VALUE USP, INI STRATEGI UTAMA YANG HAYDA GUNA UNTUK KUATKAN BRAND DALAM NICHE FESYEN

Haa korang! Masa bulan puasa hari tu, team sifuBad buat kunjungan ke Hayda Scarf @haydascarf di Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan. Punyalah hebat brand Hayda Scarf ni sampai ada butik besar sendiri dan signboard brand yang 2 KM dah nampak.

Apa yang menariknya brand Hayda Scarf buat sampai boleh jadi gempak tahap ini?

Mereka menitikberatkan value dalam USP mereka!

Value yang dimaksudkan adalah dari quality material yang digunakan untuk menghasilkan tudung-tudung keluaran mereka yang sangat mudah dibentuk.

Value yang paling menarik perhatian customer-customer mereka adalah harga dan pakej yang ditawarkan.

Sangat berbaloi dengan packaging macam brand-brand tip top.

Bagi setengah user diluar sana, mereka membeli kerana value dan bukan memilih brand. Namun sebaliknya pula brand menjadi keutamaan walaupun harganya jauh berbeza.

Customer yang memilih value kebiasaan nya membeli barang yang tidak terlalu penting, seperti alatan pembersihan rumah, atau keperluan pejabat yang digunakan hari-hari.

Bagi customer yang mempunyai kemampuan yang lebih sedikit, apa-apa jenis keperluan mestilah dari brand-brand yang terkenal kerana kualiti yang memang dah terbaik.

Dengan ekonomi yang menentu ni, pilih laa value guys. Jimat sikit. Hihi.

Brand vs value, mana satu pilihan korang? Cuba share bawah ni…

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *