Tingkatkan Fans, Trafik dan Jualan dengan ‘Website Custom Audience

Tingkatkan Fans, Trafik dan Jualan dengan ‘Website Custom Audience’

Tingkatkan Fans, Trafik dan Jualan dengan ‘Website Custom Audience

Dalam artikel ini, saya ingin kongsikan 3 strategi pemasaran untuk tingkatkan Facebook fans, trafik website dan jualan produk anda menggunakan fungsi Website Custom Audiences (WCA).

Jika anda tak tahu bagaimana cara buat Website Custom Audiences, anda boleh baca di sini

#1: Tingkatkan Facebook Fans

Untuk bina fans yang berkualiti, anda perlu target pada audiens yang bukan fans menggunakan ‘Interest‘ atau ‘Custom Audiences‘ yang berkaitan dengan fanpage anda.

tingkatkan fans custom audience, interest

Tapi dengan WCA, anda boleh target audiens yang pernah melawat website anda tapi bukan dari fanpage atau email list anda. Apa yang menariknya, mereka ini sudah mengenali anda dan anda akan dapat bina fans yang sangat berkualiti.

tingkatkan fanpage likes website custom audience#2: Tingkatkan Trafik Websites

Untuk promosikan artikel baru, anda boleh post link artikel blog di fanpage untuk dapatkan trafik dari fans. Jika post tersebut mendapat banyak engagement, anda boleh mula promosikan pada bukan fans menggunakan ‘Interest‘ dan ‘Lookalike Audiences‘.

Tingkatkan trafik website

Dengan menggunakan WCA, anda boleh promosikan post pada audiens yang pernah melawat website anda dan ‘Exclude‘ audiens yang pernah baca post tersebut. Buat apa nak promosikan pada audiens yang pernah baca post tersebut kan?

Tingkatkan trafik website WCA#3: Tingkatkan Jualan Produk

Cara ini sesuai digunakan dalam Minisites dan Squeeze Page. Anda boleh buat iklan hanya untuk target pada audiens yang pernah melawat Minisites tapi masih belum buat pembelian.

Anda boleh buat 2 jenis iklan;

Untuk iklan pertama, anda target pada audiens yang sudah lawat pada Minisites. Bina WCA untuk Minisites tersebut.

Tingkatkan jualan minisiteUntuk iklan kedua pula, bina WCA untuk ‘Thank You Page‘ selepas audiens buat pembelian. Dengan cara ini, anda boleh ‘Exclude’ audiens yang telah berjaya buat pembelian dalam iklan anda.

Tingkatkan jualan thank you page

Ok, itulah antara strategi pemasaran menggunakan WCA yang boleh anda cuba.  Semoga berjaya!

Similar Posts

17 Comments

      1. Salam. Maaf saya ni tak berapa nak faham. Mcmna nk guna exclude tu di fb ad? Saya cari juga dimana dari buku yang sy beli dr sifufbad.
        Bingung byk tak faham mungkin slow learner.

        Selain buku rm197 dgn cd banyak tu ada x buku yang bagu guideline pasal FBad mcmna nak pilih audience, exclude pembaca yang da baca post sama sebelum ni.

  1. salam….sy baru jer mula dalam bisness melalui fb ni…nak belajar lebih lagi…saya baca tips2 yg sifu beri tapi xfaham… saya try cari perkataan2 ni dalam page sy, xjumpa… ade tak tips2 utk beginer cam saya??? mohon bantuan sifu..

Leave a Reply to Facebook Perkenalkan ‘Relevance Score’ Untuk Pengiklan | Sifu FB Ads Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *