Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

12 Perkara Perlu Buat Dalam Bisnes Facebook

Diterbitkan pada Dec 19, 2014 oleh

12 Perkara Perlu Buat Dalam Bisnes Facebook Tahun 2015

Adakah anda menggunakan Facebook untuk bisnes tahun ini? Dah buat plan untuk tahun 2015?  Mungkin anda dah ada buat fanpage tapi belum ada hasil yang memberangsangkan.

Dalam artikel ini, saya nak kongsikan beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk bisnes anda di Facebook dalam tahun 2015.

Anda tak perlu upah sesiapa untuk buat kerja atau ubah susunan meja pejabat anda. Anda hanya perlu plan apa yang anda boleh lakukan di Facebook untuk mencapai matlamat bisnes anda.

Jom kita mulakan…

#1: Hasilkan Cover Gambar Fanpage Yang Menarik

Apabila anda hasilkan fanpage, pastikan anda letak gambar yang sesuai dan professional. Bayangkan jika audien pertama kali masuk ke fanpage anda, apa yang anda ingin beritahu pada mereka? Letakkan maklumat yang relevan di bahagian ini seperti maklumat mengenai produk, syarikat atau servis anda.

#2: Lengkapkan Bahagian ‘About’

Anda akan jumpa link ‘About page‘ hanya di bawah cover gambar. Apabila audien masuk ke bahagian ini, mereka akan jumpa maklumat mengenai syarikat anda. Anda juga boleh letakkan link ke website di bahagian ‘Short Description‘.

Kalau anda perasan, bahagian ini hanya ada di bawah gambar Profile anda. Audien akan dapat lihat serta-merta tanpa perlu klik apa-apa. Ramai usahawan internet yang terlepas pandang pada bahagian ini.

#3: Hasilkan Post Yang Mendidik, Menarik dan Berinformasi

Pengguna Facebook banyak menghabiskan masa untuk bersosial, mencari maklumat terkini dan sesuatu yang boleh menghiburkan mereka. Apabila anda dapat penuhi keperluan mereka ini, anda akan dianggap bernilai untuk mereka. Untuk jangka masa panjang, mereka akan sentiasa mencari dan baca post yang anda tulis.

#4: Belajar Tulis ‘Headline’ Yang Menarik

Ambil masa untuk asah skill menulis headline anda. Ini dapat membantu anda untuk meningkatkan ROI bisnes anda. Anda boleh tulis headline yang berbentuk memberi manfaat atau membangkitkan rasa ingin tahu. Headline jenis ini boleh menarik perhatian kerana audien sukakan headline yang berkaitan dengan mereka.

Dengan menggunakan headlines, anda boleh tapis siapa audien yang anda ingin sasarkan untuk baca post anda.

#5: Hasilkan Post Yang Beri Engagement Yang Tinggi

Cuba fikirkan apa jenis post yang anda rasa menarik dan buatkan audien anda suka. Biasanya post bergambar dapat lebih dapat engagement kerana ia lebih menonjol, sama juga post video. Gabungkan post seperti ini untuk naikkan post text anda.

Cuba tanya soalan pada audien. Jangan tanya soalan yang buatkan mereka susah untuk jawab. Tanya soalan mudah dengan jawapan yang mudah. Kongsikan tips, triks, ayat motivasi atau hiburan kerana post seperti ini dapat banyak engagemant. Masukkan link blog serta gambar preview untuk tarik orang klik dan baca artikel blog anda.

Anda juga boleh anjurkan peraduan, pertandingan atau cabutan bertuah untuk promosikan produk anda.

#6: Cuba Dapatkan Maksimum Reach

Cuba update post di fanpage semasa audien anda online. Jadualkan post dalam 3 kali sehari kerana tak semua audien anda akan online. Post di Facebook hanya keluar di News Feed untuk jangka masa yang sangat singkat. Jadi, anda perlu update post secara konsisten.

#7: Gunakan Gambar Yang Berkualiti

Anda boleh buat promosi dalam bentuk cerita dan gambar. Kalau boleh, gunakan gambar yang boleh beri emosi atau inspirasi pada audien anda.

Gunakan gambar yang boleh menyelesaikan masalah audien anda. Contohnya, gambar dalam bentuk komik atau infografik.

Jangan hanya letak gambar sahaja, tambah ayat seperti quotes,tips atau hiburan. Ini dapat beri impak yang lebih baik. Jangan letak teks yang terlalu banyak dalam satu gambar.

#8: Belajar Cara Guna Facebook Ads

Apa yang menarik guna Facebook Ads adalah kerana anda boleh sasarkan pada audien yang targeted. Buat permulaan, anda boleh target pada fanpage pesaing. Jika anda ada email list yang banyak, anda boleh upload ke Facebook dan bina Lookalike Audience. Akhirnya, anda boleh bina Custom Audience mengikut ciri-ciri yang anda mahukan.

Selepas anda dah faham selok-belok Facebook Ads, anda boleh cuba belajar cara guna Power Editor. Tak susah nak belajar Power Editor, anda boleh baca artikel mengenai Power Editor di bawah…

Jangan lupa buat split test iklan anda, pause iklan yang tak perform dan jalankan iklan yang boleh beri anda Cost per Click yang rendah.

Gunakan strategi Remarketing. Dengan adanya fungsi Website Custom Audience, anda boleh sasarkan iklan pada audien yang pernah melawat website anda tapi belum buat pembelian.

#9: Bina Facebook Group

Facebook Group boleh digunakan untuk bina hubungan yang baik dengan pembeli, pembaca dan prospek anda. Ada beberapa strategi yang boleh anda gunakan dengan Facebook Group.

  • Bina Private Facebook Group untuk ahli berbayar sahaja.

Anda boleh beri tawaran eksklusif dalam group ini dalam bentuk program, kursus atau produk versi baru. Dengan cara ini, anda boleh bina satu team untuk projek baru. Group berbayar perlu sentiasa aktif supaya ahli group rasa berbaloi dengan bayaran yang dibuat.

  • Bina Public Facebook untuk Subcribers.

Audien hanya perlu daftar secara percuma melalui email list atau newsletter untuk join group ini. Anda boleh promosi group ini sekerap yang mungkin untuk tarik lebih banyak ahli baru. Cara anda berinteraksi dengan ahli group ini tidak sama dengan group yang berbayar.

Audien dalam group ini adalah lebih berkualiti berbanding dari audien yang hanya baca dari email list kerana mereka dapat mengenali anda dengan lebih dekat melalui PM atau komen.

  • Join group lain untuk Networking.

Anda juga boleh join group lain untuk cari rakan JV dan prospek. Group-group yang aktif dengan perbincangan mempunyai ahli yang lebih berkualiti berbanding group yang hanya penuh dengan iklan.

#10: Spy Pesaing

Facebook ada sediakan 2 fungsi yang boleh digunakan untuk spy pesaing anda.

  • Gunakan fungsi Page to Watch

Facebook ada sediakan fungsi Page to Watch, anda boleh monitor post pesaing yang mana ada paling banyak engagement. Anda boleh cari fanpage yang anda ingin monitor atau pilih sahaja dari Suggested Page.

Anda boleh jumpa fungsi ini di bahagian Insight Overview

  • Masukkan dalam Interest List

Facebook ada fungsi yang menarik di mana anda boleh tambah fanpage dalam Interest List. Dengan bina interest list, mudah untuk anda spy fanpage pesaing anda.

#11: Monitor Facebook Insights

Ada banyak data yang dimasukkan dalam Facebook Insights. Bagi anda yang baru, mungkin agak keliru nak tengok data yang mana satu, saya syorkan anda supaya titik beratkan kadar engagement di bahagian post.

#12: Gunakan Facebook Untuk Bina Database

Jika anda mempunyai page likes dan engagement yang banyak, gunakan kelebihan ini untuk kumpulkan database. Lebih mudah untuk anda beri info terbaru ke database anda.

  • Beri freegift atau offer pada audien

Buat satu squeeze page khas untuk kumpul database, kemudian letak link squeeze page di bahagian ‘About page’.

  • Jalankan iklan hanya untuk bina database

Anda boleh buat iklan untuk promosi dan update post tapi cara terbaik untuk promosi adalah dengan dapatkan database audien anda.

  • Follow up Subcribers anda

Selepas kumpul database, jangan lupa untuk follow up database anda dengan memberi tips dan perkongsian yang menarik.

Jika anda nak buat bisnes di Facebook, anda perlu tahu bagaimana Facebook berfungsi. Sekarang, anda perlu mula fokus pada perkara yang perlu diberi perhatian atau tidak.

Semoga berjaya!

Komentar (20)

  1. Assalamualaikum tuan Jamal,

    Terima kasih atas perkongsian tip yang membantu ini.

    Dari apa yang saya lihat, kebanyakan usahawan internet yang mempunyai blog, mereka akan melatakkan widget icon media sosial seperti facebook, twitter, google plus dan sebagainya di bahagian sidebar blog.

    Tetapi malangnya, tajuk yang diletakkan untuk widget tersebut tidak mampu menarik perhatian. Biasanya tajuk yamg diletakkan ialah FOLLOW KAMI, CARI KAMI, dan lain-lain.

    Tajuk sebegini tidak menarik kerana ianya tidak memberikan sebab mengapa pelawat blog perlu untuk sertai kita di laman sosial.

    Tajuk yang memberikan sebab contohnya seperti:

    *Mahu Ebook Percuma?Sertai kami.
    *Sertai media sosial kami untuk dapatkan info ekslusif.
    *Jadi fan untuk dapatkan tawaran ekslusif.

    Semoga sedikit perkongsian ini bermanfaat.

  2. T.kasih atas perkongsian maklumat yang amat berguna untuk saya dan juga untuk pembaca semua. Saya akan praktikan tips yang di kongsikan, mudah2an membuahkan hasil dalam menjalankan bisnes online saya. Saya ni baru nak berjinak2 dengan bisnes online… banyak ilmu yang perlu saya pelajari….

  3. danial

    Kenapa kami dihalang dari menyertai kumpulan di facebook. Satu lagi akaun sy seakan dihadkan iklan dlm kumpulan fb. Mula2 boleh lagi. Lps tu dia minta kod keaelamatan. Lpa tu langsung dah tak boleh. Boleh bantu kami nak selesaikan masalah ini. Dah buntu fikir benda ni. Harap ada sape2 boleh bantu. Tq…

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!