Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

9 Langkah FB Ads NEWBIE Patut Tahu

Diterbitkan pada Oct 24, 2014 oleh

newbie_fb_ads_13

Masih ramai lagi yang bertanyakan pada saya soalan ini

– Apa tu FB Ads?
– Camne nak buat FB Ads?
– FB Ads tu kena bayar ke?
– FB Ads ni betul ke?

Okay, kita berbalik kepada yang asas sekali

FB Ads adalah singkatan bagi Facebook Advertising, FB Ads membenarkan pengguna facebook untuk mengiklankan perniagaan atau produk anda. Tak kira apa jenis perniagaan pun. Selagi anda ada produk selagi tu anda boleh iklankan di facebook.

Tapi macam mana pula jika anda tiada produk? Jangan risau, walaupun anda seorang agen hartanah ke insurans ke ataupun buat dropship dan affiliate ke tetap boleh berniaga di facebook.

Kemudian,

Iklan anda akan dipaparkan pada tiga tempat.. Samada pada Desktop Newsfeed, Desktop Sidebar dan Mobile Newsfeed. Anda boleh pilih nak iklankan pada tempat yang anda suka.

Jumlah bayaran yang dikenakan oleh pihak FB adalah serendah RM0.01 sen untuk satu trafik atau setiap pelawat yang diperolehi! Tapi ingat. bukan senang nak dapat RM0.01 sen tu.

Lagi satu bestnya tentang fb ads ialah..

Anda sendiri boleh tentukan berapa kos yang anda nak keluarkan, katalah anda ada bajet yang besar dan anda tahu potensi produk anda. Jadi, anda boleh letakkan kos sehari RM200 ke RM300 ke RM1000 ke..

Tapi kalau takut takut, anda boleh mulakan dengan RM5-RM15 sehari.. Tiada masalah! Mulakan dengan bajet yang rendah dahulu, dan tingkatkan bajet berperingkat.Bila dah ada untung jangan kedekut untuk tingkatkan bajet pula, susah pula nak tingkatkan sale nanti.

8 LANGKAH NEWBIE UNTUK MULAKAN FB ADS :-

1) LOG IN PERSONAL FACEBOOK

Sebab ada yang buat dari luar,  nanti akan ada masalah susah sikit. Jadi, daftar masuk ke akaun facebook anda. Jika tiada, daftar akaun baru.

newbie_fb_ads

2) CREATE FANPAGE

Taip ‘create a page’ pada kotak di atas.. Kemudian pilih kategori dan namakan fanpage anda.

newbie_fb_ads_1
newbie_fb_ads_2

3) UPDATE CONTENT

Renovate sikit ‘kedai’ anda tu. Update timeline cover, profile picture dan details perniagaan anda. Supaya nampak lebih professional dan serius dalam perniagaan anda.
newbie_fb_ads_3
4) UPDATE POST

Update post dalam fanpage anda sekurang-kurangnya 5-7 post sekaligus sebelum mula menggunakan fb ads. Pastikan anda post artikel yang berkaitan dengan produk anda dan bukan artikel jenis islamik melainkan anda berniaga produk-produk islamik. Anda juga boleh post menggunakan video ataupun share link video tersebut.

newbie_fb_ads_4

5) LIKE MARKETING

Selepas anda selesai ‘renovate’ kedai anda. Barulah anda boleh cari pelanggan ataupun fans anda. Untuk dapatkan fans ini, anda boleh pilih 2 cara, satu kaedah berbayar dan satu lagi kaedah percuma.

Kaedah percuma ialah anda post pada timeline personal facebook anda dengan memaklumkan tentang perniagaan anda. Tetapi ingat, bagitahu secara softselling sahaja dan bukan terus hardselling.

Kemudian, buat iklan like marketing. Taip ‘Ads Manager’ pada kotak warna putih di atas dan tekan ‘Create Ad’ dan pilih objektif –  ‘Promote Your Page’.

newbie_fb_ads_5

Upload gambar produk anda, kaitkan  content body dengan gambar anda. Mulakan dengan bajet RM5-RM10 sahaja sehari.

newbie_fb_ads_6

6) KAD KREDIT / KAD DEBIT

Anda memerlukan sekurang-kurangnya Kad Debit ataupun Kad Kredit untuk gunakan FB Ads ini. Setakat ni yang banyak masalah tentang pembayaran di facebook ads ini ialah Maybank dan CIMB. Selain tu semuanya masih okay lagi terutamanya Bank Islam, Easy RHB dan Public Bank.

newbie_fb_ads_7

7) SALES MARKETING

Bina satu post yang berkualiti untuk difokuskan pada FB Ads. Pastikan gambar yang profesional dan copywriting yang ‘membunuh’.

newbie_fb_ads_8

Pergi pada Ads Manager anda dan tekan Create Ads kemudian pilih objektif ‘Boost Your Post’, pilih post yang anda ingin fokuskan tadi.

newbie_fb_ads_9

newbie_fb_ads_10

Setting umur, jantina yang bersesuaian dengan produk anda. Baiklah, untuk permulaan letakkan bajet harian RM15-RM30, pilih bid OCPM.

Sebelum tu, asingkan campaign Sales Marketing dan Like Marketing kerana untuk lebih mudah lakukan monitoring. Lebih bagus jika setiap satu campaign ada satu ad set dan satu ad sahaja. Jika nak buat iklan baru, tambah sahaja ad set yang baru dan jangan buat kempen baru kerana nsusah nak monitor.

8) MONITOR IKLAN

Selepas sudah run  iklan Like Marketing dan Sales Marketing. Cuba lihat berapa kos per like, jika bawah RM0.30 masih okay lagi cuma perlu perbaiki lagi, kalau atas RM0.30 terus pause.

Untuk sales marketing pulak cuba lihat ada sales atau tidak. Kira dapat berapa kos per klik, jika atas RM0.25 – RM0.30++  mahal tu. Lihat selepas klik 100-150, minimum convertion 1% bersamaan dengan 100klik 1 sale. Minimum ROI pula 3, jika anda labur RM30 anda perlu untung RM90 contohnya.

newbie_fb_ads_11

9) BOOST POST

Langkah terakhir ini boleh digunakan apabila anda melepasi syarat-syarat minimum iaitu CR 1% dan ROI 3. Jika tidak, anda boleh kerugian besar tanpa mendatangkan hasil.

newbie_fb_ads_12

Itulah langkah-langkah ringkas dan gambaran untuk anda yang masih kurang jelas dan tidak faham tentang FB Ads ini.

Semoga artikel kali ini dapat berikan manfaat buat anda semua.

Saya harap anda tiada masalah lagi tentang asas-asas FB Ads.

Komentar (43)

  1. Helmy

    Assalamualaikum…saya ada masalah dalam mewujudkan Fan Page. Akaun saya telah di blok oleh pihak Facebook daripada mewujudkan Fan Page. Ada sesiapa boleh bantu tak macam mana nak melepasi sekatan tersebut. Sekian terima kasih.

  2. Nor ayuniza bte mat salin

    Trm ksh sgt2..syukur alhamdulillah..br sy phm wlupon susah utk newbie mcm sy..asas dah tau..tggl nk phm lbh je lg…trm ksh allah dan sifu yg x kedekut ilmu ni..?????

  3. salam.. saya dh buat fb ads tapi semua promosi masuk ke instagram sj.. instagram dh dpt 700 likes.. tapi di fb tak ada promosi pn.. bagaimana saya nk pastikan promosi saya masuk ke fb news feeds? masa sy edit promotions mmg ditunjukkan ada promosi ke fb tp bila sy view di placement cuma ada promosi di instagram..

  4. farah

    saya buat iklan, asyik xapprove je., dah tengok guidelines., tapi xlepas jugak, iklan pertama lepas., iklan kedua copy paste yg iklan pertama and ade tambah sikit2., dia kate ada profanity, harrassment so on and so forth tp saya teliti sendiri xde pun. kenape ye? solution?

  5. linda

    Assalammualaikum..
    Saya nak tanya.. kita memang kene promote page dulu yer baru boleh boost post?
    Sebab lepas saya buat page, saya create post pastu boost, tapi asik rejected jer..
    Pastu saya promote page, approved pulak..

    1. promote page tu utk dptkan fans/prospek, mereka ni org yg minat dgn produk/servis kite. Boost post plak utk promote post tu ke lebih ramai audiens. Biasenya utk page baru, iklan jenis ni ambil masa nak approve, lebih2 lg kalau post tu ada unsur menjual. FB boleh tau taw.

  6. hamimah

    Assalammualaikum…. thanks sifu, tapi of coz tak same kalau directly jumpe sifu depan mata yg ajar…. haaaa mesti confirm jadi hero! Ape pun Alhamdulillah ilmu ini ternyata sangat bermanfaat walaupun ade part yang saya langsung tak faham….

  7. nurulll

    salam tuan, saya nak tanya bayaran untuk fb ads bergantung kepada bajet yang kita letakkan. jadi kalau cost per click atau CPM tu bayaran tambahan yang kita kena bayar jugak ke? saya betul betul tak faham. mohon pencerahan. Terima kasih.

  8. asha

    salam tuan, sy ada kekeliruan utk fb ads ni.
    sy ada buat fb ads tpi kurang pst mcm mane dia berfungsi, kita kena buat pembayaran dulu kemudian barulah advert kita akan aktif. bukan iklan dulu baru bayar. betul ke salah.
    sebab sy x buat apa2 pembayaran tpi status active.
    mcm mane yer’

  9. Kirah

    Assalamualaikum… Saya nak tanya, kenapa setiap kali saya nak boost post dia akan keluar macam ni
    [Your ad can’t promote sexual or adult products or services. You can read our Advertising Policies for more details.]

    padahal post saya tu tak ada langsung kaitan dengan sexual/adult product pun. Page sy hanya berkaitan produk skin care je.

    Sifu, mohon bantu saya.

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!