Bagaimana Dapatkan Kos Per Klik 1 – 5 sen

picture012

Kos Per Klik 1 – 5 sen? Boleh dapat ke? Mudah ke? Sabar dulu, saya akan explain..

Kos Per Klik, adalah kos bagi mendapatkan setiap klik pada iklan yang dijalankan, tak kiralah anda menggunakan jenis bid CPC, CPM atau OCPM. Setiap iklan yang dipaparkan, pasti akan menerima klik. Iklan yang dijalankan sememangnya bertujuan untuk dapatkan klik. Apabila audiens klik pada iklan, barulah mereka berpotensi untuk membaca mesej iklan sepenuhnya.

Sebagai contoh, katakana anda sudah berbelanja RM30 untuk dapatkan 1000 klik. Kos per klik boleh dikira mengikut formula berikut;

= Jumlah belanja iklan (total spent) / jumlah klik yang diperolehi = RM30/1000 klik = RM0.03 per klik

Kadar klik biasanya dikira bersama dengan jumlah impression (berapa kali iklan dipaparkan/dilihat). Sebagai contoh,  katakan satu iklan dipaparkan 1000 kali, dan katakan ianya telah menerima 100 klik! Ini bermakna, dari 1000 kali iklan dipaparkan/dilihat, terdapat 100 klik pada iklan tersebut. Keberkesanan iklan tersebut untuk menarik perhatian audiens, boleh dikira:

= (jumlah klik / jumlah impression) x 100% = (100/1000) x 100% = 10% %

Ini dipanggil CLICK THROUGH RATE (CTR)!

Ianya digunakan sebagai indicator (pengukur) keberkesanan iklan anda menerima klik..

Bagaimana? Anda dah faham tentang CTR & kos per klik ? Jika dah faham, barulah anda boleh teruskan bacaan, dan ketahui bagaimana untuk dapatkan kos per klik yang murah, iaitu serendah 0.01 – 0.05MYR.

Ianya bakal melibatkan;

  • Penghasilan iklan yang berpotensi hasilkan CTR yang tinggi
  • Pemilihan paparan (placement) iklan yang dibuat
  • Jenis bid yang digunakan

Teruskan kepada langkah pertama..

Langkah 1: Sediakan imej yang berpotensi hasilkan CTR (click trough rate) yang tinggi!

CTR memainkan peranan yang besar dalam usaha mendapatkan kos per klik yang murah. Dan untuk dapatkan CTR yang tinggi, imej post memainkan peranan yang sangat penting. Tahukah anda, gambar yang digunakan mampu menyumbang  penghasilan CTR yang tinggi lebih 70% berbanding textdan juga audiens yang dipilih.

Di sini, sifufbads kongsikan beberapa tips penggunaan imej post bagi hasilkan CTR yang tinggi.

A) Imej Yang Relevan Dengan Audiens
Bagaimana tu?  Mudah saja! Imej yang anda pilih, perlu berkaitan dengan audiens. Lihat contoh di bawah;

Katakan anda menjual  baju T-shirt superhero. Interest yang telah anda pilih adalah mereka yang minat Superman! Jadi, anda boleh gunakan gambar logo superman untuk menarik perhatian audiens yang telah dipilih, iaitu interest – superman..

SUPERMAN

  Anda jual buku resepi masakan, dan audiens yang dipilih adalah mereka yang suka memasak. Imej wanita sedang memasak sambil pegang buku resipe masakan antara yang dicadangkan.

 cooking

B) Imej Close Up face
Tahukah anda? Lelaki suka pada gambar wanita cantik, dan wanita pula suka pada gambar wanita cantik dan juga gambar anak-anak kecil! Anda boleh gunakannya! Gunakan gambar close up face! Dan bonus lagi, jika model di gambar tersebut ‘tersenyum’ memandang tepat ke arah audiens. Dinasihatkan, anda menggunakan imej produk berserta dengan gambar close up face ini untuk mendapatkan kesan yang lebih baik. Jom lihat contoh;

Menggunakan gambar paparan wajah si anak kecil beserta produk yang ingin dijual. Sasaran – si ibu yang memiliki anak kecil!

baby

 

Paparan wajah wanita cantik memakai spek cegah silau digunakan bagi mengiklankan spek cegah silau kepada audiens lelaki.

spek2

Nak iklankan berus gigi baby? Mungkin anda boleh cuba gambar si comel yang sedang memberus gigi memandang tepat kepada audiens?  

gosok

 

C) Imej berwarna merah, oren, kuning
Ianya juga dipanggil warna panas! Iaitu gambar yang terang, bersinar dan lebih menonjol dari warna facebook. Anda boleh gunakan warna-warna ini pada imej iklan, ataupun pada background nya. Atau, anda boleh gunakannya sebagai frame pada imej iklan yang digunakan. Warna-warna ini memang menarik perhatian audiens! Lihat contoh-contoh di bawah..

Menggunakan imej produk berwarna merah, dengan background kuning.

pemanggang

Memaparkan imej paada T-Shirt secara zoom in, dengan warna utama merah dan kuning!

giant

Gunakan gambar produk di hadapan background merah dan kuning. Dan sebagai penambah resepi, gambar terkeluar dari frame merah!

redyellow  

Langkah 2: Bina headline yang “mencangkuk” perhatian audiens dan membuatkan mereka ingin terus membaca mesej iklan page post anda.

Dan dalam penulisan headline, iaitu tajuk ayat post anda, anda boleh ikuti tips-tips berikut;

A) Tajuk ringkas, mudah difahami, dan menarik perhatian.
Cuba anda lihat contoh ayat di bawah, yang mana satu lebih anda sukai ?

Tajuk 1 – ” AJAIB! HILANG 5KG DLM 5 HARI”

Tajuk 2 – ” BAGAIMANA HILANGKAN 5KG DALAM MASA 5 HARI DENGAN BERKESAN”

Saya jamin anda pasti lebih menyukai tajuk yang pertama. Ianya lebih ringkas, mudah difahami dan menarik. Tajuk yang bagus perlu menarik perhatian audiens dalam masa 5 saat, dan kaedah ini dijamin berkesan!

B) Gunakan huruf besar..
Penggunaan huruf besar dapat membantu audiens membezakan di antara tajuk dan juga isi kandungan mesej iklan. Sebaiknya, tajuk yang ditulis huruf besar ini disediakan dalam satu baris saja, atau maksima 2 baris jika terpaksa.

Dan selepas tajuk ditulis, berikan ruang kosong di antara tajuk dan juga ayat iklan yang pertama. Ianya bertujuan untuk memudahkan audiens membaca tajuk dengan mudah lagi jelas! Anda boleh lihat lihat preview headline ini mengikut paparan iklan anda, samada di desktop newsfeed, mobile newsfeed ataupun di right column. Lihat contoh di bawah; headline

C) Berkaitan dengan gambar..
Gambar yang anda gunakan akan pengaruhi headline yang anda tulis. Tulis headline berdasarkan gambar yang dipilih! Pastikan ianya relevan dengan gambar yang dipilih! Lihat gambar di bawah. Fanpage ni menjual produk kecantikan wajah wanita.

Headline yang digunakan adalah berkaitan dengan gambar yang dipaparkan, di mana ianya menerangkan hasil selepas gunakan produk kecantikan tersebut. Gambar wanita cantik dengan wajah yang licin! Jadi, ayat ” 4 HARI SUDAH NAMPAK KESANNYA WOW! ” sudah semestinya memang bersesuaian.

ko

D) Relevan dengan audiens yang dipilih
Headline yang ditulis juga perlu relevan dengan audiens yang telah dipilih berdasarkan jantina, umur, lokasi geografi, bangsa, pekerjaannya, status perkahwinannya , dan juga minatnya (interest). Gunakan ayat bahasa yang bersesuaian!

Contoh 1 – Mengiklan kursus grafik iklan buat mereka yang meminati mungkin terdiri dari golongan usahawan kecil. dataads

Contoh 2 – Mengiklan Jam Azan Dinding kepada mereka yang beragama islam yang tinggal di Sabah dan Sarawak. azan  

Langkah 3: Ayat intro menimbulkan rasa ingin tahu.

Apabila menulis ayat intro, wujudkan rasa ingin tahu yang lebih lagi pada audiens dengan menanyakan soalan pada audiens pada paparan terakhir iklan dipaparkan. Ianya berbeza mengikut paparan iklan yang telah anda pilih. Anda disarankan untuk lihat dulu preview iklan page post anda. Ada beberapa kaedah yang boleh menimbulkan rasa ingin tahu audiens terhadap post iklan anda. Antaranya, anda boleh;

A) Letakkan tanda soalan ( ? )
Anda boleh gunakan ayat soalan di barisan terakhir ayat paparan iklan. Ini mampu menimbulkan rasa ingin tahu audiens, dan membuatkan mereka tertanya-tanya. Sebagai solusi untuk cari jawapan bagi pertanyaan mereka, mereka akan klik pada iklan anda! soalan

B) Buat ayat tergantung.
Ayat tergantung, ataupun ayat tak habis, juga mampu membuatkan audiens bertindak klik iklan anda. Mereka rasakan info mereka tak cukup, dan mereka perlu klik iklan anda untuk mendapatkan baki informasi yang diperlukan.

trw

C) Ayat arahan
Dan anda juga boleh gunakan ayat berbentuk arahan pada barisan terakhir ayat paparan iklan (anda perlu lihat preview iklan mengikut paparan iklan yang telah dipilih terlebih dahulu)

..”KLIK GAMBAR UNTUK TAHU”
..”TERUSKAN BACAAN”
..”KETAHUI LANJUT DI…”

Langkah 4: Bina post!

Bina post tersebut di page, dan cuba lihat preview iklan tersebut terlebih dahulu dengan menggunakan fb ads creator. (hanya untuk lihat preview iklan tersebut pada mobilefeed dan desktop feed) headline

Langkah 5: Tekan boost post.

Pilih people you choose through targeting, dan masukkan pilihan interest yang benar-benar relevan dengan gambar, dan tajuk headline, seperti yang dibincangkan sebelum ini. Letakkan bajet RM30, dengan jumlah audiens sasaran lebih kurang 6 – 20k. boost

Apabila iklan boost post anda  telah dijalankan, sila masuk ke FB Ads Manager di http://facebook.com/ads/manage. Buka kempen iklan boost post tadi, dan delete iklan yang hanya terdapat nombor saja. Biarkan iklan boost post yang menyasarkan audiens fans dan juga others.

data boost

Selepas beberapa jam, iklan anda akan mula menunjukkan datanya. Anda boleh perhatikan CTR iklan anda! Jika CTR iklan anda memberikan bacaan 10% ke atas selepas 100 klik, insyallah anda boleh memperolehi kos per klik dari 0.01MYR – 0.05MYR! Biasanya, CTR melebihi 20% berikan jaminan anda boleh dapat kos per klik 0.01MYR! cpc

Anda boleh kira Cost Per Click yang diperolehi dari iklan Boost Post ini:

Kos Per Klik = Jumlah Kos Iklan / Jumlah Iklan Iklan

Hanya oCPM dan CPM saja akan berikan kos per klik serendah 0.01MYR, dan ianya bergantung kepada samada anda mampu mencapai CTR yang tinggi ataupun tidak! AMARAN: Kos per klik anda akan menjadi mahal jika CTR anda tak mampu mencapai 5% ke atas! Itulah risiko menggunakan BOOST POST oCPM! Ianya boleh menjadikan kos per klik anda sangat murah, ataupun menjadi sangat mahal! Di bawah, sifufbads berikan lagi tips bagaimana nak dapatkan CTR tinggi yang mana mampu bantu kurangkan kos iklan anda.

1) Pilih gambar yang jelas, lain dari lain, menarik perhatian! Gambar yang terbalik, mungkin boleh digunakan? Yang penting ianya berkaitan/relevan dengan produk, dan juga audiens!

2) Gunakan video! Ya, gunakan video yang diupload terus ke facebook juga membantu! Button play yang terdapat pada imej iklan mampu tarik perhatian audiens untuk klik iklan tersebut, dan seterusnya bantu dapatkan CTR yang tinggi.

3) Pilih paparan placement hanya di newsfeed. Paparan di mobile newsfeed antara penyumbang CTR paling tinggi, sehingga mampu capai 40%! Tapi hati-hati, anda perlu memantau iklan ini. Silap hari bulan, kos iklan murah, tapi jualan tiada!

4) Pilih audiens dari kalangan fans anda sendiri! Dijamin  ianya bakal berikan CTR lebih tinggi berbanding dengan audiens jenis lain.

5) Gabungkan kaedah-kaedah penghasilan gambar yang mampu hasilkan CTR tinggi dengan penggunaan video! Dijamin hasilnya, mengkagumkan!

SEDIKIT NASIHAT: Semua yang menggunakan iklan FB, pasti mahukan kos yang murah, dengan dapatkan CTR yang tinggi. Tapi, jangan lupa matlamat utama kita beriklan, iaitu untuk mendapatkan jualan, dapatkan keuntungan. Kos iklan murah yang diperolehi tidak bermakna sekiranya anda tidak memperolehi keuntungan dari iklan yang dibuat.

“Lebih baik kos iklan mahal, tapi anda dapat untung” berbanding “kos murah, tapi tiada untung”! Tapi sebolehnya, cuba dapatkan “kos yang murah, untung yang besar”. Untuk mencapai untung yang besar dengan kos yang murah, anda perlu sentiasa mengawal CR (conversion rate) dan ROI (Return On Investment) dari masa ke semasa, terutamanya sewaktu iklan sedang berjalan di peringkat awal.

Similar Posts

35 Comments

  1. Alhamdulillah…..ilmu yang sangat2 berguna untuk kita semua.sifu jamal kita memang terbaik! Semoga sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah swt.Amin….

  2. terbaik Sifu kita nih!!! RESPECT…saya akan cuba guna sebaik2nya dan kongsi ngan org lain juga

  3. Salam. Nak tanya kad debit apa boleh guna untuk FB ads? Saya try maybank ngan bank rakyat tak lepas.. Kalau boleh tak nak la terpaksa buat kad kredit…

  4. Alhamdulillah,
    Ilmu yang sangat2 berguna untuk kita semua. Sehingga kini dah berjaya capai 0.03 dan 7% CTR
    Alhamdulillah kini SALES “TERLAJAK LARIS” .

  5. Halo saya dari Indonesia, Terima Kasih atas tipsnya sangat bermanfaat sekali bagi saya yang ingin menggunakan iklan FB ads.

  6. terima kasih sifu kerana share ilmu ini. semoga bermanfaat pada saya dan semua. tera kasih

  7. Tq sifu.. ilmu yg berguna.
    Kita perlu buat iklan ikut tempat mcm rigt column, destop feed dan mobile feed. Soalan saya knapa bila sy ambik utk mobile feed shj dgn saiZ baner yg ssuai kos per klik brubah 0.36sen, tp bila sy pilih ketiga2 place utk 1 iklan hrga bid berubah jd 0.08sen. Apa sebab boleh jd mcm tu??

  8. Terima Kasih di atas artikel tersebut.
    Semoga memberi manfaat kepada pembaca.

    #Jamal(SifuFBads)

Comments are closed.