5 Kepentingan 'Like Marketing' Untuk Bisnes di Facebook

Apa Kepentingan ‘Like Marketing’ Untuk Bisnes di Facebook?

5 Kepentingan 'Like Marketing' Untuk Bisnes di Facebook

Biasa tak anda dengar mengenai likes marketing? Mesti pernah dengar kan?

Penting ke buat likes marketing?

Cuba anda lihat fanpage yang popular, ada yang likes mencecah puluh ribu bahkan juga ratusan ribu. Kadang-kadang kita lihat ada likes fanpage yang sampai SEJUTA lebih!

Penting ke semua tu?

Ya.. saya boleh katakan likes fanpage memang penting, terutamanya bagi orang yang buat bisnes di Facebook untuk tempoh masa lama.

Jadi, apa kepentingan likes marketing? Berikut adalah sebabnya..

#1: Bina ‘Branding’ dan ‘Awareness’

Branding adalah salah satu strategi bagi mereka yang ingin membina satu bisnes untuk jangka masa panjang. Lebih ramai orang yang tahu mengenai bisnes anda.. lebih ramai pembeli yang anda boleh dapat. Biasanya, ramai orang membeli dari brand yang mereka sudah kenali.

branding

Untuk bina branding, anda perlu lakukan likes marketing secara konsisten. Dengan cara ini, brand anda akan selalu dilihat oleh audiens Facebook. Kesannya, mereka akan berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai bisnes anda.

Bukan itu sahaja, likes fanpage juga dapat memberi kesan kepada kredibiliti bisnes anda. Ini kerana audiens akan lebih percaya kepada bisnes anda. Bayangkan diri anda sebagai prospek, anda nak berurusan jual beli dengan fanpage yang mana? Fanpage yang ada banyak atau sedikit likes? Mana satu yang anda lebih percaya dan yakin? Mestilah fanpage yang ada likes yang banyak kan..? Sama la juga dengan audiens yang bukan fans anda.

Sama juga seperti kedai offline..

Jika ada 2 kedai makan yang bersebelahan, satu kedai ramai pelanggan dan satu lagi kedai kurang pelanggan. Anda pilih nak masuk kedai yang mana? Pasti anda pilih yang ramai pelanggan kan?

Nak tahu cara mudah nak bina branding di Facebook? Saya ada tulis di artikel ini..

#2: Bina ‘Followers’

Setiap apa yang anda paparkan di fanpage, akan ada audiens yang membacanya. Ini bermakna anda sudah ada followers yang setia mengikuti perkembangan bisnes anda. Secara tidak langsung, apabila anda ingin melancarkan sebarang kempen atau produk baru, akan ada fans yang bakal menjadi pelanggan anda.

facebook-crowd

Sebab itu, dalam apa jenis bisnes pun, sangat penting untuk bina followers anda sendiri. Kemudian, jadikan followers tersebut suka dan sentiasa ternanti-nanti info terbaru dari anda.

Bagaimana nak jadikan mereka suka pada anda?

Anda perlu berinteraksi dengan mereka. Ya, bina engagement.. cuba dapatkan komen, likes dan shares dari followers anda.

#3: Bina ‘Engagement’

Anda perlu tahu, tujuan Facebook ditubuhkan adalah untuk bersosial. Dengan likes yang banyak, anda lebih mudah untuk bina engagement dengan mereka. Jadi, apabila audiens menjadi fans anda, jangan hanya menjual sahaja. Anda perlu bersosial dulu dengan mereka.. baru menjual.

Antara cara untuk bina engagement dengan fans adalah dengan;

  • Tanya soalan

Tanya soalan

  • Buat contest

buat contest

  • Respons dengan pantas segala komen dan PM mereka

Respons dengan pantas segala komen dan PM

Gunakan ayat yang lebih santai dan ayat berbual. Elakkan dari menggunakan ayat template terlalu kerap.

Apabila anda sudah bina engagement dengan fans, anda juga jadi lebih mudah untuk ‘Close Sale’ mereka berbanding ‘Open Audience’. Ini disebabkan mereka sudah percaya dan selesa dengan anda.

Lebih banyak engagement yang anda bina, lagi tinggi reach post ke fans anda.

#4: ‘Free Marketing’

Mereka yang sudah menjadi fans adalah audiens yang berminat dengan produk anda. Secara tak langsung, mereka adalah bakal pelanggan anda. Anda hanya perlu educate dan bina engagement untuk tukar mereka dari prospek kepada pelanggan. Tak perlu keluar kos iklan pun..

Anda perlu kongsikan tips-tips yang berguna setiap hari, banyakkan bina engagement dengan fans anda. Buat pelbagai jenis post seperti;

  • Text

text

  • Gambar

gambar

  • Video 

video

  • Artikel

artikel

Anda perlu bina content yang berkualiti dan disukai fans anda. Sekali-sekala, promosikan produk anda dengan offer yang fans anda suka.

#5: Tingkatkan ‘Conversion Rate’

Fans adalah prospek yang berpotensi jadi pelanggan anda. Jadi, potensi untuk dapatkan conversion rate yang tinggi juga adalah sangat tinggi.

Anda juga boleh dapatkan repeat order dari pelanggan yang sama. Saya boleh katakan menjual pada pelanggan sama lebih mudah dan murah berbanding pelanggan baru. Lebih senang dapat untung..

Saya beri contoh mudah..

1 pelanggan membeli 1 produk anda berharga RM100 dan anda untung RM50. Jika pelanggan ini membeli 5 kali produk yang sama, anda sudah untung RM250. Tu belum lagi jika mereka beli produk lain yang berkaitan.. anda sudah untung berapa banyak?

Jadi, jaga pelanggan anda elok-elok.. jangan sampai mereka lari dari anda ye 🙂

7 Cara Tingkatkan ‘Conversion Rate’ Iklan di Facebook

Bagaimana nak tingkatkan conversion rate di Facebook? Baca artikel ni..

Akhir kata, jangan stop like marketing untuk fanpage anda. Sentiasa sediakan bajet untuk buat like marketing..

Semoga bermanfaat.

Similar Posts

22 Comments

    1. itu perkara biasa, ramai ada masalah ini. Cara utk tingkatkan reach, tuan perlu tingkatkan engagement dengan fans. Buat post yg dlm bentuk soalan, atau kongsikan tips2 menarik

    1. Betul. Sy setuju.

      Fanpage Facebook adalah medium pemasaran shj..boleh guna medium lain juga.. contoh nya instagram, mudah.my website… perniagaan memerlukan customers/orang untuk ‘hidup’ . The reason ramai advertiser guna Facebook sebagai medium adalah kerana ramai orang berhimpun di Facebook.

      P.s. Jika anda ingin membina minisite untuk perniagaan anda..sila layari www [] minisitekosrendah [] com

      Gantikan [] kepada .

  1. Salam,
    nak tanya bagaimana cara terbaik untuk dapatkan reach yang tinggi. ini kerana setiap kali saya post ke fanpage. Saya mendapat reach yang yang agak rendah berbanding bilangan fan. Bilangan fan saya adalah 5K.

  2. Assalam Sifu Jamal,

    Produk saya belum lagi launch (expected january ni). Sy dh ada fanpage, perlu ke sy buat LIKE MARKETING sebelum produk launch? Gambar produk (dress) yg proper pun belum ada lagi. atau tunggu launch dulu baru buat LIKE MARKETING?

    Tq sifu

  3. Terima kasih sifu
    Tapi image produk mcm mana? like marketing pun still kne letak image kan..silapletak image atau xmenarik, xtertarik org.

    1. yup, like marketing kene buat gambar yg menarik perhatian.

      Kalau jual produk kesihatan, tunjukkan orang pegang produk tu.

      Kalau jual produk makanan, tunjukkan orang senyum sambil makan.

      1. Ok sifu. sy bakal keluarkan baju atas label sy sndiri dlm 2 mggu lagi.

        mohon komen sifu copywriting ni —>
        Klik “LIKE” kalau anda JATUH HATI dengan TOPS yang model pakai ni. DISKAUN pada hari release nanti

        sy hargai kalu sifu komen 🙂

Leave a Reply to amada Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *