Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

Cara Guna ‘Audience Insight’ Untuk Usahawan Facebook

Diterbitkan pada May 13, 2015 oleh

Cara Guna 'Audience Insight' Untuk Usahawan Facebook

Adakah anda sedang mencari tool yang boleh membantu anda bina iklan untuk sasarkan pada targetted audiens?

Saya syorkan anda gunakan Facebook Audience Insight untuk dapatkan lebih banyak maklumat mengenai sasaran audiens anda seperti demographic, page likes, location dan lain-lain.

Dalam artikel ini, saya akan tunjukkan pada anda bagaimana menggunakan Facebook Audience Insight..

#1: Pilih Audiens

Anda boleh jumpa menu Audience Insight di sidebar Ad Manager..

1

Kemudian, akan keluar pop up seperti ini..

2

Anda boleh pilih 2 jenis audiens;

  • Everyone on Facebook – Audiens seluruh pengguna Facebook.
  • People connected to your page – Audiens yang like fanpage anda.

#2: Bina Audiens

3

Anda boleh filter di bahagian kiri sidebar berdasarkan data berikut;

  • Custom Audience – Maklumat mengenai custom audience anda akan. Ini termasuk list emel, no. telefon, UID dan website custom audience.
  • Location – Masukkan negeri/bandar.
  • Age and Gender – Tapis umur dan jantina berdasarkan objektif anda.
  • Interests – Fokus pada interest tertentu.
  • Connections – Tapis audiens berdasarkan fans atau tidak.
  • Advanced (Demographics/Behaviors) – Kurang berguna untuk pengguna Malaysia.

#3: Bandingkan Audiens

1) Demographics

Dalam audience insights, anda boleh lihat data audiens dalam 6 kategori utama;

  • Age and Gender – Maklumat umur dan jantina dari profile pengguna Facebook. Maklumat yang dipaparkan hanya untuk audiens yang berumur 18 tahun ke atas.

demographic

  • Lifestyle – Maklumat ini hanya dipaparkan untuk penduduk US sahaja.
  • Relationship status – Maklumat mengenai status hubungan pengguna Facebook.

relationship status

  • Education level – Tahap Pendidikan yang dimiliki oleh pengguna Facebook.

education level

  • Job title – Industri pekerjaan pengguna Facebook.

job title

2) Page likes

  • Top categories – Maklumat ini berdasarkan interest yang disukai di Facebook dalam kategori yang berbeza.

page likes

  • Page likes – Maklumat ini berdasarkan fanpage likes pengguna Facebook yang relevan dengan audiens anda.

page likes

3) Location

Lokasi dipecahkan kepada 3 subkategori;

  • Top cities – Kebanyakkan audiens anda dari bandar mana?

location

  • Top countries – Audiens anda dari negara mana?

top countries

  • Top languages – Apa bahasa utama yang digunakan oleh audiens anda?

top languages

4) Activity

  • Frequency of Activities – Berapa kali audiens anda buat tindakan seperti like page, like/share/comment post , atau klik iklan dalam tempoh 30 hari lepas.

activity

  • Device users – Apa gadget yang kerap digunakan oleh audiens anda? Guna Desktop atau Mobile?

device users

5) Household – Buat masa ini, fungsi ini hanya boleh digunakan di US sahaja.

6) Purchase – Buat masa ini, fungsi ini hanya boleh digunakan di US sahaja.

#4: Sasaran Audiens

Ok, selepas anda dah dapat semua data mengenai audiens yang anda mahukan, sekarang, anda perlu save data tersebut. Klik menu ‘Save‘..

save audience

Tulis nama audiens anda pada Audience Name, kemudian klik butang ‘Save‘..

save audience

Selepas save, anda boleh gunakannya untuk buat iklan. Klik butang ‘Create Ads‘. Anda boleh pilih sama ada nak guna Ad Create Tool atau Power Editor..

create ads 2

Audiens yang anda save tadi juga akan disimpan di bahagian ‘Audience‘..

audience 3

Itu sahaja cara nak gunakan Audience Insight.

Senang jer nak guna tool ni.. tapi, tak semua pengguna Facebook boleh gunakan fungsi Audience Insight ini lagi. Jadi, jangan terkejut jika anda tak jumpa fungsi ini di bahagian Ad Manager anda.

Orite, selamat mencuba!

Komentar (18)

  1. Zalida Hanim Zakaria

    ….tak semua pengguna Facebook boleh gunakan fungsi Audience Insight ini lagi. Jadi, jangan terkejut jika anda tak jumpa fungsi ini di bahagian Ad Manager anda.

    Nape x boleh jumpa fungsi ni tuan?

    Lagi satu nak tanya, laman web tu fanpage yg kita create ke?

    tk.

    1. fungsi ini akan ada juga kat semua akaun, jd kak zalida tak perlu risau. Fungsi ni bukan dari fanpage, tp perlu ada fanpage.. baru fungsi ni muncul kat sidebar kanan ad manager tu..

      kat fanpage tu pun ada fungsi lebih kurg cmni, namanya page insight..

  2. Pingback: 5 Fasa Penting Untuk Pemasaran Yang Berkesan di Facebook | Sifu FB Ads

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!