Tutorial Cara Bina 'Instagram Ads' Dalam Power Editor

Tutorial Cara Bina ‘Instagram Ads’ Dalam Power Editor

Tutorial Cara Bina 'Instagram Ads' Dalam Power Editor

Adakah anda pengguna Instagram untuk bisnes?

Berminat nak buat iklan untuk Instagram?

Jom baca tutorial ini!

Semasa artikel ini ditulis, mungkin ada di antara anda yang masih belum dapat fungsi untuk bina iklan Instagram.. tapi, jangan risau! Anda pasti akan dapat fungsi ini tak lama lagi…

Dalam artikel ini, saya nak tunjukkan pada anda cara bagaimana buat iklan menggunakan Instagram..

1) Mula-mula, anda perlu connect dulu fanpage anda dengan akaun Instagram.

1

Jika anda masih belum ada lagi akaun Instagram, anda boleh terus bina akaun melalui facebook.

Pilih ‘Create New Account’, kemudian masukkan Username dan Email anda…

3

Emel pengesahan akan dihantar ke emel anda. Anda perlu setkan password untuk akaun Instagram anda.

2) Dah siap buat akaun Instagram anda? Ok, jom kita mula bina iklan.. 

Langkah pertama, masuk ke Power Editor..

Tak tahu cara guna Power Editor? Anda boleh baca artikel di bawah…

Dalam Instagram Ads, anda hanya boleh bina 3 jenis iklan;

  • Click to Website
  • Mobile App Installs
  • Video Views

5

Dalam contoh artikel ni, saya pilih objektif ‘Click to Website’..

Jika anda nak cuba buat iklan guna objektif yang lain pun boleh, caranya lebih kurang sama..

3) Selepas anda pilih objektif iklan instagram, anda perlu pilih siapa sasaran audiens anda.

Kebanyakkan fungsi targeting audiens boleh digunakan dalam Instagram Ads. Anda boleh boleh gunakan cara yang sama dengan Facebook Ads.

Untuk pemilihan placement iklan, anda boleh sasarkan pada audiens di Instagram dan facebook pada satu masa. Tapi, saya syorkan anda untuk pilih hanya satu placement sahaja. Buat SPLIT TEST untuk setiap satu placement.

4

4) Selepas selesai setting audiens iklan anda, sekarang anda perlu bina satu post iklan..

Pilih fanpage yang anda ingin gunakan, kemudian connect dengan akaun Instagram anda…

6

Jika anda dah connect akaun Instagram ke fanpage, secara automatik ia akan connect dalam Power Editor..

7

Kemudian, anda perlu bina post iklan pula..

Masukkan url website yang anda ingin promosikan, tulis ayat iklan yang sesuai..

10

Anda boleh lihat PREVIEW iklan di sebelah kanan monitor anda. Jika tak sesuai dari segi gambar dan ayat, anda boleh adjust semula..

11

Biasanya, MASALAH yang mungkin anda hadapi semasa buat iklan instagram ni adalah SAIZ GAMBAR.

Lihat pada gambar di bawah..

  • gambar yang paling sesuai diletakkan untuk buat iklan adalah bersaiz SQUARE.
  • gambar tidak boleh ada ayat melebihi 20% 

8

Jika saiz gambar bukan bentuk SQUARE, anda boleh CROP gambar tersebut.. 

12

13

.. tapi, tak wajib pun adjust saiz gambar tersebut, boleh je buat saiz gambar yang bukan bentuk square. Kalau tak boleh, barulah anda sendiri adjust saiz gambar tersebut.

Lepas siap setting iklan anda, klik je butang hijau di bahagian atas Power Editor untuk UPLOAD ke Ads Manager.

Jadi, siaplah iklan Instagram anda.

Selamat mencuba!

Jangan lupa juga untuk follow Instagram Sifufbads DI SINI.

Banyak tips-tips percuma dan info terkini yang kami dah kongsikan di situ.

Similar Posts

18 Comments

      1. salam tuan jamal, saya dh ikut step no 4 tp di power editor saya tak ada keluar instagram account sedangkan saya dh connect dgn IG. bagaimana saya nak process ads ini ya?

  1. Cara ni still available ke dkt fb? Sbb sy x jumpe instagram adverts dkt page sy. Kt mane sy kene cr? Yg mcm gambar 1st step tu

Leave a Reply to Siti Alia Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *