Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

7 Kelebihan Power Editor

Diterbitkan pada Nov 26, 2014 oleh

7 kelebihan power editor

Power Editor mempunyai beberapa kelebihan yang tidak ada pada Advert Manager. Di sini saya berikan anda 7 kelebihan Power Editor yang boleh anda gunakan untuk beriklan di Facebook;

#1: Buat Iklan Post Lama

Dengan Power Editor, anda boleh pilih dan paparkan post iklan anda yang lama di News Feed. Ini memudahkan anda untuk memaparkan semula post iklan lama yang mempunyai conversion rate yang tinggi.

Buat iklan post lama

#2: Unpublished Post

Unpublished post atau Dark Post adalah post yang hanya muncul dalam News Feed tetapi tidak muncul dalam fanpage anda. Dengan fungsi ini, anda akan dapat buat post iklan tanpa perlu buat post dahulu di fanpage .

Anda juga dapat buat pelbagai jenis post dengan gambar, ayat dan masa yang berbeza. Ini dapat mengelakkan fanpage anda dipenuhi dengan post iklan.

Unpublished Page Post

#3: Duplicate Campaign, Ads Set, Ads

Dengan fungsi Duplicate, anda boleh buat seberapa banyak salinan post iklan anda yang baru atau lama. Post yang boleh anda duplicate adalah Campaign, Ads Set dan Ads. Anda juga tidak perlu lagi setting dan buat semula post iklan yang baru. Bagi anda yang selalu buat split test, fungsi ini sangat menjimatkan masa anda.

duplicate ads_2

#4: Schedule Ads

Dengan fungsi Schedule Ads, anda boleh jadualkan iklan anda untuk keluar pada waktu atau tempoh tertentu. Contohnya, anda boleh jadualkan iklan anda pada ‘pukul 8 pagi sehingga 9 malam pada hari kerja’ atau ‘pukul 10 pagi sehingga 11 pagi pada hujung minggu’.

Jadi, anda tidak perlu lagi monitor iklan anda setiap masa. Anda boleh stop atau run iklan anda tanpa perlu duduk depan PC. Fungsi ini sangat berguna untuk anda yang selalu sibuk dengan aktiviti luar.

schedule ads

#5: Daily Unique Reach

Power Editor mempunyai fungsi baru yang hebat iaitu Daily Unique Reach. Anda boleh jumpa fungsi ini di bahagian menu Advert Sets. Pada ruangan Optimization & Pricing, anda perlu tukar Post Engagement ke Daily Unique Reach.

Terlebih dahulu, anda perlu tetapkan jumlah Pricing untuk sasarkan post iklan anda kepada 1,000 audiens. Fungsi ini dapat menjimatkan kos iklan anda kerana anda boleh dapatkan reach yang tinggi tanpa perlu naikkan daily budget. Ini bermakna, post iklan anda hanya akan dilihat sekali sahaja oleh setiap 1000 audiens dalam sehari.

Bid for Reach

#6: Save Audiences

Satu lagi fungsi baru yang menarik dalam Power Editor adalah fungsi Saved Target Group. Fungsi ini memudahkan anda untuk setting jenis audiens yang anda mahu sasarkan tanpa perlu buat post iklan terlebih dahulu. Anda juga boleh gunakan save audiences ini untuk post iklan anda yang lain.

Saved Audience

#7: Campaign Tags

Bagi anda yang banyak buat campaigns dalam Facebook Ads, anda wajib guna fungsi ini. Dalam Advert Manager, anda tidak dapat menyusun campaigns iklan mengikut kategori yang anda mahu. Dalam Power Editor, fungsi Campaign tags dapat memudahkan anda menyusun campaign iklan dalam bentuk group. Anda akan dapat menguruskan campaign iklan anda dengan lebih baik.

Selepas anda buat beberapa campaigns, anda boleh pilih dan tag campaign tersebut dengan nama yang sesuai. Setelah tags ditambah pada campaign, folder untuk setiap tag akan dipaparkan di bahagian Filter by Tags. 

campaign tags step

Ini hanya antara beberapa kelebihan yang ada pada Power Editor, ada banyak lagi fungsi-fungsi baru yang boleh anda cuba.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda…

Komentar (4)

  1. Pingback: 12 Perkara Perlu Buat Dalam Bisnes Facebook | Sifu FB Ads

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!