5 Jenis Page Post Ads Dalam Pengiklanan Facebook Yang Anda Patut Tahu

5 page post ads

Terdapat 5 jenis Page Post Ads dalam pengiklanan FB yang patut anda ketahui. Anda tahu ke? Tak tahu? Don’t worry..Ya, memang ramai yang tak tahu sebenarnya (kecuali anda yang dah baca post ni, bukan).

Nota: Page Post Ads adalah iklan yang dibina dari post yang telah ditulis di fanpage. Anda tulis post di fanpage anda, dan jadikannya iklan!

Sebelum kita teruskan, saya nak bagitau..

Iklan jenis ini sememangnya sangat efektif bagi mendapatkan perhatian khusus dari audien sasaran anda. Iklan jenis ini berikan;

  • Page post Likes (post anda di “Like” oleh audien)
  • Page post view (post anda dilihat oleh audien)
  • Page post share (post anda dikongsikan)
  • Page post comment (post anda dikomen)

Menarik bukan..

Dengan kesan yang dihasilkan ini, fanpage anda akan lebih “dekat di hati” audien. Dan sudah pasti, mereka berpotensi menjadi “loyal fans”.

Kenali 5 jenis page post ini..

#1: Page Post Ads – Text

Jenis iklan post page: Text
Jenis iklan page post: Text

Iklan ini memaparkan teks yang dipaparkan di post di fanpage anda. Ianya biasanya memaparkan 90 huruf terawal pada post.

#2: Page Post Ads – Image

Jenis iklan Post Page - Image
Jenis iklan Page Post – Image

Paparan iklan beserta dengan gambar yang di post kan di fanpage. Iklan jenis ini antara yang paling efektif dalam menarik perhatian audien. (hasilkan CTR (click through rate) yang tinggi)

#3: Page Post Ads – Video

Jenis Iklan Post Page - Video
Jenis Iklan Page Post- Video

Iklan dengan paparan imej dengan “play button” di bawah, di sisi kiri. Iklan ini memang menarik, di mana boleh menarik perhatian audien untuk klik pada “play button” tersebut. Sangat sesuai digunakan bagi pelancaran video teaser pelancaran produk, video demo produk ataupun video “product presentation”.

#4: Page Post Ads – URL

Jenis iklan page post ads - Url
Jenis iklan page post  – Url

Anda boleh iklankan website anda melalui page post ads. Anda boleh hilangkan url website yang dipromosikan dengan tekan “BACK SPACE” selepas gambar/info dari web dipaparkan. Apabila audien klik pada “kotak” iklan di bawah ayat iklan, mereka akan terus dibawa ke website. Dan jika audien klik pada ayat iklan (luar kotak iklan), mereka akan dibawa ke post di fanpage anda. Pemasar affiliate juga  sangat sesuai gunakan iklan jenis ini.

#5: Page Post Ads – Survey

Jenis Iklan Post Page - Survey
Jenis Iklan Page Post – Survey

Anda juga boleh iklankan survey/poll yang anda buat di post fanpage. Kelebihan melalui iklan jenis ini – anda boleh dapatkan data survey yang besar dalam masa yang singkat.

Page Post Ads mana satu pilihan anda?

Pemilihan page post ads bergantung objektif iklan anda. Dari pengalaman saya, untuk tujuan mendapatkan jualan dari FB Ads, page post jenis image adalah yang paling sesuai berbanding yang lain. Untuk mendapatkan LIKE, page post ads tidak sesuai digunakan! 

Tepuk dada, tanya selera …

Similar Posts

46 Comments

  1. salam tuann, terima kasih atas info.. bagi saya setiap post ada kelebihandan keberkesanan masing. keguaan juga boleh dipelbagaikan mengikut kebijaksanaan kita. contoh ads survey..boleh kata sesuai jika kita gunakan untuk launch produk atau mengumpul maklumat tertentu.

      1. Salam sifu..sy punya ads mmg laju jalan alhamdulillah..masalah sy sekarang bila customer comment, sy x boleh nak reply n tag nama diorang kat comment box guna hp androids..macamana ye sifu 😀

  2. Salam Tuan Jamal,
    Saya kurang jelas ttg jenis post URL…

    Terima kasih byk atas perkongsian yg sgt bermanfaat.

    1. Waalaikumsalam Izzah

      Post URL begini..

      1. Katalah kita buat satu post di fanpage kita..di situ, kita letakkan url website kita..pasti ada paparan “thumbnail” dipaparkan bukan? Biarkan..
      2. Kita delete url tadi tu..tapi paparan thumbnail tu akan kekal..
      3. Bila kita buat ads, paparan thumbnail tu akan dipaparkan dalam iklan selepas ayat awal post

  3. Salam Sifu FbAds En Jamal. Di last ayat tuan ada sebut post page ads tidak sesuai digunakan utk tarik “LIKE”. Jadi apa cara yang terbaik utk kita menarik Like? Tq..Info yang diberikan memang marvellous!

    1. Ye betullmeman tak sesuai. Cara terbaik adalah gunakan new ads atau masa setting ads tu, kita pilih objektif untuk dapatkan LIKE..iklan gambar sebelah kiri, ayat iklan di sebelah kanan adalah yang sesuai…

  4. trma ksih di atas perkongsian tips fbo..tuan mmg otai dlm bab ni..cuma sy terlepas utk dptkan ebook tknik fbo tuan,jika ianya di buka kembali utk jualan,sila e-mail kan kpd saya..

  5. salam boleh sy tny, kenapa ada certain iklan gmbar(post) tp di bawah gmba 2 option utk like page.. bila sy iklankan gamba(post), option yg keluar bwh gmbar 2 utk like gambar..bkn utk like page.. kenapa ya?harap tuan faham soalan ni.. 🙂

  6. tq tuan jamal..good info..sy selalu buat post ads image..sy rs dgn image akan lbh menarik perhatian audien.. 🙂

  7. slm,
    sy ade buat fb ads,tapi xkene kumpulan sasaran.
    org yg like nama pelik2 n mcm xreal..
    apa setting yg sesuai utk capai kumpulan sasaran?tq

  8. As’salam tuan Jamal.. Kalau kita pause iklan fb afs pada tgh malam start pukul 1am lepas tu aktive balik pukul 7am blh ke mcm tu? Tlg tuan jamal bagi tunjuk ajar sikit ya tq..

  9. Salam sy sudah buat fb ads yg pertama dan alhamdulillah berjaya..tapi bila sy start buat yg kedua…tiada respon like or komen …kat mana silap yer?

  10. Terima kasih sifu…semoga mendapat keberkatan dan keredhaan dr Allah SWT dengan perkongsian yang sangat bermakna ini…ameen…

Comments are closed.