Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

7 Tips Tingkatkan Conversion Rate

Diterbitkan pada Jul 7, 2014 oleh

tips_tingkatkan_convertion_rate

7 TIPS TINGKATKAN CONVERSION RATE (CR)

Mungkin tiada masalah bagi mereka yang sudah biasa dan mahir dengan fb ads, namun mungkin ada di kalangan kita yang masih buntu dan hampir berputus asa disebabkan sudah banyak iklan yang dibina dan dihasilkan, tapi masih tak dapat tingkatkan Conversion Rate (CR). Di sini ada beberapa ‘Hot Tips’ yang boleh dipraktikkan untuk tingkatkan conversion rate anda.

1- Pilih targeted audience.

Ya..kadangkala kita tersalah target audience. Mungkin juga ‘audience’ yang kita sasarkan itu bukanlah ‘potential customer’ untuk produk atau perniagaan kita. Antara contoh yang boleh kita usahakan untuk tingkatkan CR ialah dengan memilih ‘fans’ kita sendiri sebagai audience untuk kita menghasilkan jualan.

2- Beriklan di hari orang “berduit”

Dalam menjalankan ‘marketing’ sudah tentu kita mesti juga memikirkan keadaan kewangan prospek kita. Elakkan atau kurangkan ‘marketing’ di pertengahan bulan di mana kebiasaannya waktu itu orang ramai agak terbatas dalam perbelanjaan. Bina startegi dan lakukan pemasaran ketika orang bergaji sebagai contoh. Kita mungkin sudah maklum bila kebiasaanya penjawat awam dan swasta memperolehi gaji mereka bukan?

3- Ubah Copywriting

Copy writing merupakan diantara suatu unsur PENTING dalam fb ads. Serlahkan kreativiti untuk memanipulsi ayat copywrintg untuk iklan dan post kita supaya ianya beul-betul mampu ‘engage’ prospek kita untuk menjadi ‘customer’ kita. Sentiasa berusaha untuk menghasilkan ayat yang terbaik sehingga pada suatu tahap anda akan mahir dan ianya menjadi suatu kebiasaan dan sangat mudah untuk anda.

4- Tukar gambar berpengaruh

Tidak dinafikan lagi..! gambar memainkan peranan yang SANGAT PENTING dalam facebook advertisement. Pastikan ianya jelas dan mempunyai kualiti yang baik. Selain itu pastika ianya relevan dengan ‘target aidience’ kita dan gambar tersebut mencapai maksud tujuan iklan itu.

5- Follow Up

Jangn sia-siakan ‘like’ yang anda perolehi. Sentiasa ‘educate’ dan mewujudkan ‘awareness’ kepada prospek anda ataupun ‘fans’ juga ‘follower’ page anda. Mereka adalah ‘potential customer’ yang anda perlu jaga betul-betul. Jangan kita lewat dalam memebri respon untuk ‘comment’ dan juga ‘private message’ atau ‘pm’ kita. Sekiranya ini dilakukan, adalah mudah untuk anda melakukan ‘engagement’  untuk menukar prospek kepada customer.

6- Urgency Factor

Masukkan ayat-ayat yang mampu mempengaruhi prospek untuk bertindak dengan segera dalam copywriting anda seperti contoh ‘jualan nak tutup’, ‘tinggal 100unit lagi!’. Prospek akan lebih cepat bertindak sekiranya anda letakkan urgency factor ini.

7- Tingkatkan Frequency

Sasarkan iklan pada fans sendiri dengan gunakan placement sidebar. Pastikan anda gunakan bid CPC dan bukan OCPM! Iklan ini akan muncul berulang-ulang kali tanpa menganggu prospek, ia mampu meningkatkan awareness atau kesedaran tentang produk anda dan akhirnya bertukar daripada prospek kepada pembeli!

Selamat mencuba ya!

Komentar (5)

  1. Pingback: 9 Teknik Simple Tingkatkan Sales di Facebook | Sifu FB Ads

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!