Bila Orang Dengki Kita Berniaga Di Facebook.

Dengki Dalam FB

PERINGATAN: NIAGA DI FB PUN ADA ORANG DENGKI
Ya, berbisnes di FB ni pun memang ada juga orang yang dengki dengan kita. Bisnes kita maju, ada saja orang yang dengki.Especially jika kita jual produk yang sama dengan orang lain. Atau kata mudahnya, AGEN JUALAN.Tak kira produk MLM, atau kita sebagai stokis, agen dropship dsbnya…Jom lihat kes-kes yang pernah berlaku:1) CURI! Orang lihat kita berjaya buat sales banyak, orang akan TIRU cara pemasaran kita. Orang curi gambar marketing kita, orang tiru ayat marketing kita, malah ada juga orang curi senarai pelanggan kita (biasanya nama dan tracking no Pos laju). Mereka claim tu adalah senarai pembeli mereka. Ada juga yang curi testimonial kita..Macam-macam.

2) HIJACK! Orang yang dengki akan masuk ke fanpage kita, dan mereka terus promosikan produk mereka kepada prospek pelanggan kita dengan tawarkan harga yang lebih rendah…Biasanya, mereka akan post di ruangan komen, di ruangan post, atau mereka akan PM prospek-prospek kita.

3) FITNAH. Ya, ada juga yang fitnah bisnes kita. Mereka fitnah di page mereka, fitnah di wall mereka. Ada juga yang mereka-reka cerita palsu yang memburukkan bisnes kita di mata umum.

4) PROVOK! Mereka masuk di page kita, dan kutuk produk kita di ruangan komen. Mereka cakap kita tak bagus, produk tak sampai, mahal, dan sebagainya. TUjuannya supaya orang lain terpengaruh dengan agenda mereka, dan seterusnya menghilangkan atau mengurangkan niat untuk membeli produk kita.

5) HACK! Mereka hack fanpage kita, dan mereka delete fanpage kita selama-lamanya. Fanpage kita yang dah berpuluh ribu LIKE, sales 5 angka sebulan, di hack, dan mereka delete terus page kita. Sangat KEJAM. Boleh diibaratkan melancarkan serangan nuclear pada page kita. Hancur terus page kita!

6) PERANG HARGA! Mereka mula memainkan harga Turunkan harga serendah yang boleh, dengan harapan ramai orang membeli dengan mereka. Secara automatik menimbulkan konflik harga kepada audiens/prospek kita.

Itulah antara sebahagian kes yang berlaku di pasaran Malaysia. Puncanya adalah….

PERASAAN HASAD DENGKI…

Mereka tak boleh lihat orang lain berjaya. Tak mau orang lebih dari mereka. Kalau boleh SIHIR di dunia online ni, diorang dah sihir dah kita.

Jadi – apa yang kita nak buat?

1) Jangan bergantung kepada satu medium marketing sahaja. Yang terbaik, simpan database pelanggan, prospek. Email marketing salah satu cara terbaik. GUnakan juga blog, minisite, web untuk backup

2) Jika boleh, jangan dedahkan income kita kepada umum. Ini berpotensi untuk menarik “musuh” kita dan mula buat dengki dengan kita.
3) Kalau dapat asingkan profile kita dengan page kita, juga bagus. Elakkan musuh tahu siapa pemilik page. Orang yang HACK dapat HACK ke page kita, sebab dia tahu siapa owner page tu. 

4) Tingkatkan ilmu dan usaha marketing kita. Bila orang dengki, main harga, provok dsbnya, ilmu dan usaha pemasaran kita akan membantu. Orang guna tektik kotor, kita gandakan pemasaran kita. Apabila pemasaran kita di tahap terbaik, di tahap tertinggi, orang yang dengki ni berpotensi untuk mengalah.

5) BERDOA..Berdoa kepada ALLAH. Tawakkal. Berdoa supay a dihindari dari perasaan hasad dengki manusia. Dan juga sentiasa tenang . ALLAH YANG MENENTUKAN REZEKI KITA, BUKANNYA MUSUH KITA. Jika berlaku kes-kes seperti di atas, anggap ianya ujian ALLAH untuk kita untuk memperbaiki diri. Jangan lupa sedekah, zakat, korban. Ini mampu membantu bisnes kita.
Sekian saja dari saya:-)Jemput SHARE jika ianya bermanfaat untuk diri sendiri dan juga kenalan anda.PS – saja share, sebab saya sendiri, anak buah saya , rakan saya, ada yang kena hasil dari sikap HASAD DENGKI orang ni:-)

Similar Posts

27 Comments

  1. Salam sifu, info yang bagus saya nak tanya macam mana nak asingkan info profile page dengan business page

  2. bersabar ajele….dalam dunia ni ada macam2 jenis manusia yang tidak senang dengan kejayaan orang lain, perasaan hasad dengki memang tidak dapat dihapuskan dari diri orang2 jenis cam ni,….anggap ajelah segala yang berlaku itu adalah ujian dari Allah.

    1. persaingan itu mewujudkan suasana dalam bisnez, semakin meriah suasana tu, makin banyak peluang yang boleh diperolehi, peluang itu wang,, kena sentiasa tingkatkan diri dgn ilmu & tindakan 😉

  3. salam…ada sapa2 boleh ajar sy mcm mana nak buat fbads tue?amat2 memerlukan sokongan dn tunjuk ajar kerana sy dh lama mncari cara utk meningkatkan fb ads nie….

  4. Salam, terima kasih atas artikel yang menjadi luahan hati saya dan peringatan supaya tidak berbuat perkara serupa kepada orang lain.

    P/S: Bila nak main futsal?

  5. Mmg bagus tips dan peringatan yg bro berikan…
    bersama2 kita membuang sikap hasad dengki yg hari2 dihasut oleh syaitan di kiri kanan kita…..

  6. Huhuhu Tak Terpikir Lak Kak Engku Di Zaman Teknologi Nie, Dengkinye Pun Bukan Main Moden Dan Canggih Macam Nie. Mmm Nampaknye Memang Kene Nuntut Nak Tambah Ilmu Lagi NIe.

  7. Salam bro Jamal.

    Saya pun ada terkena fitnah.

    Saya jual pemutih gigi WhiteLight. Produk saya juga original USA.
    Saya jual sekadar menambah duit poket dengan harga RM50.

    Saya sebagai peniaga berhak untuk menetapkan harga dan saya tidak mahu mengambil untung terlalu besar.

    Antara banyak-banyak penjual WhiteLight, ada satu page yang terkenal menjual dengan harga RM60.
    Peniaga tersebut fitnah saya dan peniaga lain dengan berkata WhiteLight yang dijual dengan harga di bawah RM60 adalah tidak original.

    Di Tesco Cheras juga ada menjual WhiteLight dengan harga bawah RM30. Adakah Tesco Cheras juga menjual produk tiruan/palsu?

    Saya kecewa dengan sikap orang yang menabur fitnah sedemikian. Sanggup mencari duit dengan cara berbohong.

    Mudah-mudahan sempit rezeki kamu. Biarlah peniaga yang jujur sahaja berjaya.

  8. Terima kasih atas info yang dikongsikan.Sangat bermanfaat.

    Sama-sama kita berkongsi rezeki Allah.

    Aizashoppe.blogspot.com

  9. saya nak tanya , kan kita daftar page guna account fb peribadi kita then bila dah create page tu , orang tahu ke siapa owner page tu ? sebab kita daftar guna acc personal fb .

  10. saya nak tanya , kan kita daftar page guna account fb peribadi kita then bila dah create page tu , orang tahu ke siapa owner page tu ? sebab kita daftar guna acc personal fb .
    kita

  11. Assalamualaikum Sifu,

    Kalau belaku yang kat bawah ni, bagaimana caranya kita nak handle secara ‘professional’ ?

    Adakah kita delete comment tersebut serta ban user tu ?

    Mohon pencerahan

    2) HIJACK! Orang yang dengki akan masuk ke fanpage kita, dan mereka terus promosikan produk mereka kepada prospek pelanggan kita dengan tawarkan harga yang lebih rendah…Biasanya, mereka akan post di ruangan komen, di ruangan post, atau mereka akan PM prospek-prospek kita.

  12. Assalamualaikum..sifu..saya jue dr perak..semalam 9/9/16 fb jue baru kena heck..tak boleh buka langsung.. .page jue pun sama..sbb jue baru dapat tangkap org yg pm customer jue dalam diam..dia offer harga paling rendah..jue ada bukti kukuh sbb ada customer jue beritahu jue ada org pm dia dalam mesengger dia..salah 1 org yg jue tegur tu..customer tu screenshot bagi kat jue..mcmana masalah ni..boleh ke jue buka fb asal jue balik..sbb ramai kawan dalam fb jue..tolong jue sifu..

  13. Adakah anda dalam mencari Hacking Perkhidmatan boleh dipercayai?
    Kami menawarkan pelbagai Perkhidmatan
    1.School Gred Tukar
    Lesen 2.Drivers
    penyelesaian 3.Provide dalam peperiksaan profesional
    e-mel 4.Hack, Pangkalan hack & Facebook, Whatsapp
    5.Retrieve, dipadam data dan pemulihan mesej di telefon bimbit
    6.Crediting, Pindahan Wang dan sebagainya
    kad 7.Credit penggodaman
    8.Monitor telefon rakan-rakan anda

    Kami Menyediakan gred techs tinggi dan cip penggodaman dan alat jika anda
    berminat untuk Mengintip sesiapa.
    Hubungi kami melalui e-mail @ globalhacker001@gmail.com

Comments are closed.