|

3 Cara Bina Tawaran Eksklusif Untuk Pelanggan Anda

Sebagai kesinambungan dari post sebelum ini . Ada pelbagai cara lagi yang boleh anda gunakan untuk buatkan customer anda terus mendapatkan dan membeli produk dari anda secara konsisten.

Jadi, dibawah ini Sifufbads berikan 3 jenis tawaran yg boleh anda offer-kan kepada customer anda.

#1 TAWARKAN PELANGGAN JADI AGEN PRODUK ANDA

Selepas customer membuat pembelian dari anda, cuba hubungi dan dapatkan feedback tentang produk anda serta tawarkan pada mereka untuk menjadi agen kepada produk anda. Disarankan, untuk memudahkan kerja anda, biar staff/agen yang lakukan pemasaran untuk anda. Anda pula hanya perlu fokus pada customer support.

Selepas customer anda menjadi agen, jangan biarkan mereka seorang diri. Anda perlu support mereka secara konsisten. Jika anda biar mereka ‘bergerak’ sendiri, susah untuk mereka grow dalam bisnes.

Ini antara perkara yang anda patut buat;

  • Sediakan tool marketing secukupnya seperti ayat iklan, gambar iklan dan testimoni pengguna.
  • Train mereka cara nak promosikan produk menggunakan fbads, blog, minisite dan lain-lain. Jika perlu buat seminar, anda buat.
  • Berikan komisyen yang lumayan pada agen-agen anda, minimum 30%.
  • Buat cabaran sales tertinggi setiap bulan, paparkan carta jualan agen-agen di fb group,  sediakan reward yang lumayan supaya agen dibawah anda berebut-berebut untuk dapatkan hadiah tersebut.

Train dan sentiasa bagi semangat dan full support kepada agen anda supaya aktif dalam mempromosikan produk anda. Anda perlulah bina agen dari segi kualiti, bukan dari segi kuantiti.

#2 BERIKAN TAWARAN DISKAUN UNTUK TEMPOH TERHAD

 Antara cara terbaik dan mudah untuk galakkan pelanggan buat repeat order adalah dengan memberi KUPON DISKAUN khas pada mereka. Khas untuk pelanggan anda sahaja. Berikan rewards kepada mereka melalui promosi eksklusif, anjurkan monthly rewards dengan memberikan diskaun sehingga 70%.

Umumkan tarikh bila offer diskaun anda dibuka, dan bila offer tersebut ditutup. Dengan cara ini, mereka akan lebih cepat bertindak untuk membeli.

#3: TEKNIK REFERRAL

Anda boleh hantar emel atau SMS untuk minta customer introduce kan produk anda pada rakan-rakan mereka. Berikan mereka komisyen/insentif yg menarik seperti mereka akan dapat 1 produk percuma jika mereka dapatkan 1 pelanggan untuk anda.

Untuk gunakan teknik ini, anda boleh hantar notification kepada customer anda melalui blast whatsapps, sms atau email seperti ni..

As salam Tuan,

Terima kasih kerana telah membuat pembelian produk saya kelmarin. Saya nak minta tolong boleh tak? Jika tuan suka dengan produk saya, boleh tak rekemen produk tersebut pada kawan-kawan yang mungkin berminat juga? Saya akan berikan 1 produk percuma kepada tuan untuk setiap 1 kawan yang tuan rekemen sebagai hadiah. Syaratnya, kawan tuan mesti membeli produk tersebut. Reply mesej ini jika tuan berminat..

Terima kasih.

Dengan cara ini, anda bukan sahaja dapat kekalkan pelanggan yang lama, anda juga dapat pelanggan yang baru.

Terdapat lagi banyak cara untuk dapatkan pelanggan buat repeat order, ini hanya beberapa cara sahaja yang Sifufbads dapat kongsikan pada anda. Selebihnya, anda boleh pikirkan sendiri dan InsyaAllah akan Sifufbads dedahkan di lain masa.

Semoga bermanfaat.

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply to 3 CARA BINA TAWARAN EKSKLUSIF UNTUK PELANGGAN ANDA - UstazWan.com Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *