Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

7 Cara Tingkatkan ‘Conversion Rate’ Iklan di Facebook

Diterbitkan pada Apr 21, 2015 oleh

Bagaimana Tingkatkan 'Conversion Rate' Iklan di Facebook

Sebelum kita menggunakan mana-mana post iklan yang telah kita bina untuk tujuan pengiklanan, kita perlu kaji terlebih dulu iklan tersebut dari sudut conversion rate. Dari situ, kita akan dapat tentukan sama ada iklan yang kita telah bina ini sesuai untuk digunakan atau tidak. Jika sesuai, terus gunakan iklan tersebut, jika tak, pause atau delete, kemudian buat iklan yang baru.

Apa itu conversion rate?

Conversion rate adalah peratus berapa ramai trafik yang datang ditukar menjadi pembeli. Macam mana nak kira conversion rate?

Jika iklan anda dapat 1000 klik sehari, ada 10 pembeli. Nisbah 1000:10. Berapa conversion rate iklan anda?

Conversion rate (CR)

= (Jumlah Pembeli/Jumlah Klik) x 100 = (10/1000) x 100% = 1%

Conversion rate yang baik adalah lebih dari 1%.

Semakin tinggi conversion rate yang anda dapat, semakin tinggi keuntungan yang anda dapat. Ini kerana pembeli sudah bertambah.

Kenapa untung? Jom lihat contoh di bawah…

Conversion Rate 1%

CR = 1% = (Pembeli/1000) x 100%

Pembeli = 10 orang

Keuntungan anda = Untung (pembeli) – kos iklan = RM40(10) – RM200 = RM200

Conversion Rate 3 %

CR = 3 % = (Pembeli/1000) x 100%

Pembeli = 30 orang.

Keuntungan anda = Untung (pembeli) – kos iklan = RM40(30) – RM200 = RM1000

Anda faham kan? Apabila conversion rate bertambah, keuntungan anda pun bertambah. Iklan yang mempunyai conversion rate yang tinggi adalah iklan bagus. Jika conversion rate turun, cari punca kenapa ia turun.

Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi naik turun conversion, antaranya;

  • Permintaan sesuatu produk
  • Persaingan
  • Pemilihan audiens
  • Gambar iklan
  • Penulisan ayat iklan
  • Pemilihan placement
  • Masa iklan dijalankan

Tak tahu macam mana nak tingkatkan conversion rate?

Di bawah ini, saya berikan 7 cara untuk tingkatkan conversion rate iklan di Facebook

#1: Pilih targeted audience.

Semasa membina iklan, sangat penting untuk sasarkan iklan anda pada targetted audiences. Anda boleh kumpulkan likes dan target pada fans.

Cara untuk dapatkan targetted audiences, anda boleh baca di artikel ini…

#2: Beriklan di hari orang “berduit”

Semasa beriklan, kita perlu juga fikirkan tahap kewangan prospek kita. Bila mereka ada kuasa untuk membeli? Bila hari mereka berduit? 

Kurangkan buat marketing di tengah bulan, biasanya prospek terbatas untuk berbelanja pada waktu tersebut…tapi anda boleh follow up apabila mereka berduit nanti.

Di bawah ini adalah antara waktu paling sesuai untuk anda mulakan marketing besar-besaran;

  • Hari pekerja terima gaji
  • Hari pekerja dapat bonus
  • Pada hari raya, bulan ramadhan, dan lain-lain.

#3: Ubah Copywriting

Ayat copywriting merupakan antara elemen penting dalam membina iklan Facebook Ads. Anda perlu kreatif semasa menulis ayat iklan, jadikannya menarik supaya audiens suka baca iklan anda.

Anda perlu berlatih menulis dan belajar menggunakan ayat-ayat yang disukai audiens. Untuk hasilkan ayat iklan yang berpengaruh, anda perlu kenal siapa audiens dan produk yang dijual.

Di sini saya berikan tips mudah untuk menulis ayat copywriting;

  • Susunan ayat mesti kemas
  • Buat perenggan, maksimum 3 baris
  • Gunakan huruf besar pada perkataan penting
  • Gunakan ayat yang mudah difahami
  • Banyakkan guna perkataan ANDA

#4: Tukar gambar berpengaruh

Memilih gambar yang sesuai dengan iklan sangat membantu untuk menarik perhatian audiens. Pastikan gambar mengikut Facebook 20% Rule, gambar yang ada tulisan 20% tak akan diluluskan oleh Facebook.

Anda boleh gunakan Grid Tool yang disediakan oleh Facebook untuk check gambar anda. Dengan menggunakan gambar yang tepat, ia dapat membantu meningkatkan jualan bisnes anda.

Tukar gambar berpengaruh

#5: Follow Up

Jika anda ada fanpage, likes yang banyak, cuba wujudkan awareness dan educate mereka mengenai bisnes anda. Mereka adalah prospek yang berpotensi untuk menjadi pelanggan anda. Sentiasa bina engagement dengan fans anda, supaya mereka ingat pada anda.

Jangan lupa untuk kumpul database pelanggan seperti nombor telefon dan emel. Mudah untuk anda follow up mereka secara personal nanti. Follow up dengan cara berhemah, banyakkan beri tips-tips yang bermanfaat atau tawaran yang menarik.

Tips-tips yang perlu anda kongsikan adalah berdasarkan apa yang anda berikan pada pelanggan untuk dapatkan nama, no. telefon dan emel mereka.

Contohnya;

Jika anda tawarkan kupon diskaun produk pakaian untuk dapatkan nama dan emel pelanggan, follow up pelanggan dengan tawaran-tawaran menarik, seperti buy 1 free 1, contest, free gift dan banyak lagi. Buat survey pada database supaya anda lebih kenal dan tahu apa yang pelanggan mahukan dari anda.

#6: Urgency Factor

Semasa menulis ayat copywriting, cuba masukkan ayat-ayat urgency untuk push prospek bertindak. Prospek akan lebih cepat bertindak jika anda letakkan urgency factor ini. Dalam pemasaran Facebook, ada 3 jenis urgency yang boleh anda gunakan…

1) Tempoh Tawaran

Nyatakan tarikh atau tempoh, mula dan akhir tawaran anda. Semasa menulis post iklan, anda boleh gunakan ayat urgency pada headline post anda. Untuk teknik urgency jenis ini, anda perlu selalu update post anda dari hari ke hari…

Contohnya;

“TAWARAN tinggal 7 hari sahaja lagi”

“TAWARAN tinggal 48 jam sahaja lagi”

“TAWARAN tinggal 24 jam sahaja lagi!”

“LAST CALL, tawaran hanya tinggal 24 jam lagi!!”

Ini contoh post yang menggunakan headline TEMPOH TAWARAN…

Bagaimana Tingkatkan Conversion Rate Iklan Facebook_1

2) Stok Yang Tinggal

Pelanggan biasanya suka bertangguh-tangguh untuk membeli, ini kerana tiada tekanan paksa mereka membeli. Antara cara untuk mendesak mereka bertindak membeli adalah dengan memaklumkan kuantiti stok yang masih tinggal.

Anda boleh gunakan urgency seperti ini pada headline post dan gambar iklan.

Stok Yang Tinggal

3) Kuota Terhad

Ini adalah teknik urgency yang ramai penjual gunakan untuk paksa prospek bertindak membeli. Pastikan kuota yang anda berikan betul dan bukan gimik sahaja. Ini kerana kebanyakkan prospek akan rasa yang kuota tu hanya gimik semata-mata.

Jadi, pastikan apabila kuota habis, sila tutup tawaran anda…bila prospek tanya, “Kenapa tutup?”, jawab je kuota dah tamat. Antara tawaran yang boleh anda berikan dalam bentuk kuota terhad adalah tawaran DISKAUN…

Contohnya;

Harga asal produk A adalah RM200, tetapi TERHAD untuk 30 orang terawal untuk HARI INI sahaja…anda berikan harga RM120 sahaja. Selepas kuota penuh, harga akan dinaikkan. Anda boleh juga naikkan harga sedikit demi sedikit…dari RM120 naik ke RM150, begitulah juga seterusnya.

#7: Tingkatkan frequency

Cara untuk tingkatkan frequency iklan anda adalah sasarkan iklan anda pada fans dengan menggunakan placement sidebar. Iklan anda akan muncul berulang-ulang kali di right column new feed fans tanpa mengganggu prospek. Ia mampu meningkatkan awareness tentang produk anda, akhirnya prospek bertukar menjadi pembeli.

tingkatkan frequency_1

Ok, rasa dah banyak tips yang saya kongsikan dalam artikel ini. Inilah antara cara untuk tingkatkan conversion rate iklan anda di Facebook.

Semoga tips-tips ini bermanfaat untuk anda.

Komentar (23)

    1. Kumpul database pelanggan anda… anda boleh kumpul emel,no. Tel dsb..

      Bisnes yg mempunyai ‘rejection gravity’ yg kuat memerlukan pemasaran berulang kali…

      Contoh biz yg kuat rejection..insurans,network marketing..

      Anda boleh guna squeeze page/landing page/minisite untuk kumpul database..

      P.s : Jika anda mencari minisite designer.. klik sini >> http://www.minisitekosrendah.com

  1. Ada orang menaikkan modal iklan but lupa nak naikkan conversion rate iklan..akhirnya bila smpai satu tahap iklan dah jadi ‘lame’ dah x berkesan lagi.. modal iklan pun lebur..

    Nak naikkan conversion rate perlukan ‘ilmu pemasaran’ yg tepat dgn jenis bisnes anda.. bukan setakat belajar photoshop untuk cantikkan iklan… tetapi cipta iklan yg bila pelanggan lihat..terus nak beli..sbb diaorang akan rasa rugi kalau xbeli.

    P.s. : Anda mencari minisite/landing page/squeeze page designer.. klik sini >> http://www.minisitekosrendah.com

  2. Pingback: Apa Kepentingan ‘Like Marketing’ Untuk Bisnes di Facebook? | Sifu FB Ads

  3. assalamualaikum dan salam sejahtera.. apakah pandangan tuan dengan meniru post orng lain samada secara direct (cut n paste) dalam wall fb kita.. atau memahami ayat dan olah mengikut pemahaman kita dan post di wall.. meniru post dr rakan2 yg menpunyai latar belakang syarikat dan tujuan yg sama dalam syarikat.

  4. Pingback: 7 Langkah Bagaimana Mula Bisnes di Facebook Untuk Fanpage Baru | Sifu FB Ads

  5. Pingback: 7 Langkah Bagaimana Mula Bisnes di Facebook Untuk Fanpage Baru – Mari Berniaga

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!