5 KEPENTINGAN “UMPAN” BISNES ONLINE.

Kita di dunia digital online sekarang ni semuanya dah canggih. Zaman dulu dan sekarang memang berbeza. Kalau dulu ramai peniaga yang hanya menjual secara offline. Tapi dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih sekarang memaksa semua orang yang jalankan bisnes secara offline berubah kepada online. Tak dinafikan jugak musim pandemic ni adalah salah satu cabaran yang mana diorang terpaksa bertindak dan berubah demi meneruskan bisnes diorang.

Sebelum saya pergi lebih jauh , saya nak korang fahamkan dulu apa yang dimaksudkan dengan umpan bisnes online ni. Jadi apa yang saya nak maksudkan dekat sini tentang umpan bisnes online ni adalah pikat hati audiens korang dengan promosi jualan. Contohnya, Kupon, sampel, kad kesetiaan, diskaun, tawaran berkembar dan lain-lain jenis promosi yang korang boleh guna untuk umpan audiens  korang.

Jom baca 5 Kepentingan “Umpan” Bisnes Online dekat bawah ni sekarang.

1)Tarik Pelanggan Baru

Okay sebab utamanya adalah ofkouslaa korang nak tambah pelanggan baru dalam bisnes online korang.  Yela takkan nak harap pelanggan yang sedia ada je betul? Okay dengan cara umpan ni korang boleh tarik lebih ramai audiens baru untuk jadi pelanggan korang. Bukan apa kebanyakkan sesetengah orang susah nak membeli dari satu2 brand atau produk lain yang mana diorang memang dah setia dengan brand atau produk yang dah sedia ada diorang guna. Jadi korang sebagai penjual bisnes online mesti mainkan peranan penting dan guna umpan ni untuk tarik lebih ramai pelanggan baru.

 2) Cipta Pelanggan Setia.

Tarik pelanggan baru tu dah bagus. Tapi jangan lupa pelanggan yang sedia ada ni. Ada tak korang jumpa pelanggan yang pernah membeli dengan korang, tetapi tak pernah repeat untuk beli lagi dengan korang? Susah bukan? Jadi ni jugak adalah sebab utama korang perlu guna umpan ni. Bukan senang nak buat orang setia dengan brand atau produk kita. Sebab tu korang kena pandai jaga dan ambil hati pelanggan sedia ada untuk umpan diorang. Dari situ jugak korang akan dapat repetation daripada pelanggan yang sedia ada.

3) Besarkan Database.

Pernah dengar “Database is a king”? Yes database pelanggan sangat penting! Lebih besar database korang lebih mudah untuk korang menjual. Ini juga salah satu kepetingan umpan dalam bisnes online.  Saya perhatikan ada sesetengah bisnes online yang tak ambil kisah dengan database pelanggan diorang. Bukan sebab saja tak ambik kisah tapi sebab tak tahu kepentingan database ni. Sebenarnya, database yang ada ni jugak lah memudahkan korang untuk engage dengan audiens korang supaya diorang ingat dengan brand korang. Bukan tu saja, diorang jugak akan nampak kekuatan brand korang ni sentiasa wujud, dan lekat dalam kepala diorang. Nak menjual dekat orang yang baru dengan produk kita ni bukan senang tau. Jadi umpan bisnes online ni yang memainkan peranan penting pada bisnes korang.

 4) Tingkatkan Sales

Setiap apa yang korang buat mestila ada matlamat dan sebab betul? Sama jugak macam umpan online bisnes ni ofkoss la sebab korang nak tingkatkan sales jualan korang betul? Dan bila korang tawarkan promosi yang lebih murah, lebih jimat, lebih berbaloi jadi lebih ramai la orang yang akan membeli dari korang.  Secara tak langsung boleh meningkatkan sales jualan korang 3x ganda. Kalau korang perasan,  dengan keadaan yang melanda negara sekarang memang orang berkira-kira sebelum diorang membeli.

 5)Tunjukkan Value.

Pelanggan zaman skrg ni sukakan penjimatan, sebut je promosi itu ini semua laju je nak beli. Disamping korang umpan diorang untuk beli produk atau servis berbaloi yang korang dah tawarkan, korang jugak boleh tunjukkan value yang pelanggan akan dapat. Yang mana boleh bantu diorang bila dah mengunakan produk/ servis yang korang tawarkan tu. Dari situ jugak korang boleh menyakinkan pelanggan korang untuk tetap membeli dan menjadi pelanggan yang setia pada brand korang.  Faham? Dapat ideanya?

So far itu saja yang boleh saya share. Jelas ke jelas sangat apa yang saya dah terangkan dekat atas ni? Korang nak tak more sharing tentang bisnes dari sifuBad? Kalau nak,  klik link dekat bawah ni sekarang.

KLIK DISINI SEKARANG!

 

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. Salman Mohamad says:

    Terbaik sifu

Program @ Sifubad

28/11/2020
Marketing From Zero 2.0
Virtual Online

31/05/2020
Marketing from Zero
Online Webinar

25/04/2020
The Foundr 5.0
Online Webinar

Follow Instagram @sifubad

Instagram requires authorization to view a user profile. Use autorized account in widget settings
NAK LAJU BISNES 2021
NAK LAJU BISNES 2021
Adakah anda usahawan yang nak laju, maju & nak buat comeback 2021 ini? Dapatkan new formula untuk bisnes anda disini!

SAYA NAK, SIFU!