Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

5 Fasa Penting Untuk Pemasaran Yang Berkesan di Facebook

Diterbitkan pada Jun 30, 2015 oleh

5 Fasa Penting Dalam Pemasaran di Facebook

Adakah anda sudah ada bisnes dan sedang gunakan Facebook untuk tingkatkan jualan bisnes anda?

Ok, saya nak tanya.. apa matlamat bisnes anda di Facebook?

Jika matlamat anda adalah untuk dapatkan lebih ramai pelanggan baru dan ingin rapatkan hubungan dengan pelanggan lama, Facebook adalah tempatnya..

.. tapi, INGAT! Facebook bukannya tempat untuk menjual, tapi adalah tempat bersosial. Jadi, anda perlu bina kepercayaan dulu sebelum mula menjual di Facebook. Dalam maksud lain adalah anda perlu bersosial dulu baru mula menjual..

Jika anda ingin bina bisnes di Facebook untuk jangka masa panjang, anda perlu tahu bagaimana laluan bisnes anda.. bagaimana cara yang EFEKTIF untuk tukarkan fans kepada pelanggan.

Hari ini saya nak kongsikan bagaimana laluan pemasaran bisnes anda di Facebook.. baca jangan tak baca ye!

Fasa 1: Bina ‘Awareness’ dan Tarik Fans Yang Relevan

Ini adalah langkah pertama yang paling penting dalam pemasaran Facebook. Jika fasa ini anda SILAP, habis semuanya.. Kemungkinan besar, anda akan ada masalah dalam fasa seterusnya..

awareness

Dalam Facebook, proses ini dinamakan LIKE MARKETING.

Apa kepentingan Like Marketing untuk bisnes di Facebook? BACA SINI

Fungsi like marketing adalah untuk bina kesedaran pada audiens di Facebook mengenai kewujudan anda. Apabila audiens sedar dan berminat dengan bisnes anda, mereka akan likes fanpage anda.

..

Semasa bina fans, jangan terlalu fokus pada KUANTITI sahaja, tapi anda perlu lebih tumpukan pada KUALITI fans anda. Ada yang saya lihat guna cara JIMAT, buat contest suruh audiens likes fanpage mereka.. siap bagi HADIAH lagi.. tapi, likes yang mereka dapat tu berkualiti ke tak?

Dah tentu la tak?

Jika takde sales nanti, jangan terkejut pula ye. Mula-mula memang jimat, tapi lepas tu RUGI la. Rugi masa, rugi kumpul like yang tak berkualiti.. rugi.. rugi..

Jika tak mahu rugi, ambil sikit masa untuk KAJI siapa audiens yang anda sedang cari..

Bukan je anda boleh dapatkan likes yang BERKUALITI, malah anda juga dapat naikkan likes dengan PANTAS dan KOS RENDAH.

Bagaimana nak dapatkan likes yang berkualiti?

Semasa membina iklan, anda perlu;

  • Gunakan Interest yang relevan dengan page anda.
  • Gunakan Custom Audience dari emel dan no. telefon prospek.

..

Anda boleh gunakan Audience Insight untuk cari page dan interest yang relevan dengan bisnes anda.

Tak tahu bagaimana cara gunakan Audience Insight? Baca artikel ini…

–> Cara Guna ‘Audience Insight’ Untuk Usahawan Facebook

Ok, lepas dah cukup bina fans, sekarang boleh la mula menjual kan?

JANGAN! Tak semudah itu! Jika anda jual sekarang, dah tentu mereka CABUT LARI…

Fasa 2: ‘Educate’ dan Berikan Nilai Pada Fans

Bagi audiens yang sudah mengenali bisnes anda, tak susah nak educate mereka.. tapi bagi audiens baru, anda perlu educate mereka sebaik-baiknya, buat mereka SUKA pada anda..

.. anda perlu kenalkan siapa diri anda, apa bisnes anda, apa produk atau servis yang anda tawarkan, apa NILAI yang anda boleh beri pada mereka dan apa MANFAAT dan KELEBIHAN yang mereka boleh dapat..

Ada beza ke MANFAAT dan KELEBIHAN produk?

Mestilah!

Manfaat adalah apa yang prospek dapat selepas menggunakan produk anda. Adakah masalah mereka dapat diselesaikan?

Ini contoh MANFAAT –  BBCA (ASID AMINO) dlm MESO bertindak memulihkan sel-sel otot dgn pantas sebaik saja anda habiskan aktiviti workout. Sekaligus, otot anda dapat mengembang dgn lebih cepat dari sebelumnya. Maka tak hairanlah, dalam masa 2 minggu anda akan nampak otot-otot dada, otot-otot lengan anda dah mula mengembang.

Kelebihan pula adalah apa kelainan yang prospek dapat jika mereka beli dari anda berbanding dari peniaga lain. Apa perbezaan yang anda boleh beri pada prospek?

Ini contoh KELEBIHAN – BELI JAM AZAN BERSUARA PERCUMA SEJADAH TRAVEL DAN KOMPAS, KESELAMATAN JAM ANDA KEUTAMAAN KAMI.

Berikan sesuatu yang mereka CARI dan PERLU. Saya bagi 1 tips, jika anda dapat selesaikan 1 masalah yang fans anda sedang hadapi, mereka akan INGAT pada anda sampai bila-bila. SERIUS!

Mereka akan cari dan hubungi anda, masa tulah anda dapat bina engagement dengan mereka…

Fasa 3: Bina ‘Engagement’ dan Simpan Database

Dalam fasa ini, anda perlu dapatkan kepercayaan dari fans..

Lepas berkenalan dengan fans, anda perlu BERSOSIAL dan bersembang dengan mereka. Jika mereka komen, REPLY komen mereka, TAG sekali nama mereka. Jika mereka PM, jawab PM mereka..

Cuba dapatkan maklumat peribadi mereka seperti nama, alamat emel, no. telefon dan alamat rumah.. tapi, cukuplah sekadar nama dan alamat emel jika anda hanya mahu berkongsi tips dengan mereka.

ebook step by step squeeze page

Anda juga perlu ingat! Bukan senang-senang mereka nak bagi maklumat peribadi mereka pada anda.

Untuk dapatkan database mereka, anda boleh berikan sesuatu seperti kupon diskaun, free gift atau sample percuma. Dah dapat, anda kena sentiasa bina engagement dengan mereka.. bukan simpan je. Dah penat-penat kumpul database, kenalah JAGA baik-baik. Belai mereka, cuba berikan SUPPORT yang terbaik pada mereka.

Barulah mereka BERSEDIA untuk membeli dari anda…

Fasa 4: Berikan ‘Offer’ Yang Disukai Fans

Anda sudah KONSISTEN berikan nilai pada prospek dan mereka suka.. sentiasa tertunggu-tunggu info terbaru dari anda. Mereka juga sudah berikan maklumat peribadi mereka kerana sudah percayakan anda.

Akhirnya, masa untuk buat duit!

offers

Sebelum mula menjual, cuba tanya pada prospek apa yang mereka mahukan. Adakah mereka sanggup keluarkan duit untuk membeli produk anda? Berapa ramai yang berminat nak dapatkan produk anda? Berikan offer untuk tempoh masa TERHAD.

Anda boleh survey di emel atau post di fanpage.

Buat BUZZ MARKETING dulu, berikan maklumat mengenai produk anda sedikit demi sedikit.. kemudian, barulah buka jualan. Gunakan TEKNIK URGENCY untuk buatkan mereka bertindak pantas untuk buat pembelian..

Jangan buka jualan terus! Terkejut mereka nanti…

Fasa 5: Buatkan Fans Setia Pada Anda

Bagaimana nak maintain bisnes anda jika tiada seorang pun pelanggan yang SETIA dengan anda.. sebab tu anda perlu lakukan sesuatu untuk buatkan mereka setia dengan anda.

Bagaimana nak buatkan mereka membeli dari anda BERKALI-KALI? Apa yang perlu anda buat?

  • Anda perlu JAGA KUALITI produk/servis yang anda tawarkan.
  • Anda perlu JAGA HUBUNGAN dengan mereka.
  • Berikan SPECIAL OFFER khas untuk fans anda sahaja.
  • Sediakan GROUP KHAS supaya mudah untuk anda berinteraksi dengan mereka.

Apabila anda sudah dapat pelanggan begini, anda sudah dapat hasilkan income yang KONSISTEN setiap bulan. KOS pemasaran juga jadi semakin rendah.

Kenapa..?

Ini kerana apa saja produk yang anda offer, pasti ada je orang nak beli. Tak perlu nak buat promosi BESAR-BESARAN. Lagi hebat, mereka ni akan sentiasa tertunggu-tunggu INFO TERBARU dari anda. Buka je jualan, mereka terus berebut-rebut nak dapatkannya..

Inilah kelebihannya apabila anda dapat bina followers yang SETIA. Followers yang sudah tergila-gilakan anda! Sebagai balasan, anda kena jugalah berikan yang terbaik pada mereka.. sebab, bila-bila masa sahaja mereka boleh PINDAH ke pesaing anda.

Setiap FASA ini ada tempoh masanya tertentu, anda boleh buat 1 FASA untuk 1 MINGGU.. dan setiap fasa ini juga perlu ada TARGET. Apabila anda FOKUS pada target, anda akan tahu apa yang perlu dilakukan pada setiap hari.. paling penting, KONSISTEN!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Komentar (4)

  1. Alhamdulillah. Berjaya dftarkan diri seminar FBAds Missing Chappter 2015. InsyaAllah ini kali pertama sya menjejakkan kaki sbgai seat VIP. Sya yakin balik dri seminar ada sesuatu yg x ternilai bakal sya dpt. Dan pasti akan sya sharing pada yg lain. Yang mana ini bukan seminar omong kosong dan tidak membuang duit. Malah akan huru hara akibat follow sifu ads. Sya nak rasai nya sendiri huru hara saat itu. Jgn lupa jumpa disana ya.

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!