Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

3 Jenis Bidding Untuk FB Ads

Diterbitkan pada Jun 5, 2014 oleh

jenis_bidding_fbads_cpm_ocpm_boostpost_cpc

Anda sudah lama menggunakan FB Ads Marketing tapi masih tidak tahu jenis-jenis bidding yang ada? Baiklah, terdapat 3 jenis bidding yang ada di dalam FB Ads Marketing.

Nota : Penting untuk anda ketahui jenis-jenis Teknik Bidding yang ada sebelum anda menggunakan FB Ads.

Sebelum saya bermula, ingin saya ingkatkan bahawa kesemua 3 jenis bidding ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Jom kenali 3 jenis Bidding ini…
 

#1 Jenis Bidding CPC (Cost Per Click)

Jenis bidding ini  sesuai digunakan untuk mereka yang baru dalam FB Ads Marketing. Iklan anda akan dicaj berdasarkan setiap klik daripada pemilihan Audiens.

Seperti contoh anda meletakkan nilai bid RM0.09 kemudian anda perolehi 100klik daripada iklan tersebut, jadi jumlah yang anda perlu bayar adalah RM0.09 x 100 = RM9 sahaja. Teruskan membaca  untuk ketahui cara mengunakan teknik ini :-

Pada bahagian Bidding anda perlu memilih Bid for clicks. Kemudian, anda perlu meletakkan nilai bid kos per klik pada bahagian Pricing.

BID CPC

Pilih pada ‘Manually set up bid’ kemudian letakkan nilai bid yang anda inginkan. Mulakan dengan RM0.09 dahulu dan tingkatkan nilai bid sekiranya iklan anda masih tak berjalan. Jika iklan anda masih tak berjalan juga maka ikut sahaja suggested bid dari Facebook.

BID_CPC_02

 

#2 Jenis Bidding CPM (Cost Per Impressions)

Jenis bidding ini jarang digunakan.  Anda disarankan untuk menguasai Teknik CTR dahulu (rujuk sini) sebelum menggunakan jenis bidding ini.

Iklan anda akan dicaj bagi setiap 1000 impressions . Kos iklan  boleh jadi sangat murah dan juga sangat mahal. Ianya bergantung pada keunikan gambar  dan pemilihan audiens yang targeted.

Pada bahagian Bidding sila pilih Bid for impressions kemudian anda perlu letakkan nilai bid  untuk setiap 1000 impressions.

BID_CPM_01
Mulakan dengan nilai bid RM0.50 untuk setiap 1000 impressions. Tingkatkan nilai bid 2x ganda jika iklan anda masih tak berjalan. Jika iklan masih tak berjalan juga ikut suggested bid dari Facebook.

BID_CPM_02

Jenis bidding ini tidak sesuai digunakan pada Placement Sidebar, anda dilarang sama sekali menggunakannya pada Sidebar!

 

#3 Jenis Bidding OCPM (Optimized Cost Per Impressions) – biasa

Terdapat 2 jenis untuk bidding OCPM ini, OCPM biasa & OCPM boost post.

Ini adalah jenis bidding yang paling cepat & digemari ramai pengguna FB Ads kerana iklan mudah berjalan.  Jenis bidding ini mampu menghasilkan results yang pantas kerana iklan anda dicaj berdasarkan setiap 1000 impressions yang telah di optimized oleh Facebook.

Untuk menggunakan jenis bidding ini anda perlu memilih Bid for page post engagement  di ruangan Bidding.

page_post_ocpm

Untuk bid jenis ini, nilai bid tidak boleh diletakkan. Anda perlu membina Ad Set dan letakkan bajet harian sebanyak RM5 sahaja untuk permulaan.


O
CPM (Optimizied Cost Per Impressions) – Boost Post

Untuk menggunakannaya, pergi pada fanpage anda. Kemudian lihat pada butang boost post di bahagian kanan bawah post anda. Klik pada butang tersebut kemudian pilih targeting dan budget anda.  Kos permulaan yang disarankan ialah RM30 sahaja.

BOOST_POST

Iklan anda secara automatik akan dipaparkan pada Newsfeed Dekstop & Newsfeed Mobile. Sifufbads syorkan anda gunakan Boost Post ini pada waktu siang sahaja.

Rumusan :-

CPC
– Sesuai untuk yang baru nak bermula
– Selamat
– Dicaj setiap satu klik

CPM
– Kuasai Teknik CTR dahulu
– Boleh jadi sangat murah
– Boleh jadi sangat mahal
– Tidak sesuai digunakan pada sidebar
– Dicaj setiap 1000 impressions

OCPM (biasa)
– Results yang cepat
– Iklan mudah berjalan
–  Tidak boleh letakkan bajet harian terlalu besar
– Tidak boleh gunakan audiens terlalu kecil (kos jadi mahal)
– Dicaj setiap 1000 impressions yang telah di optimized oleh Facebook

OCPM (boost Post)
Melajukan post
– Iklan mudah berjalan
– Letakkan bajet rendah untuk permulaan
– OFF iklan target pada friends of fans (permulaan)
– Gunakan pada waktu siang

 

Selamat mencuba!

Komentar (11)

  1. Salam Sifu..Jika saya ada list Custom Audiences, jenis bidding mana yang sesuai yea? CPC ke CPM? Mana yang menjimatkan kos? Terima kasih.

    1. Wasalam.

      Bergantung pada objektif anda. Jika nak selamat boleh gunakan CPC, jika nak bina kredibiliti dan awareness pun better guna CPC.

      Kalau nak iklan cepat jalan boleh guna OCPM, tapi pastikan audiens tidak terlalu kecil kerana kos akan menjadi mahal.

  2. hayati

    sifu.. nk tanya..ilmu fbads sy sgt kurang..sblm ni sy pernah gunakan boost post..hinggakan sy x perasan duit dlm acc sy dh habis..
    sekarang..sy dh x blh buat boostpost lg sbb fb bgtau sy ada payment problem..walaupun sekarang duit kt acc tu ada..kenapa fb x tolak lg dr acc sy dn releaskn acc sy..dah lama juga sy tunggu..
    nk buat macmmana ye tuan?

    1. Boleh cuba call pihak bank tentang isu ini, kadang-kadang pihak bank akan block online transaction jika pernah ada masalah payment. Selain itu, boleh cuba email kepada facebook di bahagian payment problem tersebut.

  3. Pingback: Perubahan Terkini Cara ‘Bidding Cost Per Click (CPC)’ Dalam Facebook Ads | Sifu FB Ads

  4. Pingback: 11 Teknik Optimasikan Iklan Facebook | Sifu FB Ads

  5. aku mencoba fb ads dengan tipe interaksi kiriman , nilai bidnya sangat tinggi sekali Rp 2.000 -an , bagaimana agar bisa rendah nilai bidnya ?

Comments are closed.

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!