7 CIRI2 YANG WAJIB ADA UNTUK DIGELAR FOUNDER!

“BUKANNYA SUSAH PON NAK JADI FOUNDER NI.. KITA START, JUAL SIKIT2 PASTU REKRUT LAH. 10-20K SENANG JE..” Inilah kesilapan pertama utk sesiapa yg ada mindset macam ni. 

 

“Tapi produk dia mmg tiptop, berkesan..” Yaa.. tapi org lain tak bole buat produk yg sama ke? Sebab itu mindset macam ni bisnes pun tak sampai setahun.. kecepekkk!

Kita buat bisnes, nak bisnes yg kekal–yg boleh turun ke anak cucu; bukan bisnes sekejap2. 

Mindset dan ciri2 founder itu akan jadi faktor utama samada bisnes dia akan naik atau ‘GONE’.. Betul tak? Takkan nak harapkan staff yg naikkan bisnes? Tu bukannya bisnes dia.. So, founder lah yg hanya bole tentukan arah tuju bisnes dia.

Harini kita share 7 CIRI2 FOUNDER YG WAJIB ADA! ..kalau nak bisnes berjaya..

 

#1 VISIONARY

Vision atau dlm bahasa mudahnya, wawasan / target korg 5 tahun akan dtg.. 10 tahun akan datang.Vision ni anda boleh asingkan personal & juga company..  Kalau company, wajib ber-TULIS dan di-JELASKAN kepada team sampai faham supaya dorang boleh sama2 laju ke destinasi vision anda..

 

 

#2 FOCUSED

Founder mesti sentiasa fokus pada impian dan goalnya. Dia juga susah nak ‘distracted’.. Gitu juga kalau gagal dalam sesuatu, dia fokus pada solusinya terus. Founder sebenar tak sempat nak menyesal, tak sempat nak frust, tak sempat juga nak menyalahkan orang, malah dia terus execute pada solusi.

 

 

#3 SPEED

Sentiasa nak jadi yg ‘first’.. itu ciri2 founder yg paling berjaya. Dia nak first yg capai ini.. first yang keluarkan produk itu.. sentiasa di hadapan, dan sentiasa di atas. SPEED je yg boleh dia ‘top of the game’. Ingat, Hanya Yang Laju Akan Maju. Laju dalam bisnes akan bagi banyak advantage dari segi strategi dan marketing.

 

#4 LEADERSHIP

Founder mesti tiptop dan mahir macam mana nak lead tim2 dia, macam mana nak atur strategi dan task2 tim dia. Apa yang perlu diutamakan dan apa yg perlu diberi perhatian. Itu ciri2 leader yg WAJIB ada pada founder. Team adalah reflek kepada leadernya. Jadi, leader harus tunjuk contoh yang terbaik, team pun akan jadi yang terbaik.

“LEAD BY EXAMPLE”

 

 

#5 AGGRESSIVE

Founder tak takut dengan risiko, tapi bukan semua risiko dia redah, hanya ‘Calculated Risk’– dia pandai gunakan data yang ada untuk buat decision. Dan bila dah decide, dia buat sampai jadi. Itu namanya aggressive. Aggressive juga dari segi persaingan. Founder tak takut nak compete, dengan adanya brand value dia tersendiri, kenapa perlu takut. Setuju?

 

 

#6 MOTIVATED

Founder mesti sentiasa motivated–energy selalu tinggi, baru anak2 kapal ikut. Kalau dia ‘down’ dia ada kemampuan nak motivate balik diri dia. TIPSNYA kena ada goal yg jelas. Apa kita nak capai dan bagaimana nak capai.

 

 

#7 KNOWLEDGEABLE

Bukan founder je, tapi nak jadi seorang MANUSIA yg berjaya mmg perlukan ilmu. Ilmu ni luas dan perlu dicari.. Bukannya suruh belajar semua ilmu yang ada dlm dunia ni, tapi fokus pada niche masing2.Founder yg berjaya selalunya sentiasa cuba tambah ilmu dan skill2 baru yang related dlm niche mereka.. Dari segi dalaman & juga luaran.. 

So kalau korg nak jadi manusia (founder) berjaya, KEEP LEARNING & TRUST THE PROCESS!

Semestinya ada ilmu yg cukup.. lagi bagus kalau terlebih. Rajin membaca, rajin menanya, rajin, buat study, ada mentor dia sendiri. Itu cara nak jadi knowledgeable. Result dia–tak senang kena tipu, yakin dgn strategi dia, dan cekap cara atasi masalah.

Ciri2 ni yg WAJIB ada kat semua founder. Jika anda seorang founder, mula kaji lebih mendalam lagi setiap satu ciri2 tu dan sentiasa improve diri sendiri.. InsyaAllah mesti boleh! Sy doakan.. Aaminn..

Share dgn saya ciri2 mana yg anda rasa anda perlu improve-kan lagi?

Komen kat bawah

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. Diya says:

    Nak berjaya dalam bisnes

Program @ Sifubad

28/11/2020
Marketing From Zero 2.0
Virtual Online

31/05/2020
Marketing from Zero
Online Webinar

25/04/2020
The Foundr 5.0
Online Webinar

Follow Instagram @sifubad

No images found!
Try some other hashtag or username
NAK LAJU BISNES 2.0
NAK LAJU BISNES 2.0
Adakah anda usahawan yang nak laju, maju & nak buat comeback 2021 ini? Dapatkan new formula untuk bisnes anda disini!

SAYA NAK, SIFU!