Bagaimana Nak Pukau Hati Audience Anda Melalui Iklan di FB?

Banyak cara utk buat iklan suka dilihat oleh audience anda..Dalam byk2 cara, Sifufbads suka utk kongsikan 3 cara melalui Click Through Rate (CTR) yg nmpk mudah tapi selalu org ambik remeh..

Nak tahu ape?

Haaa..Jom terus baca…

#1 GAMBAR

Sudah pasti penggunaan gambar iklan yang jelas, relevan dan menarik perhatian mampu membantu anda mendapatkan perhatian audiens dengan lebih mudah.

Dan seterusnya, ayat iklan yang berkaitan mampu menarik audien untuk klik pada iklan anda. Seterusnya, ini akan menyumbang kepada peningkatan nilai CTR iklan tersebut.

Ada sumber berkata, gambar iklan menyumbangkan hampir 70% kepada klik yang diperolehi.

#2 PEMILIHAN AUDIENCE

Dengan memilih audience yang lebih spesifik, lebih relevan, iaitu dari segi umur, jantina, lokasi, minat audiens, CTR yang dihasilkan mampu mencapai nilai yang sangat tinggi.

Lebih kecil target anda, lebih tinggi potensi CTR yang bakal anda perolehi. Oleh itu, cuba kaji prospek audiens anda sedalam-dalamnya.

Data-data ini boleh diperolehi dari google trends, yahoo clues, fanpage insight dan lain-lain, termasuk database offline yang pernah anda rekod.

#3: VIDEO

Penggunaan video memberikan impak tinggi dalam pengiklanan anda. CTR yang dihasilkan adalah tinggi kerana “play button” yang dipaparkan pada gambar iklan. Mengikut trend skrg, penggunaan video sangat disarankan untuk tingkatkan CTR.

Anda boleh mencubanya:-) Apa yang penting, elakkan gunakan url youtube untuk promo menggunakan video. Gunakan video dengan meng “upload” nya sendiri ke post fanpage anda.

Secara totalnya, CTR memang sangat penting dan membantu dalam kempen pengiklanan FB Ads. Ianya menentukan keberkesanan iklan yang dijalankan.

CTR yang tinggi membantu jimatkan kos iklan, percepatkan iklan sampai kepada audiens sasaran.

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. […] post Bagaimana Nak Pukau Hati Audience Anda Melalui Iklan di FB? appeared first on […]

Program @ Sifufbads

21/07/2019
2Comma Tribe
Dewan Banquet UPM, Serdang

20/07/2019
2Comma Tribe
Dewan Banquet UPM, Serdang

19/07/2019
2Comma Tribe
Dewan Banquet UPM, Serdang

Follow Instagram @sifufbads

  • 3 SECRET BRADER NI BERMULA DARI RM700 TANPA LOAN AND
  • Ehem!! Korang tahu tak usahawan ni bukan takat buat bisnes
  • Duit dan harta bukanlah pengukur segalanya   Hanya seorang
  • Setuju tak bg seorang usahawan seorang founder Leader  TIME
  • Berbisnes ni nmpk je mudah tp hkikatnya perlukan masa kerja
  • Psss! Nak tanya ni Korang kenal ke 2 org ni?
  • Sblm fly tadi sempat melepak ngan ngocing anak didik ceo
  • Bila dah ada company ada team pentingnya wujudkan satu struktur
57 BUKU MARKETING SI PEMALAS
57 BUKU MARKETING SI PEMALAS

Khas untuk anda yang rasa marketing tu leceh.. tak penting.. dan menyusahkan hidup. Ada lebih 50 strategi yang anda boleh terokai.. ianya straight forward dan mudah faham.. simple trick but very powerful! Isi Form di Bawah Sekarang!