7 LANGKAH DAPATKAN AKAUN MYR DI FB ADS

usdtorm

Mungkin ada di kalangan kita yang menjalankan Fb Ads dengan menggunakan matawang USD ataupun Us Dollar. Bahkan ada juga tersilap set up sehingga akaunnya menggunakan matawang Rupiah!. Ini sedikit sebanyak mengganggu dan mengelirukan bagi mereka yang menggunakan fb ads. Sukar untuk memantau dan mengangarkan “budget” yang tepat untuk iklan pemasaran bagi tujuan pengiklanan.

Boleh jadi ramai yang sudah lama tercari-cari bagaimana caranya untuk menukar matawang USD atau matawang yang lain kepada matawang Malaysia Ringit (MYR). Kali ini kami dedahkan bagaimana cara-cara untuk mendapatkan akaun dengan matawang Malaysia Ringgit (MYR) untuk anda. Ikuti 7 langkah di bawah ya…!

1- Buka Akaun Profile Facebook
Bagi mereka yang pernah menjalankan iklan di facebook dengan fb ads, anda mestilah mencipta sebuah akaun profile facebook yang baru. Ini kerana satu akaun profile facebook hanya boleh kita set up matawang yang digunakan untuk facebook ads sekali sahaja.

Manakala bagi mereka yang belum pernah menjalankan sebarang iklan di facebook menggunakan fb ads, anda boleh sahaja menggunakan akaun profile yang sedia ada. Jangan lupa untuk bina email baru sebelum bina facebook profile yang baru ya…!

01

2- Add Friend dan Post
Sila add sesiapa sahaja sebagai friend di akaun profile facebook yang baru. Boleh sahaja jadikan facebook anda yang sedia ada ketika ini sebagai friend ataupun isteri, kakak, abang atau pun adik anda sendiri. boleh juga add diri sendiri! iaitu add profile facebook anda yang lama.

02

Jangan lupa untuk buat beberapa post. Ini sekadar untuk menunjukkan bahawa profile kita tidaklah nampak seperti palsu ataupun fake.

022

3- Jadikan Akaun Profile Yang Baru Sebagai Admin Page 
Ya, jadikan akaun profile facebook yang baru anda bina tadi sebagai admin untuk page anda yang sedia ada. Jika tiada, boleh cipta Facebook Page yang baru.  Klik di button “Edit Page” dan klik di “Manage Admin Roles”.

03

Seterusnya masukkan nama atau email facebook profile yang anda baru bina sebentar tadi dan jadikan sebagai “manager” atau “advertiser”.

032

4- Klik boost post 

Pilih mana mana post di page anda dan klik di button “Boost Post” di bahagian sebelah kanan post anda. Akan keluar borang untuk membuat iklan ataupun fb ads.

04

5- Set Up Iklan 
Isi ruang kosong dan bina iklan. Klik “People who like your page and their friend” dan masukkan budget rm15 atau pilih sahaja apa harga yang facebook cadangkan dan kita pilih yang paling minimum.

Masukkan juga nombor kat debit anda tetapi INGAT…! sila gunakan kad debit yang masih belum pernah digunakan untuk membuat Fb Ads. Ini kerana satu kad debit hanya boleh digunakan sekali sahaja di facebook..!

05

Jika diperhatikan, ketika sedang “set up”, matawang atau currency untuk kita buat Boost Post ini secara automatiknya telah menjadi “R” yang bermakna “Ringgit Malaysia”. Lihat gambar di atas sebagai contoh.

6- Pantau Iklan Yang Baru Dibina
Selepas siap kita bina satu iklan dengan menggunakan teknik boost post, pantau iklan sehingga approve. Tujuan pantauan ini untuk memastikan ads kita tiidak berjalan atau pun tidak terus berjalan supaya kita dapat menjimatkan budget kita.

05

Lihat petak berwarna merah dalam gambar di atas, menunjukkan facebook sedang review Boost Post dan status masih lagi dalam keadaan “Pending”.

7- Padam Iklan
Ya! Apabila iklan sudah di approve, padamkan sahaja iklan yanga dibuat sebagai langkah berjaga jaga. Ini kerana bagi mereka yang masih tidak tahu atau mahir menggunakan teknik boost post, ditakuti mereka akan mengalami kerugian kerana charge yang dikenakan facebook adalah tidaak menentu dan tinggi ditambah pula dengan ketiadaan ilmu.

Perhatikan butang “Pending ” tadi telah bertukar menjadi warna hijau menandakan status iklan tersebut sedang “Active”.  Untuk memadam iklan, anda boleh sahaja delete iklan yang di bina ini satu persatu seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah.

062

Ataupun anda boleh terus sahaja delete “Campaign” untuk terus padam kesemua yang dibina sebentar tadi seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah.

063

SIAP…! 
Kini anda boleh menggunakan akaun profile facebook anda yang baru dengan menggunakan matawang Malaysia Ringgit ataupun MYR. Sebar-sebarkan maklumat ini ya…!

Similar Posts

43 Comments

  1. Terima kasih sifuu. Acc lama memang x boleh tukar ke MYR ye ..
    Kalau dah ada acc kat maybank,boleh tak kita buka 1 lagi akaun lain guna penama sama ? ( utk dapatkan kad debit lain 😛 )

  2. tapi sifu,kena pinjam page sapa2 jadi admin dulu kan ? sbb haritu try buat page baru saya x nampak butang boost post….huhu

  3. Tuan, done. Tq.
    tp nak tanya, maknanya, kita kena pantau iklan dr account profile baru kita ye? Sbb bila log in ke profile lama, tak bole nk tgk ads tu. Fb mentioned ” u cant see……as the ads is made by other admin” (lbh kurang mcm tu la)

  4. Askum Sifu…terimakasih sgt2 di atas berkongsian ilmu yg sgt2 berguna. sy dh tanya pd kwn2 yg bjaya buat bizonline tp mrk tk nk share ilmu. Dh lama sy mencari2 teknik2 fbonline ini tapi tak jumpa yg betul2 pkar. Lagipun sy br je terjah buka butik last Nov 2013 skrg baru nk berjinak2 buat online..Alhamdullilah setelah goggle cari jumpa sifu ni..semoga sifu mdpt dimurahkan reqki dan mdpt berkat dr Allah.
    dari..Anna ZM Butik. Zalina

  5. Salam admin..boleh ke sy tumpang bertanya..cewahh..skemanyer..hihi..
    masa bila fb ads tu start charger akaun debit erk?start dari buat boost post ke@start dari status pending ke@ start dari status active?pastukn lets say,sy pilih r200 boost 1day tu,maksud nya iklan tu akn berjalan dlm 1 hari dgn rm200 je erk?dia xkn cas lebih dari tu erk?takot cas lebih jer…pengsan dennnn…huhuhu.. (^_^)v

    reply asap boleh..hihihih.. 🙂

  6. salam sifubads,terimakasih atas perkongsian yang berguna untuk semua mereka-mereka yang terlibat di dalam dunia bisnes online ni khususnya jualan melalui fb.Semoga ada lg ilmu2 yg dapat dicurahkan,smoga allah memberkati usaha amalan sifubads yang mulia ini untuk berkogsi..

  7. As salam…sifufbads……
    Syukran…..terima kasih di atas perkongsian ilmu fb..ni…
    Muga allah memberkati hidup tuan.
    From: seni kreatif jhitan jie

  8. Salam..kalau nk buat fbads mcm ni..kena buat fb page dululah kan..n step sama ke mcm page yg guna USD?
    Tak tau pun benda ni..tkasih kongsi dgn kami..

  9. Sifu sy ada iklan kawan buatkan tapi macam iklantuh tak jalan lg,semua macam dah ok sy tengok kat iklantuh tp area2 yg sy nak belum ada nampaknya dan mungkin juga pasal iklantuh belum berbayar ke fb kot jadi belum disahkan,maklumlah synihkan tak paham padal iklan fb adsnih itupun kawan separu2 buatkan jd iklan sytuh macam tak jalanje

  10. Salam sifu fb dh bertukar baru saya nk tukar usd ke MYR tak boleh… 🙁 sifu boleh bnatu nk buat mcm mana… tq

  11. Assalamualaikum sifu..first jutaan trima ksih utk sifu…nk tnya sy dh pnah buat boost utk pages yg sy adminnya…pastu sy ad buat ads rm3 per/day..dan status iklan sy aktif…tp prsoalannya…sy xdlte slpas buat tu..smpai la ckup 1hari..dia akan stop sdri..xpe ke sy xdelete mcm yg sifu jamal info diatas

  12. Salam. Sy dh boost tp masih x der sale,yg like gambar boost tu dh 1000. Ada apa2 yg perlu setting ke utk tarik pembeli bila boost page ni sifu. Sy mintak tolong sgt2 sbb sy baru bt fanpages..

  13. Salam sifu..
    saya pernah guna 1 akaun fb utk iklankan 1 page. Kemudian saya guna akaun fb kedua utk iklankan page yang sama..

    Yang menariknya.. kedua2 akaun tadi menggunakan kad debit yang sama 🙂

  14. Sy menggunakn mobile 100% tanpa pc…apa yg sifu bg ade yg xde…sy jd pening skrg nie..

  15. Kenapa perlu padam ads lepas kita buat ads? Tak faham. Kalau padam, nnti ads tu berjalan lg ke?

  16. Sifu. Ada tips lain x. Sebab sya dah register fb pakai email baru tetap jugak guna USD. Mcm mna ya. Dimana silap nye? Ni dah kali ke 2 guna email lain. Sblom ni guna £ pastu cobaan ke 1 dan 2 kepada USD plak. Dah sya guna email lain dan setting sbgai admin. Bila nak boost post auto dia kluar rate USD.

  17. sifu saya baru nak.cuba fb ads …
    Saya guna online transfer duit tak.masuk acc …saya nak tukar guna debit card .. sifu boleh ajar saya macam.mana nak tukar setting banK in

  18. Terima kasih Sifu bads..atas sharing anda.. Sy Akan Cuba sebab baru sahaja .. Buat page nk Cuba bangun n berusaha jadi diri sendiri..n gunakan kelebihan yg Ada Cuma mmg xmahir dlm page ni.

  19. Kenapa perlu padam ads boost post lepas ads dah approve? Tak faham. Kalau padam, nnti ads tu takkan berjalan lg la kn? Atau berjalan juga?

  20. Sifu. Sya bru buat page kedai dr acc fb sya n sya dah post n xtekan boost pon.. sya xtau sbena beza page n acc fb biasa.. rupanya ada cas plak.. baru perasan mcm kna cas. bole ubah x ke acc biasa? Atau bole ke sya bia je post tu tnpa tekan boose post?

  21. salam sifu. nak tanya macam mana nak ubah total spend kita ya kalau dia ada limit sampai rm70 je…

  22. Salam Tuan, knp ya under Account, dia tulis Could not find payment information. Utk info Tuan, saya baru ambik alih FB kedai ni drpd owner asal.

  23. salam sifu
    page sy dh lama sy guna.. baru2 ni duit dari debit card x dapat d tolak utk boast.. sy cuba guna kad dan admin yg lain.boast jln seperti biasa. keesokannya boast stop cara automatic seperti sblm ini.. macam mna sy nk selesaikan msalah ini??
    adakah page sy boleh d selamat kn??
    mohon pencerahan..

    1. saya pun ada masalah yang sama.. baki duit lebih lagi dlm acc debit card tapi knapa ekk fb tak boleh nak charge? acc dah kena flagged ka atau mcm mana tue? mohon bantuan 🙁

  24. maksudnya acc facebook dan kad bank tu dah tak boleh guna. kena buat acc baru dan kad baru selepas tukar ke RM. saya punya dalam usd ;(

Comments are closed.