|

5 PUNCA UTAMA BISNES SENDU

Hai semua yang sedang membaca ni,

Santai2 sambil luangkan masa, baca apa yang saya nak share kan ni.

“Saya ni dah lama buat bisnes. Sales bulanan saya nak capai 4 angka pun susah. Bantuin saya”

Ni keluhan yang saya selalu dengar. Bisnes sendu sales tak naik. Nak capai 4 angka pun susah! Apatah lagi nak capai 5 atau 6 angka!. Dengan cabaran musim sekarang pulak ni, ada yang giveup, down, dan ada jgak bisnesnya dah bungkus.. Eh eh jangan begitu yaa. Faham dulu, sebab apa jadi macam tu.

So kat sini, saya nak share 5 punca yang buatkan bisnes korang sendu dan mungkin hampir terkubur…

Audiens sekarang suka kan kelainan. Kalau produk korang bosan takde inovasi benda sama je, macam mana diorang nak berminat? Sebab korang tak tonjolkan apa keunikkan, kebaikkan, dan kepuasan produk korang dengan produk lain. Ini punca bisnes boleh sendu. Faham ke ni?


Orang kata tak kenal maka tak cinta.. Eh eh apa kaitan? Bila korang tak tahu siapa target audiens korang, Jadi, korang tak faham apa yang audiens nak dan apa yang korang boleh bagi pada audiens korang tu… huishhh mana lah tak sendu bisnes tu, tak kenal siapa audiens patutlaa.. Yang ni selalu terjadi. Pernah dengar perkataan hardsell? Bila terlalu menjual tanpa bagi value pada audiens,Puncanya bila promote produk scara terang-terangan tanpa korang educate audiens korang tu. Ish ish yang ni paling orang menyampah..


Zaman sekarang ni, teknologi berkembang, Jangan bergantung pada satu platform je.! Punca, bila fokus pada satu platform je, audiens susah nak nampak, kenal apatah lagi ingat pada brand atau produk korang tu. Cuba korang tengok, audiens sekarang suka melepak dkt banyak platform macam Fb, Ig, telegram dan lain2 lagi lah..


Cliche maksudnya bnda biasa, dah basi. Punca jugak bisnes korang jadi sendu. Guna strategi yang dah berulang. Dulu yela strategi tu berkesan, tapi dengan zaman yang dah serba canggih macam ni, belum tentu berkesan jugak tau. Nak atau tak nak, korang kena cari solusi, kena upgrade ilmu tu. Jangan sombong jangan malas aaaaa.. Kena kaji perkembangan semasa okay.

So far dapat sesuatu tak dari apa yang saya share ni?

Siapa nak saya bantu dan guide dalam bisnes? Kalau nak cuba reply kat bawah ni “Guide saya pliss”

Similar Posts

10 Comments

Leave a Reply to Brian Liew Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *