Umur belum 30, tapi dah dapat title tu.

..PILU
..SEDIH
..SYAHDU

3 perkataan tu yg dapat describe apa yg sy rasa. Syarikat x sampai setahun. Bak kata pepatah, “Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.”. Bukan setakat ‘hujan’ je, siap ribut!

Bermula dari detik tu, dari seorang pengurus projek, jd owner syarikat dan akhirnya, secara automatik, sy bergelar surirumah sepenuh masa. Dari income 4-5 angka, waktu ni, langsung xde income… Bermulalah hidup sy, terperuk kt rumah dgn baby yg baru lahir, xboleh nk buat apa2.

Terus terang lepas kejadian tu, kami sekeluarga betul2 xde duit. Walaupun suami sy still bekerja, tp dia banyak tanggungan.. nak kena byr rumah, kereta, barang dapur, bil2 lagi. Kesian kt dia. Sy mmg xpernah nk mintak2 utk beli itu ini. Hidup kami masa tu,cukup2 je. Untuk tamping perbelanjaan rumah, sy jual tv kt rumah sy. Sy jual barang2 yg sy xperlu kt rumah tu. Sekadar barangan asas je. Dan… Sy tinggalkan juga satu laptop dan printer. Sbb sy tau, sy boleh buat smthing dgn mende alah tu.

Tiap2 hari sy termenung dan meratap nasib. Sy tau, ujian ni dr Allah atas kelalaian sy. Sy lupa diri sebelum ni. Solat x jaga, masa sy byk habiskan kt hal2 dunia. Sibuk sgtlah kononnya.

Orang lain nak meniaga, sy pun nk meniaga. Tapi, ilmu xde.. Ilmu urus duit xde… Sampailah satu hari, sy terfikir..

“SAMPAI BILA AKU NK TERUS MENERUS MCMNI?”

Sy tau, diri sy waktu ni bukanlah diri sy yg sebenar. Terperuk kt rumah, sedih x habis… Sy mintak pendapat suami… Sy betul2 nk nk cari income sambilan dari rumah. Tak dapat byk pun, cukuplah sekadar dapat topup duit beli brg dapur. Walaupun sy tau, husband mampu.. Takkan lah sy nk tunggu duit nafkah je dr dia tiap2 bulan? Suami sy pun kenalkan dgn kwn dia, sorg driving instructor di pusat memandu kat Kajang. Tugas sy mudah je, carik org nk blaja memandu, pas pada dia. Dia akan bg komisen.

Tak nak tunggu lama, sy pun start la carik student yg nk blaja. Apa yg sy buat masa tu? Sy guna flyers utk promote kelas memandu. Dalam flyers, sy letak nombor phone sy. Sy hantar flyers kt macam2 tempat. Kat rumah org, kt kedai2, selit kt keta, selit kt suratkhabar. Mula2 tu, mmg xde org pun yg call. Tapi lama2, ada sikit, xbanyak.. Tp, cukuplah utk sy beli brg dapur sikit2. Kdg2 tu, suami akan jaga anak skjp, sy keluar pusing2 kwsn dekat area rumah sy utk edarkan flyers.

Bukan tu je, sy try jugak buat keje lain. Sy ada kenal dgn sorg abg driver lori yg buat servis angkat brg. Kdg2 dia buat pindah brg. Abg ni offer kt sy, “NAEMAH, KALAU KO ADA SESAPE NK ANGKUT NGN PINDAH BRG, KO BGTAULA.. NANTI ABG BG KOMISEN..”

So, sy pun tanya2 kt jiran ngn kawan2, kot2 ada sesape yg nk guna lori utk pindah brg, sy boleh provide ‘movers’. Alhamdulillah.. Dapatlah jgk beberapa org yg nk guna servis tu. Taklah byk, tp oklah. Kdg2, abg ni jugak bgtau, kot2 ada yg nk beli sayur2 kampung, dia boleh provide. Wow! Sy kata, “PELUANG NI!”.. Nak tau apa sy buat? Sy g satu-satu kedai runcit kecil, sy tanya.. Nak x kalau sy supply daun kesum, serai, kelapa dll? Ada yg nak, sy supply la.. Just bgtau pd abg lori td, dia hantar.

2 KEJE NI, SY JUST JD ORG TENGAH JE. KEJE SY, CARIK CUSTOMER, SERAH KT DIORG. CUKUP HARIBULAN, DIORG AKAN BG KOMISEN.

Tak susah manapun, sy xperlu nk ajar org memandu. Sy xperlu bwk lori utk hantar atau ambil brg.

Lama kelamaan, sy seronok buat keje ni. Dapatlah cover belanja rumah. Taklah banyak, tp, sy dapat beli apa yg sy nak, tanpa tunggu suami. Cuma, bukanlah smpai bermewah2.

SAYA MULA DEKATKAN DIRI DGN TUHAN…

Oopss.. Bukanlah maksudnya sblum ni, x kenal.. BUKAN! maksud sy, sblum ni, masa masih bkerja dan setup company, sy byk leka… Sibuk dgn urusan dunia..

Saya start belajar agama semula, byk tanya dgn ustazah. Mengadu dan ustazah tu byk bg motivasi dan ingatkan diri sy smula. Sy pun dah mula mengaji. Time ni, barulah sy dapat rasa sikit demi sdikit, apa tujuan hidup? Apa sbb Allah ciptakan sy? Satu persatu soalan bermain dlm fikiran sy.. Cumanya, saya yakin dan pasti. Allah x sesaje uji sy mcmni… Sy tau,

“ALLAH SAYANG SY..”

Mungkin sblum ni sy, byk leka.. Byk lupakan Dia.. Allah bagi sy ujian ni, utk sedarkan sy.. Utk kembali kpdNya. Sy bersyukur sgt2…

KELUAR DARI LEMBAH MUFLIS

Selama beberapa tahun, sy teruskan rutin hidup sbgai suri rumah, dan buat part time mcm sblum ni. Dan pada tahun 2012, berkat usaha sy buat kerja yg walaupun xdelah mewah mana, sy berjaya settlekan hutang dan bersihkan nama sy di bank.

Time ni, rasa mcm baru dilahirkan… Rasa mcm hidup semula…

Sy xnak ingat dah apa yg pernah sy lalui. Sy nk ubah hidup sy. Penat dah.. 2 tahun sy rasakan satu tempoh masa yg panjang… Tapi, 2 tahun jugalah jd turning point utk sy kembali susun hidup sy dan keluarga. Sy bersyukur sgt sbb ada husband dan family yg support sy…

Pengalaman berharga ketika sy melalui proses survival dimanfaatkan sepenuhnya utk permulaan sebuah perniagaan baru yg diberi nama PROLITE MARKETING & MANAGEMENT SDN. BHD, dimana syarikat ini merangkumi bidang pertanian, pengangkutan, hartanah, pengurusan projek dan lesen memandu.

prolite-academy

MENYUSUN STRATEGI

Kesilapan lalu mengajar sy utk lebih terbuka menerima nasihat dan pandangan dari rakan niaga, terutamanya suami sy….mereka nasihatkan agar saya mengkhususkan atau mengasingkan skop kerja yang pada asalnya diletakkan dibawah satu bumbung kepada anak-anak syarikat….atas dasar inilah maka tertubuhnya…

  • EMAR ARCHITRAVE CONSULT SDN.BHD. (Kepakaran dalam bidang pembinaan dan pengurusan projek)
  • PROLITE PROPERTIES SDN. BHD. (Pertanian dan Hartanah)
  • PROLITE TRANSPORTATION SERVICES. (Pengangkutan dan logistic)
  • PROLITE DRIVING ACADEMY. (Driving licence)

Kesemua ini saya gelarkan ia sbg “ProLiteEmpire”.

prolite-academy2

MULA KENAL ONLINE MARKETING

Saya agak lewat mengenal dunia online marketing ni….asyik redah main offline jer sblm ni…sehinggalah pada tahun 2015 sy bertemu dengan seorang sahabat lama yg merupakan seorang surirumah, tapi…..gaya dan keadaan rumahnya yang teratur dan sederhana mewah itu tidak melambangkan dia seorang surirumah.

Bila sy tanyakan pekerjaan suaminya, jwbnya hanya seorang supervisor kilang di Bangi…musykil pulak rasa, so. Saya pn cuba2 korek apakah rahsia beliau…

Last2…sahabat sy tue pn buka cerita bahawa dia ada terlibat dengan perniagaan online. Hny sbg agent yang menjual pelbagai jenis produk. Medium pemasaran yang digunakan ialah 100% Facebook Marketing. Jualan bersih yang beliau perolehi ialah RM3,000 (minimum) sebulan.

Wow! Ini hebat!

Bayangkan dgn hny duduk dirumah sambil menjaga anak boleh jana pendapatan sebanyak tu. Itu pun belum lagi ketika musim perayaan. Lebih dari itu pernah dapat katanya. jadi….

Sy pn eksited lar nk tau mcm mana nk blajo facebook marekting ni…so, dia pn tunjukkan buku-buku seminar SIFUFBADS…selai demi selai saya selak, satu benda pun saya tak faham, huhu….

“Pi lar join klas sifufbads ni kalau nk faham lebih, boleh dpt gambaran yg lbh jelas mcm cara nk guna dan strategi terbaik utk apply ilmu facebook marketing ni…”

Beliau cadangkan kpd sy utk join…tp time tue belum yakin lagi utk cuba….

Sehinggalah…

Mac, 2016… sy saya join seminar anjuran Sifufbads buat pertama kali, masa tue nama klasnya, MISSING CHAPTER FINALE….dlm klas rasa blurr hbs utk fahmkan tapi sy tetap berusaha utk fahamkan. Hbs klas, sy sambung lg next class advanced utk lebih serius blaja dan bangunkan perniagaan sy…

PROLITE DRIVING ACADEMY

Time tue nk kena pilih satu jer anak sykt sbg perintis online marketing, maka…prolite driving academy yg terpilih dan menjadikannya sykt pertama saya yg menggunakan medium pemasaran ONLINE.

CABARAN SI BUTA IT

Sy ni dah lar buta IT, tak minat main laman sosial pulak, FB profile pn hny ada 400 org kawan jer….page like lg lar seketul pn xda…haha…mmg stress juga dok pikir mcm mana nk buat dan biasakan…Sy beranikan diri jugak….cuba jugak….buat jugak…bnd baru ni tak cuba mana nk tahu kannnn….

Sy semakin mendapat rentak dalam masa kurang 2 bulan…buat jer apa yg diajar dlm klas..bak kata sifu…kalau dh buat…kena Buat..”Kasi Smp Jadi”…buat dan terus buat….akhirnya…

Sy berjaya jana pendapatan dari lima angka kpd enam angka sebulan dengan menggunakan facebook page ads shj. Alhamdulillah, sykur sgt2!

TEKNIK FEVERET YG DIGUNAKAN

byk yg sy blaja dlm klas sifu, tapi antara teknik feveret yang saya suka gunakan ialah GUERILLA 1, sbb teknik ni merangkumi keseluruhan audience viewer…dan….

Selain dari tue sy juga suka gunakan Teknik Buzz Marketing, bila nk launch apa2 offer teknik ni sy guna dan ia sgt2 berkesan dan powerfull uollsss…Memang sudah terbukti…Terima kasih Sifu Jamal yg mengajar saya teknik yang sangat2 super osem ni !

prolite-academy1

SEGALANYA INI BERMULA DGN NIAT DAN AZAM YG KUAT

Ketika sy bebas dari status muflis aritu, sy tanamkan azam didalam diri untuk melakukan perubahan. Perubahan untuk diri sendiri dan keluarga. Saya berazam untuk membantu insan-insan yang banyak membantu ketika saat genting saya dulu.

Saya juga niatkan didalam hati bahawa satu hari nanti saya akan mengerjakan haji atau umrah bersama keluarga. Alhamdulillah pd May 2015 saya dan suami diizinkan Allah untuk menjadi tetamu-Nya buat pertama kali.

Saya menerima hadiah sempena hari lahir pakej umrah ziarah dari suami tercinta. Syukur saya tak terhingga kepada Allah kerana mengizinkan kami dan jutaan terima kasih kepada suami yang tidak pernah berputus asa membimbing sy baik ilmu dunia dan akhirat.

Alhamdulillah syukur juga kami sentiasa diberi kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan umrah. Saya berdoa kepada Allah agar perjalanan dan urusan ibadah kami dipermudahkan Allah dan juga saya berdoa kepada Allah yang Maha Agung agar ibadah penyucian jiwa kami diterima olehNya. In shaa ALLAH, Amiinnnn….

Setelah pulang ke tanah air, hati sy menjadi lbh tenang. Urusan harian kami berjalan lancar. Begitu juga dengan urusan perniagaan. Jika ada cabaran dan halangan yang datang kami hadapan dengan tenang dan sabar. Malah, rezeki kami makin bertambah pula selepas pulang dari mengerjakan umrah, yakinlah dgn rezeki Allah

Terima Kasih semua….”

Tengku Naemah Bt Tunku Mahmud

~ Pengasas PROLITE MARKETING & MANAGEMENT SDN. BHD

Similar Posts

4 Comments

  1. Dmana ada kemahuan d situ ada jalan…
    Apa2 pun wajid dktkan diri dgn pencinta baru mudah utk cari jalan keluar dgn izin-NYA n rahmatnya….
    Tapi kisah ini amat berguna beritahu d mana utk dptkan ilmu yg betul n idola yg tepat utk berjaya dlm bisnes…

Leave a Reply to Noor azlina Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *