Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

9 Sebab Kenapa Iklan Anda Sering Tak Approve Oleh FB

Diterbitkan pada May 22, 2017 oleh

Boleh dikatakan tiap hari, ada jer yg PM Sifufbads tanya kenapa iklan mereka asyik tk approve jer. Ada tu sampai tahap kena flagged terus.

Tapi kalo dh start kena flagged tu, mmg besar ler “dosanya” tu.

Bila tanya macam mana boleh tak approve?

Saya pon tak tahu kenapa iklan saya tak approve. Saya rasa dh “follow” rules fesbuk ni. Rasa nk ketuk jer kepala Mark Zukie tuuu..heheh

Sabar..Sabar..Sabar

Sebenarnya, ada banyak sebab yg buatkan iklan anda tak approve tapi utk kali ni, Sifufbads akan terangkan 9 SEBAB kenapa iklan anda tak approve..

Nah..Baca pastu qhatamkan sampai betul2 masuk ke dalam otak anda yg paling dalam..

Pastu check mana satu kesilapan yg pernah anda wat dulu..

Bykkan beristifar dan muhasabah dari yer sementara hayat dikandung badan..

Kalo buat lg, jgn ckp Sifufbads tak payung yer..

SEBAB #1: PRODUK TERLARANG

Produk dewasa ni mmg fesbuk mmg pantang giler kalo ada yg cuba2 nk jual dan buat iklan..Confirm2 fesbuk terus ‘sailang’ tanpa segan silu..

Sifufbads, produk terlarang tu macam mane? Takut2 produk yg saya jual tu termasuk gak..

Antara produk2 terlarang..

  • Produk/servis berkaitan 18sx
  • Produk masalah dalaman wanita
  • Barangan yg berpotensi jd senjata bahaya
  • Tembakau
  • Dadah

Tapi…Fesbuk pon pandai gak. Dia ada rules dia. Ada syarat2 dia. Dia pon nk jgan ‘hati’ kastemer2 dia iaitu pengguna fesbuk tu sendiri. Dats why, dorang dh listkan beberapa produk yg mmg tak dibenarkan di jual di fesbuk secara mandatori.

Apa solusinya? Mudah jer..Cari produk lain…

Tapi kalo nak jual jugak…

Boleh, cuba gunakan gambar dan ayat2 yg sinomin dgn produk yg anda jual tu. Jnji audience anda faham apa yg anda nk sampaikan..TAPI kalo tak approve atau flagged jugak, Sifufbads mmg tak jamin ler..

SEBAB #2: GAMBAR

Anda perlu pastikan yg gambar yg anda gunakan tk ade unsur2 negatif, menghina, before after, nampak macam skim cepat kaya dan gambar kulit berlebihan.

Yg paling fesbuk ‘PANTANG’ adalah gambar before after..Kalo anda wat gak, confirm2 terus disapprove.

Tapi..Mmg tak dinafikan yg gambar before after SGT POWERFUL utk anda gunakan.

Jika nk masukkan gambar before after tu, anda boleh masukkan kat bahagian komen. Itu method yg paling SELAMAT yg Sifufbads boleh cadangkan.

SEBAB #3: AYAT NEGATIF,HINA, HYPE

Ayat2 mcm ni selalu berlaku pd mereka yg jual produk kecantikan, kesihatan & intim. Sebagai contoh,maaf yer..

ANDA PENDEK? KAWAN SELALU MAT PENDEK? KAKI TAK SAMPAI BILA BAWAK MOTO SBB PENDEK?

Ayat2 tu jgn overclaim sgt, jgn janji bulan bintang..

ANDA NAK CANTIK,PUTIH DAN GEBU DLM MASA 3 HARI?

Utk mengelakkannya, anda boleh bykkan ayat2 yg lebih positif..

SEBAB #4: PRODUK TIRUAN

Kepada anda yg jual produk tiruan tu kena hati2 ler. Mmg boleh jer jual.. Tapi utk kena disapprove mmg tinggi jika fesbuk dpt detect.

Bukan setakat iklan disapprove, kena flagged pon boleh. Silap2 boleh terus page unpublished. Fuhhh..Mintak2 disimpangkan ler..

Mmg risiko tinggi kalo jual produk tiruan takpon reject ni..Cuba2 elakkan ler.

SEBAB #5: BARU CREATE ACC BARU

Kalo anda baru je wat acc baru (FB profile yg baru) utk run fb ads, dipersilakan relaks dulu. Jgn terus2 buat iklan guna acc tersebut..

Kalo degil nk buat jugak..Berjaga-jaga dan tunggu jer action dr fesbuk. Bukan setakat disapprove jer tapi terus flagged iklan nyer.

Selalunya, fesbuk akan detect ini sebagai unusual activities. Baru jer create acc baru pastu terus buat ads, mmg kena ler..

Ada solusi tak? Mesti ler ada..

Solusinya, kalo acc baru,pastikan tu “hidup” dulu, biar ada aktiviti macam Add friend, Like, Komen, Share..Alaa..nampak macam acc yg normal.

SEBAB #6: ADA LOGO @ PERKATAAN FACEBOOK

Haaa..Ada logo dgn perkataan fesbuk pon tak leh ke?

Yezza..Tak boleh! Yg ni Sifufbads pon pernah terkena..Segala bentuk ayat mahupun gamabr yg ada perkataan/logo fesbuk, sila elakkan.

Nape tak ler? Sbb mereka suspect, iklan tu seolah olah mewakili pihak fesbuk walaupon hakikat sama sekali tidak..

Faham?

SEBAB #7: BRANDED CONTENT

Kalo anda jual barang2 branded tapi anda boleh authorized dealer utk brand tersebut macam adidas, nike, LV, Gucci, korang kena lebih berhati hati..

Lg teruk kalo anda terang jual replika dan siap mention nama brand tu. Jaga2 la yek.

Fesbuk mmg selalu pantau sbb mereka nak jaga reputasi brand2 besar ni..

SEBAB #8: POST CIPLAK

Apa sape2 yg suka copypaste hasil org lain, anda kena jaga2 ler..Tak kira copypaste dari segi copywriting atau gambar..

Jnji copypaste, jika fesbuk dapat detect,mmg mereka akan disapprove terus..

Selalunya, owner asal yg jumpa post tu dan dia akan wat report ke fesbuk. So, fesbuk dapat dari report tersebut sebenarnya…

Jgn igt kalo anda copypaste, anda akan berjaya macam owner asal..Tak de jaminan kalo anda copypaste anda akan berjaya.

Buat jer sendiri jer. Paling teruk pon tiruvasi jer..

SEBAB #9: TEXT TERLEBIH

Walaupon fesbuk dh hapuskan rules 20% test pada gambar, tak bermakna anda boleh letak text bebanyak.

Kalo terlampau banyak, iklan anda akan disapprove gak..

Nak selamat, check dulu..

Nak check kat mana? Mudah jer..Klik sini..

Kalau anda tahu lg, sebab ape iklan anda tak approve. Boleh rujuk kat link dibawah ni..

https://www.facebook.com/policies/ads
https://www.facebook.com/business/help/223106797811279/

Ok..Settle..

Semoga ia memberi manfaat kepada anda semua dan menjawab segala persoalan selama ni. InsyaAllah

Kategori: Tips Fb Ads

Komentar (1)

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!