5 Content Strategy Yang Bakal Buatkan Bisnes Anda Lebih Garang…

Pehh.. garang bukan sebarang garang ni geng.. Garang ni bukan buat customer lari.. Ini garang buat customer anda lebih ‘MELEKAT’ dengan anda!

“Wahh macam mane tu sifu?”

Zaman sekarang, content marketing sekarang sudah menjadi elemen yang SANGAT penting bagi sesuatu bisnes, lagi-lagi bab nak buat ENGAGEMENT dan TARIK PERHATIAN audience kita..

BUKAN kita sorang je tau yang pikir cmtu.. Bahkan SEMUA usahawan pikir benda yang sama..

Tapi macam mana nak buat kita BERBEZA dengan yang lain? Nak tahu?

“Eh mestilah nak tahu sifu!”

Haa kalau korang nak tahu, Sifufbads nak share sikit strategi yang mmbuatkan bisnes korang lebih MENONJOL dan lebih FRIENDLY dari org lain..

Tgk satu per satu gambar kat bawah ni.. Baca dan hadamkan.. Dah hadam kongsi ngan orang lain plaks.. Tekan butang SHARE la apa lagi..

#1: CONTENT YANG RELEVAN DENGAN BISNES ANDA

Content yang diupdate di page tu PERLU relevan dengan bisnes kita.. Contoh kalau kita dalam nich pakaian, posting tu mestilah berkaitan rapat dengan pakaian..

ELAKKAN post- post content yang merepek and tak berkaitan dengan bisnes..

Sebab apa? Sebab kita nak audiens nampak yang page kita ni page bisnes dan bukan page personal..

#2: BERI TIPS YANG AUDIENS PERLUKAN

Selain posting pasal produk, kita boleh post pasal tips-tips yang berkait rapat dengan bisnes kita supaya page kita nampak hidup..

Contoh.. kalau kita jual perfume, kita boleh share tips-tips pasal perfume seperti cara pemakaian perfume ke ape..

Bagi tips ni tak semestinya through apa yang kita post.. kita boleh bagi tips kalau orang bertanyakan kat kita.. Haa dari situ kita dah boleh create engagement antara kita dengan audience.. 2 in 1 bukan?

#3: WUJUDKAN KARAKTER

Create engagement dengan audiens tersangatlah PENTING.. Sebab dari sini kita boleh bina relationship antara kita dengan audiens.. Dan kita boleh dapat info-info yang penting pasal dieorang..

Untuk jadikan page kita ni lebih FRIENDLY, kenalah create satu karakter.. Sebab ape? Sebab barulah audiens kita ni rasa yang dieorang communicate dengan manusia, bukan robot.. Dan karakter tu kena sesuai dengan bisnes kita..

Contohnya, kalau kita menjual shawl, kita boleh menyamar sebagai kak mah ke apa walaupun kita ni lelaki.. Bukan apa, audiens lagi selesa untuk communicate dengan kita kalau guna karakter perempuan sebab kita jual produk perempuan..

#4: GUNAKAN BAHASA AUDIENS

Gaya bahasa memainkan peranan dalam strategi ni lagi-lagi dalam content marketing .. Kita kena alert dengan gaya bahasa yang audiens kite gunakan..

Contoh kalau audiens kita guna bahasa wechat, kita kenalah guna bahasa wechat.. Haha maksudnya kat sini kita nak create satu environment yang buat audiens kita senang nak communicate dengan kita.. Takdelah macam ayam bercakap dengan itik.. Haha

Lagi satu, bahasa tu janganlah skema sangat.. Bukan apa, risau audiens korang bosan bila baca.. Produk dah mantop tapi bahasa tu skema and tak menarik perhatian.. Kan pelik kat situ..

#5: INTEGRATE DENGAN PLATFORM ONLINE YANG LAIN

Dalam bisnes, tak seronok kalau kita tumpu kat satu platform je.. Sebab kalau kita nak kembangkan lagi bisnes, kita kena combine dengan platform yang lain..

Contoh la, kenapa fb ni direkemenkan sebagai platform untuk berbisnes? Sebab Fb ni ramai yang guna.. Bukan takat kat Malaysia je, tapi satu doniaa.. Dari situ kita dapat nampak yang traffic audience Fb sangat tinggi.. and secara tidak langsung jugak, Fb ni dah jadi satu database yang sangat berguna kat kita..

Sebab apa? Sebab kita boleh amek peluang ni dengan link kan audiens yang kita ada kat Fb tu ke platform kita yang lain seperti blog ke, email ke, youtube ke, insta ke..

Haa inilah antara beberapa content strategy yang boleh buat bisnes anda GARANG macam harimau.. Terus ngap tak lepas lepas punyaa..

Ni baru sikit je.. InsyaAllah Sifufbads akan kongsikan lagi dilain masa.

Belajar sesuatu?

Kongsikan… Jgn lupa SHARE kat member yg lain..

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. broayietech says:

    terbaik, thank q sifu kongsi tips menarik

  2. Tips Kurus says:

    Wow headline dah dasyat….. terima kasih sifu kongsi artikel ini.

    tips kurus

Program @ Sifufbads

21/07/2019
2Comma Tribe
Dewan Banquet UPM, Serdang

20/07/2019
2Comma Tribe
Dewan Banquet UPM, Serdang

19/07/2019
2Comma Tribe
Dewan Banquet UPM, Serdang

Follow Instagram @sifufbads

  • MAIN REKOD PUN BOLEH MENANG?   Haaa korang mesti
  • Boss boss jugak tapi ada masanya nak jadi customer jugak
  • Nak tak jika SifufBads nak buat SPECIAL LIVE yang akan
  • Pernah tak korang baca posting bebisnes ni mcm baca surat
  • Sesambil revise buku branding ni SifufBads teringat pulak satu kisah
  • Macam mana nak yakinkan org beli produk kita kalau org
  • Bukan senang nak senang dan bukan susah nk senang
  • Layannn??? Takkan nak layan hari2 sifu???   Sabar2maksud kena
  • Setuju tak kalau SifufBads ckp sbb ketakutan dlm diri byk
57 BUKU MARKETING SI PEMALAS
57 BUKU MARKETING SI PEMALAS

Khas untuk anda yang rasa marketing tu leceh.. tak penting.. dan menyusahkan hidup. Ada lebih 50 strategi yang anda boleh terokai.. ianya straight forward dan mudah faham.. simple trick but very powerful! Isi Form di Bawah Sekarang!