4 Perkara Penting Sebelum Menulis Post Headline_2

4 Perkara Penting Sebelum Menulis Post Headline

 

4 Perkara Penting Sebelum Menulis Post Headline_2

Headline sangat penting dalam sesuatu kempen iklan. Dengan mengubah ayat headline sahaja, klik pada post iklan dapat ditingkatkan.

Kenapa headline sangat penting?

Sebab ia diletakkan di barisan pertama dalam post iklan anda. Headline adalah PERKATAAN PERTAMA yang prospek akan baca. Ia dapat membuatkan prospek untuk terus membaca atau tinggalkan sahaja post iklan anda. Dengan menggunakan headline yang bersesuaian, anda akan dapat TAPIS siapa prospek yang anda ingin sasarkan.

Headline juga dapat menceritakan keseluruhan kandungan ayat post iklan anda. Jika headline anda dapat MENARIK PERHATIAN ramai pembaca, peratus untuk anda hasilkan jualan sangat tinggi. Jika tak, anda faham-faham la ye…

Jadi, bagaimana nak tulis headline yang berkesan?

Tujuan utama menulis headline adalah mengajak pembaca untuk baca post iklan anda.

Jadi, anda perlu ambil sedikit masa untuk hasilkan headline yang boleh yakinkan prospek untuk terus membaca ayat post iklan anda.

Ok, dalam artikel ni, anda akan belajar cara menulis headline yang boleh menukarkan pembaca kepada pembeli. Mari saya tunjukkan…

1) Headline Yang Unik

Cuba jadikan headline anda UNIK, tidak bosan, menonjol, dan mendapat perhatian pelanggan. Kelebihan menggunakan headline seperti ini adalah anda dapat keluar dari dunia persaingan bisnes.

Kebanyakkan headline dalam post iklan yang dipaparkan adalah lebih kurang sama. Audiens akan mudah bosan jika headline yang sama dipaparkan berulang kali.

Gunakan simbol-simbol yang menarik dalam post iklan anda. Simbol-simbol ini boleh didapati di fsymbols.

Contohnya, jika anda ingin berikan tawaran diskaun kepada fans anda. Ini headline yang boleh anda gunakan…

“OFFER HOT BERAPI! M-SOTROPIN”

“ANGKAT TANGAN! SIAPA LAGI NAK OFFER NI?”

2) Headline Mestilah Spesifik

Untuk jadikan headline anda unik, anda perlu jadikannya SPESIFIK. Spesifik di sini bermaksud direct to the point. Headline anda perlu mempunyai maklumat yang cukup supaya audiens tahu sama ada tawaran anda menarik atau tidak.

Contohnya, jika anda ingin bina headline jenis masalah, anda boleh tanya soalan seperti…

“DAH TRY MACAM-MACAM JENIS PRODUK KURUSKAN BADAN TAPI TETAP TAK BERJAYA?”

“BOS, ADA PROBLEM NAK KURUSKAN BADAN TAK ?”

3) Headline Berunsurkan ‘Sense of Urgency’

Jika perlu, anda perlu masukkan headline jenis Urgency. Ia seperti MEMAKSA audiens untuk terus membaca supaya mereka tidak terlepas sesuatu yang menarik. Headline seperti ini lebih sesuai digunakan pada waktu-waktu tertentu sahaja.

Ia tidak boleh digunakan selalu, tapi jika anda dapat gunakan sebaik-baiknya…memang BERKESAN.

Ini contoh headline jenis Urgency

“AMARAN: Harga Bakal Di Naikkan & Freegift Dah Nak Habis!”

“LAST CALL: Esok 11pm, 14 Mac 2015 Jualan Akan Di Tutup!”

4) Headline Yang Mudah Difahami

Ini adalah tips yang paling penting. Sehebat mana pun headine anda, tapi kalau tak difahami…apa guna kan? Guna ayat yang SIMPLE dan MUDAH difahami. Audiens hanya ingin tahu apa manfaat yang mereka akan dapat jika membaca post iklan anda.

Jika anda gagal beritahu apa manfaat yang audiens boleh dapat, anda juga akan gagal menghasilkan jualan.

Contoh headline yang mudah difahami…

NAK OFFER M-SOTROPIN ?

EARLY BIRD DAH TAMAT! JUALAN MASIH DIBUKA LAGI..

Semua tips-tips di atas adalah perkara asas dalam menulis headline yang BERKUALITI. Jika anda faham dan praktikkan apa yang saya kongsikan di atas, insyaallah, anda pasti boleh lakukan.

Selamat mencuba!

Similar Posts

78 Comments

  1. Alhamdulillah..
    Terima kasih byk2 sifu..sgt2 membantu..
    Insyaallah sya akan follow apa yg diajar oleh sifu..

  2. https://bit.ly/3chvo6B Попперсы европейского качества производства Франции и Англии! Самый большой ассортимент и низкие цены!

  3. http://reyna.userbet.xyz ПРИСОЕДИНЯЙТЕСЬ СЕЙЧАС И ПОЛУЧИТЕ 100$ К ВАШЕМУ ПЕРВОМУ ДЕПОЗИТУ!
    Управляйте роботом самостоятельно! Контроль уровня риска!

  4. the example of the site that we should imitate you will find here what you are waiting for so do not be doubted as you try to let you trust me
    Actually why you’re still having a hard time if everyone has a way but if the strategy is what you are waiting for on my blog and making it easy for you to trust

  5. One other issue is when you are in a predicament where you would not have a co-signer then you may genuinely wish to try to exhaust all of your financing options. You can get many grants or loans and other grants that will give you finances to assist with school expenses. Thank you for the post.

Leave a Reply to meli Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *