9 PUNCA KENAPA BUAT SALES TAPI TAKDA UNTUNG & TAK BALIK MODAL

Jumlah perniagaan yang gagal memang tinggi. Lagi2 golongan SME yg baru nak up kan bisnes mereka. Selalunya bisnes owner ni akan melingkup secara tak sedar bila, mereka terlalu kejarkan sales tapi dalam masa yg sama, bisnes owner tu dah ter- overspend dari bajet mereka. Sampaikan tak balik modal..

Ada tu, cost untuk rolling duit pun tak cukup.. Sampaikan terpaksa pinjam member2 famili2 untuk cover cost tu.. Itu pun ada yg tak sempat bayar balik tapi dah melingkup.. Aduhai sedihnya bila dengo.. Ni semua pengalaman yg diluahkan oleh student2 SifufBads sendiri.

“HMM KENAPA MACAM SAYA JE NI SIFUFBADS..”

Ni bukan auta semata-mata.. Ni adalah FAKTA.. Ramai di luar sana yg masih buat bisnes tapi TAK SEDAR kesalahan yg mereka buat.. Mereka BANGGA sales mereka byk dari org lain tapi tak sedar2, yg kos mereka pun sama byk dgn sales.. Akhirnya, dengo cerita.. Dah terkubur terus bisnes..

“ALAMAK BETUL LAH TU SAYA SIFUFBADS.. HEHEHE”

Takpa..  Salah tu benda normal.. Asalkan kita ada usaha untuk perbaiki salah kita tu.. Supaya takdelah langgar dinding bila buat bisnes tu.. So untuk kali ni, SifufBads nak DEDAHKAN 9 punca bila buat sales tapi tiada untung & tak balik modal.

Nak tahu tak apa dia? Okay anda WAJIB baca sampai habis jika anda nk tahu punca2nya.. Jangan SKIP tau..

1. SYOK SENDIRI BUAT MARKETING. TIADA PLANNING

Antara kesilapan terbesar yang kebanyakan founder bisnes buat.. Mereka main hentam kromo buat marketing.. Lepas tu syok sendiri rasa.. Tapi dalam masa yg sama, kos marketing meningkat dan overbudget. Sebab? Tak jelas dengan objektif marketing yg mereka jalankan.. Tiada strategi yg dirangkakan.. Jadinya, memang useless lah buat marketing..

2. STRATEGI DAH EXPIRED, DAH LAPUK

Kebanyakan owner bisnes ni, mereka sentiasa gunakan strategi yg sama berulang kali walaupun resultnya sebenarnya dah hampeh. Sebab mereka dah selesa sangat dan malas nak pikirkan strategi baru untuk naikkan sales mereka.. Kena ingat guys, strategi yang dulu belum tentu efektif pada masa sekarang.. Perlu sentiasa pikirkan strategi yang baru dan up to date..

3. MAIN SPEND TAPI TAK KIRA KOS

Antara kelemahan owner bisnes, mereka akan spend seberapa banyak untuk marketing dengan mindset, spend banyak untung banyak. Mereka hanya ambil tahu tentang sales yg bakal mereka dapat berbanding kos yg telah dileburkan. Bila dah dapat result, baru sedar sebenarnya dah overspend. Sebab apa? Sebab tiada planning yg betul dalam costing.

4. AUDIENCE TAK SPESIFIK

Pernah tertanya tak, “Dah invest banyak, tapi customer takde langsung!”.. atau “Orang dah tahu pasal produk aku tapi kenapa tak beli ea?..”. Kat sini berkemungkinan anda ter- target audience yang tidak sesuai untuk produk anda.. Anda kena paham, setiap produk atau servis mesti ada jenis audiencenya, atau lebih mesra dikenali sebagai customer avatar.. Kalau anda tak tahu siapa audience yg sesuai untuk niche bisnes anda, itu ibarat menjual tanpa arah.. Cuba bayangkan, anda ada target audience.. Mereka tentu mudah tertarik bila anda menjual dan promote produk melalui copywriting dan gambar.. Jenis2 audience ni based on:

Demografi – Ia berkaitan dengan umur, jantina, bahasa yg digunakan, status kahwin, status anak, pekerjaan dan lain2 lagi..

Geografi – Ia berkaitan dengan tempat tinggal, tempat kerja, tempat belajar audience

Psikografi – Ia berkaitan apa yang audience anda suka dan apa yang mereka tak suka..

Sosiografi – Yang ni berkaitan dengan brand anda seperti database, yang pernah engage di page dan instagram ada dan lain2..

5. LETAK HARGA IKUT SUKA HATI

Bila orang turunkan harga, kita pun turunkan juga.. Barulah boleh bersaing, baru dapat sales banyak.. Sebab ramai orang beli bila harga murah.. Tapi tak pikir pulak.. Dalam masa yg sama, bisnes tu dah nak kelaut dah.. Sebab apa? Sebab mereka ikutkan sangat orang lain sampai tak pikirkan kos yang kita kena cover bila turunkan harga.. Main hentam kromo je..

“ALAMAK SETEPEK KENA KAT SAYA NI SIFUFBADS.. HUHUHU”

6. TIADA DATABASE YANG KUAT

Antara kesilapan utama yg banyak dialami oleh business owner sekarang adalah tiada database customer mereka. Mereka ambil remeh tentang ni sedangkan database adalah kunci penting untuk bersaing pada zaman digital marketing. Jika tiada database yg kuat, anda akan sering habiskan duit untuk target audience yg baru..  Sebagai contoh, jika anda ada ingin buat promotion, anda boleh follow up kepada database yang sedia ada tentang promotion terbaru, dan boleh terus menjual.. Ia akan menjadi senang sebab mereka dah kenal dengan produk anda..

7. TERLALU HARD SELL

Bayangkan anda sebagai customer. Ada 2 seller yang datang kepada anda. Seller A ni terus bagitahu harga barang dan push2 anda untuk beli barang yang dia jual. Seller B pula dia terangkan dulu kelebihan2 produk dia kepada anda. Sambil tu, dia tunjukkan demo bagaimana ingin gunakan produk tersebut. Lepas tu, baru dia promote kepada anda. Yang mana satu anda pilih? Zaman digital marketing ni, audiencenya kebanyakan generasi Z. Mereka tak suka iklan yg bersifat hard sell.. Mereka mudah bosan atau arti kata lain, menyampah. Jadinya, anda perlu beralih dengan buat iklan yang lebih softsell berbentuk content.. Seperti contoh, anda boleh banyakkan content seperti tips2, live, info berkaitan produk anda.. Jadi, dari sini secara tidak langsung, anda dapat educate audience tentang produk anda..

8. FOKUS 1 CHANNEL

Dalam era 4.0 ni, kalau fokus 1 channel sahaja, alamatnya memang bisnes anda akan ketinggalan.. Anda perlu buat integrated marketing.. Dan kalau nak tambahkan perisa lagi, anda perlu buat digital marketing.. Perlu ada lebih dari 1 channel.. Online ke Offline, Offline ke Online.. Ni tak, orang lain dah buat itu ini, anda baru nak terkedek-kedek buat..

9. SALES FUNNEL TAK KUAT

Mindset kebanyakan founder bisnes, mereka selalu fikir 1 customer 1 sales. Mereka tiada plan untuk menggandakan sales untuk setiap 1 customer.. Antara plan yg efektif adalah Sales funnel.. Sales funnel ni adalah satu corong yang membuatkan 1 customer akan membeli dengan kita berkali kali. Seperti contoh, jika anda makan di Sushi King, anda mesti rasa nak makan kat situ banyak kali kan? Sebab? Sushi King selalu offer voucher atau coupon kpd anda.. Supaya anda kerap datang ke kedai mereka..

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. Saya ingin mengikuti kelas ROI Chapter standard

Program @ Sifufbads

29/09/2018
HIIM PREMIER
IDCC Shah Alam

24/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

20/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

Follow Instagram @sifufbads

  • Bukan setakat perlu jaga2 dgn kos overhead je bukan setakat
  • Apa maksud 3 Jari tuuu  SWIPE LEFT  Penting
  • WALAUPUN KEDAI PERNAH DISIHIR ITU TIDAK MENJADI NOKTAH UNTUK BOOST
  • Antara sebab susah nak closing adalah kerana prospek tak nampak
  • Nak jual produk of course la kene ada knowledge pasal
  • DULU PERNAH KENE TIPU LESAP BERPULUHPULUH RIBU DUIT TAPI SEKARANG
  • NOW OPEN  KINI SEAT ROI CHAPTER CLASS DAH DIBUKA!
  • NOW OPEN  KINI SEAT ROI CHAPTER CLASS DAH DIBUKA!
  • NOW OPEN  KINI SEAT ROI CHAPTER CLASS DAH DIBUKA!
[Free Video] Founder’s Foundation
[Free Video] Founder’s Foundation

Didedahkan! Founder’s Foundation Video Yang Bakal Menyelamatkan dan “Mengangkat” Bisnes Anda dari Hampir Mati Kelemasan di Benam Lumpur! Anda bakal pelajarinya dalam video bersiri ini.. dan ianya PERCUMA jer..