Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

Mana Lagi Best Buat Fb Ads, Guna Henpon Atau Laptop?

Diterbitkan pada Sep 14, 2016 oleh

henpon-vs-laptop

Kalau setahun dua yg lepas, mmg suma org yg nk buat FB Ads WAJIB guna laptop atau komputer je..Tu dulu lah.. Skang ni, guna henfon pon boleh.. Senang! Lajuu!

Dan sekarang ni, boleh kata lebih rmi peniaga FB buat FB Ads mggunakan mobile.. Power power..

Yg lagi best tu, siap cakap.. “boleh buat FB Ads guna laptop ehh? Igt gne henfon jer”. Hoho.. Yg ni biasanya kompom org baru dlm FB Ads..

Okay, takpe.. Persoalannya..

Mana satu lagi bagus? Lagi power??

Mobile ke Laptop??

Ok chill..

Ni nk bgtau ni..

Ekceli, dua dua pon bagus, masing2 ada kelebihan dan kekurangannya.. Tkyah pening2 sgt..

Tapi saranan sy, terutamanya utk org baru, cbe biasakan guna laptop dulu.. Sbb kat henfon ni byk fungsi yg xde. Kalau da expert bolehla gunakan henfon..

Nk tau knapa?

“nak Sifu! Sbb sy mmg slalu gune henfon je..”

Okay, sy cita bab enfon dulu..

KELEBIHAN FB ADS DGN HENFON

1) PANTAS – Ye mmg laju buat iklan kalau guna henfon ni. Langkah dia lebih mudah berbanding gunakan henfon.. Lagi-lagi kalau buat Boost Post kt henfon. Mmg cepat!

2) MUDAH – Mmg mudah, tak pning kpale mcm gune Create Ad Tool kat laptop tu.. Utk newbie mmg snang nk terus buat!

3) SENANG NAK SETTING – Kalau ada bnda2 kecik nk setting mmg snang.. Kalau nak ON/OFF, nk tmbah bajet.. Mmg snang..

4) SENANG NAK TGK RESULT IKLAN – Ya, dr mobile pn boleh tgk data-data iklan tu.. Tp tak lengkap, just nk tgk beberapa data tu adelah..

5) SENANG NAK BUAT IKLAN – Kalau anda dah expert, nk buat Page Post Engagement? Nak buat Like Marketing? Nk buat Click to Website? Ngn henfon pon boleh..

6) BOLEH TAMBAH & DRAG GAMBAR – Hanya pgguna Iphone saja boleh tmbh dan drag semula utk susun gmbar..

Ada lagi bbrapa kelebihan dia, ni antaranyalah..

Tapi syaratnya anda perlu donlod dulu apps ‘Facebook Adverts Manager’…

Faham?

Ni bukan cerita buat iklan dari advert manager kat Apps ‘Fanpage’ tu ye.. Tu lainn!

Okay, ni nak cerita kekurangan dia plaks..

KEKURANGAN FB ADS DGN HENFON

1) DATA TAK LENGKAP – Kalau anda org baru mmg tak sarankan, sbb anda tak boleh monitor iklan mggunakan mobile. Anda perlu lihat data sprti CPC, CTR, CPM dn lain2.. Di Mobile takde!

2) TEKNIK ADVANCE TAKDE – Tak boleh buat teknik2 advance, perlu gunakn laptop..

3)  SETTING AUDIENS TERHAD – Banyak fungsi yg tiada, anda tk boleh nk spesifikkan lagi pemilihan audiens anda..

Inilah sbhagian kelemahan mggunakan enfon utk buat FB Ads..

Okay, skang nak cerita bab Laptop/PC plaks..

KELEBIHAN FB ADS DGN LAPTOP/PC

  • Teknik-teknik Advance
  • Banyak pilihan objektif
  • Banyak data penting ditunjukkan
  • Power Editor
  • Setting audiens lebih banyak
  • Lebih spesifik bab sasaran audiens
  • Boleh buat Custom Audiens & Web Custom Audiens
  • Boleh analisis audiens
  • Boleh tentukan masa & waktu bila iklan berjalan
  • Lebih mudah nak lihat result iklan
  • Macam-macam lagilah
  • Mmg byk kalau nak tulis, Create Ad Tool adalah ‘bapak’ FB Ads..

Snang cita, mmg suma fungsi ada kalau nk buat FB Ads kat laptop/PC ni berbanding kt enfon..

Ni nk cite kekurangan Laptop/PC plak..

Tak byk.. Sikit jer

KEKURANGAN FB ADS DGN LAPTOP/PC

  • Cuma pening skit utk org baru, tp xpe, yg tu leh blajar 😛
  • Pastu, tak ‘mobile’ cam guna enfon.. Leceh nk bwk kemana2.
  • Tak boleh tambah gambar dan drag gambar.. ‘Teknik Woren’

Okay? Faham..?

Ikutkan, dua-dua ni ada kelebihan dan kelemahannya, lebih bagus kalau anda manfaatkan kemudahan yg ada pada dua-dua devices ni..

Nak settings iklan, buat iklan, gunakan Laptop.. Nak ON/OFF atau ekjas sikit2 bahagian bajet boleh guna mobile.. Nak monitor pn boleh gune mobile.. Nak buat optimization, kne tgk balik guna Laptop/PC..

Sila SHARE pd sahabat anda yg lain..

Komentar (0)

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!