5 Tips Menulis Ayat Iklan Page Post Engagement

5 Tips Menulis Ayat Iklan Page Post Engagement (PPE)

5 Tips Menulis Ayat Iklan Page Post Engagement

Anda susah nak tulis ayat iklan untuk page post engagement (PPE)? Anda tercari-cari apa kekurangan yang ada dalam ayat anda?

Sebenarnya, menulis ayat iklan ini tidaklah sesukar mana.

Cara mudah untuk menulis ayat iklan adalah anda perlu kenal siapa prospek anda. Semuanya mengenai prospek anda.

Bagi anda yang ada masalah atau tak tahu cara menulis ayat iklan, di sini saya berikan 5 tips  yang perlu anda tahu semasa menulis ayat iklan untuk page post engagement (PPE);

#1: Beritahu Manfaat yang Prospek Bakal Dapat

Walaupun ciri-ciri yang ada pada produk juga penting, tetapi prospek lebih utamakan manfaat dan penyelesaian produk berbanding ciri-ciri produk.

Contohnya;

Jika anda baru keluarkan produk lebatkan rambut, anda boleh beritahu ciri-ciri yang ada produk tersebut, cara penggunaannya, apa bahan-bahan yang digunakan dan lain-lain.

Kemudian, ceritakan manfaat produk tersebut yang boleh mengubah hidup prospek anda menjadi lebih baik dari sebelumnya. Berikan mereka impian dan harapan.

Anda perlu tarik minat prospek dengan manfaat produk, kemudian pukau mereka dengan maklumat tambahan.

#2: Beritahu Kelebihan Yang Prospek Akan Dapat

Anda juga boleh berikan sedikit kelainan dan kelebihan dari pesaing anda, bab ini saya ada ceritakan dalam artikel mengenai Unique Selling Proposition. Anda boleh tulis dalam ayat iklan beberapa kelebihan yang prospek dapat dari anda.

Contohnya;

Anda jual shampoo untuk lebatkan rambut. Anda boleh buat produk tambahan seperti krim mencegah keguguran rambut. Letakkan kuota terhad bagi prospek yang berminat untuk dapatkan produk utama dan produk tambahan dalam satu pakej jimat.

Dengan memberikan sedikit kelainan dari pesaing, anda akan dapat menarik perhatian prospek untuk membeli dari anda. Sentiasa berikan kelebihan kepada prospek anda, ini akan buatkan prospek tak sabar -sabar nak beli dari anda.

#3: Ayat Tidak Perlu Terlalu Panjang

Semasa menulis aya iklan, anda tak perlu ayat yang terlalu panjang untuk yakinkan orang beli. Anda hanya perlu tulis ayat-ayat yang penting sahaja. Paling penting ayat yang boleh menyentuh minda prospek seperti;

  • Masalah – Apa masalah yang sedang dihadapi oleh prospek?
  • Ketakutan – Apa yang jadikan prospek takut jika masalah mereka tidak diselesaikan?
  • Inspirasi – Apa yang mampu memberi inspirasi kepada prospek?
  • Impian – Apakah yang diimpikan oleh prospek?

Jika anda dapat menjawab persoalan-persoalan ini, pasti anda akan dapat mempengaruhi emosi prospek dengan berkesan.

#4: Gunakan Ayat Yang Ringkas dan Mudah

Pecahkan ayat-ayat anda kepada beberapa perenggan. Mudahkan prospek memahami maklumat yang anda ingin sampaikan kepada mereka. Caranya;

  • Buat sekurang-kurangnya 3 baris ayat untuk 1 perenggan. Format begini lebih mudah dibaca.
  • Gunakan bullet point atau numbered lists untuk senarai manfaat atau ciri-ciri produk.
  • Bold atau besarkan perkataan-perkataan penting yang ingin anda ingin tekankan.
  • Letak gambar yang relevan dan menarik perhatian prospek anda.

Ayat Pertama

MY QALAM 4 KIDS – Direka khas sejak 2013 lagi bagi membantu ibubapa memupuk anak-anak kecil mereka MINAT BELAJAR seawal usia 2 tahun.

Ianya dicipta untuk bantu anak , belajar mengenal huruf, belajar membaca, belajar mengira, belajar menyebut, belajar mengaji, belajar bahasa inggeris dan belajar solat.

Ayat Kedua

MY QALAM 4 KIDS – Direka khas sejak 2013 lagi bagi membantu ibubapa memupuk anak-anak kecil mereka MINAT BELAJAR seawal usia 2 tahun.

Ianya dicipta untuk bantu anak;

– BELAJAR MENGENAL HURUF

– BELAJAR MEMBACA

– BELAJAR MENGIRA

– BELAJAR MENYEBUT

– BELAJAR MENGAJI

– BELAJAR BAHASA INGGERIS

– BELAJAR SOLAT

Cuba anda bandingkan, anda rasa ayat mana yang lebih mudah dibaca dan difahami maksudnya? Mesti ayat kedua kan?

#5: Ceritakan Lebih Mengenai Prospek

Kunci utama dalam membina ayat iklan adalah anda dapat yakinkan produk tersebut sebagai satu keperluan untuk prospek anda. Ceritakan, jika mereka dapatkan produk tersebut, mereka akan dapat selesaikan masalah yang mereka hadapi. Itulah yang perlu anda tekankan.

Ayat Pertama

“Produk X ini telah membantu saya selesaikan masalah rambut gugur dengan 3 langkah mudah sahaja”

Ayat Kedua

“Produk X ini bakal membantu selesaikan masalah rambut gugur anda dengan 3 langkah mudah sahaja”

Ayat pertama lebih sesuai digunakan dalam ayat testimoni. Ayat kedua pula lebih kepada manfaat yang prospek bakal dapat. Anda boleh gunakan kedua-dua ayat ini mengikut kesesuaian dalam ayat iklan anda.

Secara ringkasnya, prospek mahu tahu bagaimana produk anda mampu membantu mereka capai apa yang mereka impikan. Jika anda mampu ceritakan semuanya dalam ayat iklan page post engagement anda, peratus untuk prospek membeli adalah sangat tinggi.

Kesimpulannyapenulisan ayat iklan adalah satu seni pujukan. Memahami apa yang prospek anda mahu adalah langkah pertama yang penting. Menyampaikan maklumat produk anda sebaik mungkin adalah kunci untuk jadikan prospek anda sebagai pembeli.

Semoga bermanfaat.

Similar Posts

38 Comments

  1. Penulisan iklan ni lebih pendek lebih baik.Tetapi pastikan pendek dan dapat menangkap perhatian pembaca. Sebab pembaca hanya ada lebih kurang 3 hingga 5 saat sahaja untuk membaca iklan kita.

    Sebab kita semua tahu yang pengguna internet mencari maklumat dengan cara melakukan imbasan,bukan membaca. Apabila sekali imbas, dan iklan kita mampu menangkap perhatian mereka, bermakna iklan kita berkesan.

    Terima kasih juga kepada Tuan Jamal yang tidak lokek berkongsikan pelbagai ilmu tentang fb ads.

  2. Alhamdulillah penerangan dan penjelasan amat baik dan membantu individu
    yang sedang memulakan perniagaan internet ataupun yang ingin membuat
    pemasaran produk dengan FBads terima kasih Tuan Jamal -SifufbBad

  3. Alhamdulillah..tq atas perkongsian yg sangat bermanfaat utk newbie macam saya..
    serius masih belum pandai buat ayat utk iklan..
    namun saya akan cuba buat cara yg tuan bg nie..
    tq sgt2..

  4. Terima kasih Tuan Jamal atas perkongsian ini. Menulis iklan memang satu kekurangan yang saya hadapi. Saya akan manfaatkan tips-tips yang tuan kongsikan ini.

  5. Salam tuan..awal pg ni sy bru berjinak nk berniaga..produk kt kepala ni kerepek pisang je.. Adakah kerepek pisang ni berbaloi diniagakan?

  6. Pertama-tama nya terimakasih Allah sebab jumpakan saya blog ni.
    dan keduanya
    terima kasih sifu jamal…
    saya newbie dalam fb ads ni..
    blog ni banyak banyak membantu dalam saya merangka jualan saya diinternet
    semuga Allah mudahkan urusan sifu jamal sekeluarga.amin

  7. salam sifu jamal…..saya nak tanya sifu ada ambil upah tak kalau nak minta bina copywritting yang power utk saya buat fb ads produk saya ….sebab saya dah buat 2 ads sebelum ini tetapi tidak ada respon buyer …tq

  8. salam sifu ..sy dh try boost page dh habes rm 100 . ada org like shj tapi x de yg pm berminat . apa cara yang terbaek utk saya buat ? sifu ada suggest c ayat yang power . sy dh try create ayt sendiri tapi x memjadi .

Leave a Reply to Jeeva Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *