7 Formula Untuk Usahawan Baru Nak Buat Sales di FB

Seperti yg dijanjikan, SifuFBAds nk bagi step by step, bagaimana usahawan baru, newbie, ataupn mereka yg baru nk mula berniaga di fb, boleh terus start dgn kaedah-kaedah yg paling simple paling pantas dan paling proven!

Jgn risau jika anda yg masih belum mula berbisnes di fb tu, masih belum terlambat. Seriously, jgn tunggu lagi.. Smakin anda bertangguh smakin bahaya ‘ekonomi’ anda! It’s now or never!

So, jgn tunggu lagi..

Tgk satu per satu gambar kat bawah ni, baca dan hadamkan.. Jgn baca kalau anda tgh rushing! Setiap point yg SifuFBads kongsikan ni sgt bermakna.. Baca dalam keadaan yg tenang, tarik nafas dalam2.. Lepaskan…….. Fuh….

#1: WHO IS YOUR AUDIENCES?

Sebelum bermula, sblm buat fbads, sblm berbisnes.. Anda kena tahu siapa audiens anda..Kena tahu flow audiens.. Utk mkluman anda jenis2 audiens ada 3 kategori;

SUSPEK –> PROSPEK –> CUSTOMER

.. So, kita cerita yg pertama, SUSPEK..

Siapakah suspek ni? Mrk adalah orang yg masih belum mengenali anda, blum kenali brand anda, blum tahu apa produk anda.. Jd dlm fbads, anda perlu kenalpasti siapakah prospek ini, dan tukarkan mereka mnjd prospek, dgn cara buat LIKE MARKETING, CONTEST, dn lain2..

Utk makluman anda, conversion dari SUSPEK ke CUSTOMER boleh kata bawah 1%.. Cara kiraan, jumlah pembeli bahagi jumlah klik, darab 100..

.. Yg seterusnya, PROSPEK..

Siapa prospek ini? Mrk adalah yg sudah mengenali kita, dah tahu brand kita, dah LIKE page kita, mungkin juga dah engage dgn kita.. Jd dlm situasi ni, lebih sesuai jika anda buat iklan sasarkan pada mereka semula, iaitu fans sendiri..

Utk makluman anda, conversion dari PROSPEK ke CUSTOMER boleh jadi 3-5%..

.. Yg terakhir, CUSTOMER..

Siapa customer ini? Dah tntu mrk yg pernah membeli dgn kita, iaitu pelanggan kita.. Dah ada pelanggan apa nk buat? Kena jaga.. Slalu followup perkembangan, dapatkan testimoni..

Tahu tak, dari CUSTOMER ni boleh jadi RAVING FANS!

Kekuatan raving fans nilah yg akan menghuru-harakan bisnes anda, akan support anda, dari segi power mouth-to-mouth, engagement, testimoni dan lain2.. Nak buat repeat order? InshaAllah power..

Utk makluman anda, conversion RAVING FANS utk jadi CUSTOMER (repeat order) boleh jadi 10% ke atas.. Kita retargetting semula mrk yg mmg dah betul2 berminat!

Okay, tu proses dari SUSPEK jadi PROSPEK jadi CUSTOMER dan menjadi RAVING FAN…

Langkah seterusnya, anda perlu membayangkan siapakah PROSPEK anda, ingat rantaian dia? Semuanya bermula dengan prospek.. Jadi, bayangkan rupa PROSPEK anda..

Dalam Fb Ads utk memilih audiens ada 4 data utama;

1) DATA GEOGRAFI

Bahasa lebih mudah, dimanakah lokasi mereka berada. Jangan target suma tempat! Pemilihan lokasi yg tepat byk membantu mudah close jualan kita. Nak target luar bandar ke, dalam bandar ke..

List kan, dimana potensi prospek anda tinggal, Putrajaya? KL? Pantai Timur?

2) DATA DEMOGRAFI

Data ni lebih merujuk kepada maklumat peribada audiens yg ingin disasarkan. Apakah demografi yg boleh digunakan dlm fbads? Ia adalah umur, jantina, status perkahwinan, pekerjaan, tahap pendidikan dan juga bahasa.

So, dengan data ni, anda boleh tapis bakal pelanggan anda. Apabila isi copywriting anda di isi dengan tepat dan dipadankan dengan sasaran audiens di fbads, pasti respons iklan anda sgt bagus..

List kan, produk anda lebih sesuai pada orang dah kahwin? berapa umur? laki ke perempuan? Pekerjaan mcm mana? Cuba fokuskan.. Spesifik.. Lebih menarik perhatian..

3) DATA PSIKOLOGI

Ini antara bahagian pnting dan sering digunakan dlm fb ads. Data ini melibatkan maklumat sprti; apa hobi mrk, apa minat mrk, dan apa aktiviti audiens..

Data inilah yg sering kita masukkan pada bahagian interest di fbads, katalah anda jual produk memancing, anda boleh masukkan pada bahagian interest tu sbg ‘fishing’, ataupun nama produk memancing, ikon memancing, rancangan tv memancing, dan lain-lain.

4) DATA SOSIOGRAFI

Dalam fbads ada 3 jenis data sosiografi yg boleh kita gunakan;

  • People who like your page : anda boleh sasarkan pada audiens yg pernah like page anda atau page-page lain yg anda miliki. Mereka adalah fans anda.
  • Friend of people who like your page : Sasarkan pada rakan-rakan audiens anda yg pernah like page anda.
  • Exclude people who like your page : Audiens yg belum like fanpage anda, mereka adalah suspek atau audiens yg masih belum mengenali anda.

Kalau buat LIKE MARKETING pastikan pilih exclude people who like your page, kita taknak target mereka yg dah jadi fans kita..

Kalau nk buat retargetting, nak target pada SUSPEK.. Pilih people who like your page.. Dah ada fans yg ramai wajib target semula pada fans anda..

Ini baru langkah pertama.. Wajib tahu proses audiens dan mengenali siapa audiens anda.. Faham?

#2: PREPARE YOUR PAGE

Sblm buat iklan LIKE ke BOOST POST ke, pastikan butik alam maya anda sudah bersedia untuk menarik prospek.. Kalau ‘kedai’ tak ready, jgn berani buat iklan..

So, apa nak kena buat?

Bykkan buying trigger;

  • Testimoni
  • Aktiviti
  • Tips
  • Infoproduk
  • Video
  • Owner/Character

Buat bberapa post yg berkaitan dgn produk anda, pastikan content yg relevan! Takde engagement takpe, sbb baru nk bermulakan.. Kalau ada, itu bonus.. Yg penting konsisten je dulu..

Selain itu, pastikan anda MAKE OVER ‘kedai’ anda dulu.. Dari segi, timeline cover, profile picture, ruangan about.. Wajib buat ini dulu!

Yg terakhir, paling penting.. PIN TO TOP posting lengkap anda!

Anda perlu lengkapkan posting tsbut dr segi;

  • Design gmbr produk yg menarik
  • Headline yang memukau
  • Copywriting yang menarik
  • Apakah Kelebihan, manfaat, kebaikan produk anda.
  • Offer yg susah nak dilepaskan
  • CTA yg jelas utk mrk bertindak dgn sgera..

Ingat formula AIDCA? Ha, yg tulah..

Supaya, 1st impression pelawat yg msuk di page anda akan nmpk post pin to top tersebut. Sbb tu anda perlu hasilkan post dgn gmbr yg menarik bserta headline dan copywriting yg memukau

#3: RECRUIT YOUR FANS

Bila semua dah ready, dah lengkap dan dah bersedia barulah buat LIKE MARKETING! Boleh gunakan gmbr yg sama mcm post PIN TO TOP tu.. Atau nk guna gambar yg berbeza pn boleh.. Yg penting ayat tu ubah la utk dptkan like..

Takde idea? Saya ada listkan 15 idea DI SINI

Nak target siapa? Target audiens mcm yg anda dah bayangkan tu.. Apa demografi, geografi, psikografi dan igt sosiografi, pastikan exclude fanpage anda..

Mulakan dgn bajet serendah RM10.. Kalau iklan anda bgus inshaAllah boleh dpt bawah 10sen cost per page like… Dgn bajet RM10 anda berpotensi dpt fans baru sbyk 100org.. Lg murah cost per like anda lg byklah anda dpt fans baru..

Ingat! Like marketing tidak menghasilkan jualan, tp dgn cara ini inshaAllah ia boleh menghasilkan jualan. jika dgn iklan like anda boleh buat sales itu adalah BONUS!

Tujuan LIKE MARKETING, kita nak tukarkan SUSPEK –> PROSPEK.. Supaya lebih mudah dan tinggi conversion utk jd CUSTOMER.. Faham?

#4: FB ADS STRATEGY

Now barulah boleh buat BOOST POST, atau jika anda mahir, boleh gunakan CREATE AD TOOL..

Time ni lah kalau nak buat WOREN ke Teknik REMPIT ke HANTU ke TOYOL ke ha buatlah..

Guna post mana? Buat iklan kat post yg dah pin to top tu.. Yg lain2 tu tak perlu buat, fokus beberapa jenis posting sahaja.. Jgn buat semua! Rmi yg silap!

Mungkin 2-3 jenis shj, stu jenis Testimoni, satu lg mungkin jnis hardsell, psl produk.. Terpulang..

Nk target sapa?

Target FANS sndiri boleh, atau target sama macam sasaran iklan LIKE MARKETING anda.. Okay?

#5: BEDAH SIASAT 5 DATA IKLAN FBADS

Step ni tak ramai yg buat, tak ramai yg tahu, thats why ramai yg gagal!

So, lepas dah buat iklan LIKE, dah buat BOOST POST.. Apa nk buat?

Check beberapa data penting ni;

1) REACH

.. Reach adalah jumlah capaian iklan anda. Berapa org yg lihat iklan anda? Ada 2 jenis reach yg boleh dpt dari data Fb ni; Organic Reach (Percuma), Paid Reach (Berbayar).

Lepas buat fbads tu, cube check reach anda.. Dpt tak at least 1000 sehari.. Klu tak smpi 1000 tu mskdnya iklan anda STUCK! Ce tambah bajet lagi.. Duplicate Ad Set.. Klu tak boleh gerak jgk, buat baru!

2) CPC

.. CPC, cost per click, setiap satu klik yg anda dapat adalah mereka (prospek) yg berminat nk thu ttg bisnes anda dan juga berpotensi mnjd plggn anda.

CPC merupakan data fbads paling asas dan penting yg anda perlu monitor. Ikutkan ada byk lagi yg anda perlu tgk. Cost per page engagement, cost per actions, cost per impressions dn mcm2lah.. Tp ni plg basic..

Standard SifuFBads ialah bawah RM0.15.. Cuba dptkn bawah 15sen.. Plg tk pn, last kite kasi can 20sen la…

CPC mahal? KLIK SINI

3) CPM

COST PER 1000 IMPRESSION.. Kos purata yg anda perlu byr utk setiap 1000 impression. Berapa CPM yg bagus? Sifufbads rekomen kurang dari RM10.

Klu mahal? Apa nk buat?

Pause dn buat baru kalau CPM anda lebih RM10.. Kalau CPM anda melampau2 kosnya smpi RM50-RM200.. Tu jaga2, anda telah terkena simptom FB MENGGILA!

4) CTR

CLICK THROUGH RATE , Kadar % klik yg diterima oleh iklan dari jumlah impressions. Gunakan formula ini utk kira CTR = (Clicks/Impressions)100..

CTR yg bgus adalah 10% ke atas.. Plg teruk pn 5% lah.. Cuba dptkan lebih 10% ye..

Kalau teruk apa nk buat?

Ekjas pemilihan audiens dn gmbr lg.. Dptkn gmbr yg lebih FRESH dan UNIK.

5) CLICKS

CLICKS bermaksud apabila audiens klik iklan anda, tak kira mana2 placement mereka lihat, ia dianggap Clicks. Ianya juga dianggap sebagai trafik/audiens yg singgah di iklan anda.

Bila boleh tentukan sales anda masuk atau tak slps anda terima skurang2nya 100 klik..

Yes, lps 100 klik baru tgk.. Ade sales tak.. Klu takde, kene repair mana2 yg patut tu..

Jgn plak bru dpt 10-20 klik da bising kata sales tak masuk pon!? Faham?

#6: BEDAH SIASAT SALES FBADS

Tadi kita bedah siasat melalui data2 dan iklan di fbads, sekarang kita bedah siasat sales kita pula. Part ni memerlukan kalkulator, nak kira2 skit..

YANG PERTAMA, KIRA RESPONSE RATE

Dptkn berapa jumlah PM/Whatsapp yg anda terima.. Bahagikan dengan jumlah klik yg anda terima.. Kmudian darab dengan 100..

Pstikan anda kira setiap hari.. Anda prlukn skurang2nya 3%..

Klu kurang apa nk buat?

Ce ekjas copywriting, ekjas CTA.. Gunakan copywriting jenis People Motivation, Testimoni atau Problem.. Reply komen “PM” guna gambar testimoni..

SETERUSNYA, KIRA CLOSING RATE

Dptkan jumlah sale yg masuk stiap hari, bahagikan dgn jumlah respons yg masuk.. kmudian darab dgn 100.. Pstikan anda dpt skurang2nya 30%…

Klu kurang apa nk buat?

Cube perbaiki cara reply.. Kuatkan lg buying trigger.. Apa buying trigger tu? Testimoni, aktiviti.. Tips2, owner dan lain2.. Kuatkan juga Formula Co.C.A..

YANG TERAKHIR, KIRA RETURN ON INVESMENT

Kira brpakah keuntungan anda stlh mggunakan FB Ads.. Dptkan profit harian anda, kmudian tolak dgn kos fbads (setiap 1 hari).. Kmudian bahagikan dgn kos fbads semula..

Pastikan anda dpt lebih drpd 3.. erti kata lain pstikan ianya 3x ganda skurangnya..

Apa nk buat kalau bawah 3?

Mungkin perlu upkan lg margin, mungkin juga perlu pakejkan, rendahkan lg CPC.. Ada UPSELL, Back-End Sell.. Combo.. Tu antara cara2 nk up lg ROI..

Matematik ni perlu buat setiap hari, barulah anda tahu apa yg nk diperbaiki.. Fahamm??

#7: SOLUTION..

Amacam? Pening-pening lalat? Atau steady?

Saya tahu, siapa yang dah habis baca semua step by step ni, akan ada dua jenis manusia..

Pertama ada diantara anda yg boleh tangkap, dan faham.. Yg kedua mesti ada yg masih blur-blur.. Stres.. Dn tk fhm2 lg proses berniaga di FB ni..

Dun worry! Kita ada solution, jln short cut.. Berminat?

“Nak sifu! Nk tahu.. Takleh catch up tadi sifu..!”

Okay, utk yg blur-blur, yg tak tahu apa nk buat, yg tak faham.. SifuFBAds tahu apa yg terbaik untuk anda.. Follow je..

Terus terang, buku2 SifuFBads ada cover semua topik2 ni, malah lebih banyak lagi! Ada yg sales dari 4-5k sebulan boleh naik 70k sebulan! Hny dgn membaca je!

So, ni SifuFBAds nk bantu anda, nk bg guide, nk bg stepbystep buku mana yg anda patut baca..

1) BUKU COPYWRITING SIFUFBADS

Special untuk anda yg;

  • Tak tahu buat copywriting, tak tahu nk gne template yg dah proven..
  • Tak tahu siapa audiens..Demografi, Psikografi, Geografi, Sosiografi..
  • Tak tahu Formula MAP dan SWOT analisis..
  • Tak tahu 8 jenis template copywriting yg successful..

Byk lagi ada, tp kalau anda mmg lemah lg dlm bab2 ni SifuFBAds ssgt rekemen buku ni utk jln short cut.. Klu nak ce SINGGAH SINI.

2) BUKU NEPTUNE

Yg ni special untuk anda yg;

  • Masih tak faham proses nk buat iklan LIKE ke Boost Post ke..
  • Tak tahu step by step nk buat FBAds
  • Lemah lg dalam Create Ad Tool
  • Tak tahu nk masukkan 4 elemen audiens, Demografi, Psikografi, Geografi, Sosiografi..
  • Tak tahu baca Data2 Fb ads..

Buku Neptune mmg Sifufbads rekemen utk orang yg ZERO yg BASIC psl fbads.. Dah tahu buat iklan tak perlu.. Yg tak tahu leh SINGGAH SINI.

3) BUKU FORMULA SIFUFBADS,

Yg ni special untuk anda yg;

  • Tak tahu lagi apa tu Teknik Hantu..
  • Tak tahu lagi nk buat Buzz Marketing..
  • Tak tahu strategi2 dlm FB Ads

Buku Formula bu khas utk yg newbie yg masih zero yg masih lg tak tahu teknik2 Sifufbads.. Buku ni byk dedahkan rahsia bgimana student2 sifufbads boleh gandakan lagi jualan di fb.. Yg nk tahu tu SINGGAH SINI.

Tu antara 3 buku yg Sifufbads paling rekomen, bukan nk promosi.. Tp nk memudahkan kerja anda, tak perlu lagi nk pening kepala try and adjust.. Nk jimatkan masa anda dan nak bagi anda faham 7 Formula CR7 ni.. Hoho

SETUJU?

Klu stuju SHARE ngn usahawan lain yg memerlukan..

Similar Posts

6 Comments

  1. Macamana nk prepare fbads ,,,usahawan fb yg baru nk produk jenama sendiri yg …,,,,usahawan newbie……..,atau yg zero……..buku yg mana yg perlu saya membeli untukvrujukan .,,….tq…

Leave a Reply to Nurfatimah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *