9 Langkah Bagaimana Bina Iklan FB Untuk Dapatkan Like

 

bina-fansMasih tidak tahu bagaimana untuk membina ‘fans’ di page anda? kali ini saya terangkan Step-by-Step bagaimana membina iklan untuk tarik like ke page anda.

Selepas ini tiada lagi alasan mengapa like ataupun fans di page anda sedikit sahaja. Ikuti 9 Langkah mudah satu per satu seperti di bawah ya….!

1. Klik pada butang ‘gear’ pada atas paling kanan di Facebook Profile anda dan pilih “Create Ads” atau boleh sahaja taip adress ini https://www.facebook.com/ads/create di browser anda.

01

 

2. Apabila keluar paparan seperti ini, Pilih ‘Page Likes’. Iklan ini bertujuan untuk tarik ‘Like’ sahaja.

02

 

3. Selepas itu pilih ‘Page’ yang anda ingin tingkatkan likes ataupun yang anda ingin fokus kepada pembinaan ‘Fans’.

03

 

4. Setelah itu akan keluar paparan seperti ini, anda boleh masukkan maksimum 6 gambar promosi anda. Saiz yang anda sesuai adalah ‘600’ x ‘225’ pixels. Sila rujuk dalam gambar untuk keterangan setiap ‘button’ secara terperinci.

04

 

5. Untuk step seterusnya, anda perlu memilih paparan jenis apa yang anda inginkan. Maksudnya ialah bentuk bagaimanakah iklan anda akan muncul pada audience nanti. Ada 3 jenis paparan iaitu
….Newsfeed,
….Sidebar (Juga dipanggil Right Column), dan
….Mobile Newsfeed.

Namun tidak semua orang akan ada function ‘Mobile Newsfeed’. Bergantung kepada akaun facebook masing-masing.

Bagi mereka yang tiada fungsi ‘Mobile Newsfeed”, anda boleh pilih samada inginkan Paparan Newsfeed atau pun Paparan rigt column. ( dinasihatkan tidak mencampurkan kedua-dua jenis iklan)

Gambar 05
6. Teruskan dengan langkah membina Campaign, Budget, dan juga Bid untuk iklan anda. Di sini saya paparkan contoh bagi oCPM, CPM, dan CPC.

a) Untuk iklan oCPM (optimized cost per impression), Click ‘New Campaign’. Kemudian Nama iklan yang ada inginkan. Seterusnya letak ‘budget’ yang anda inginkan, sebagai contoh di sini saya letakkkan budget sebanyak RM5.

oCPM

Letakkan setting ‘Bidding’ kepada ‘Bid For Page Likes’, dan iklan anda akan di set kepada OCPM.

07

 

b) Untuk iklan CPM pula, namakan Campaign anda. Kemudian Letakkan ‘Daily Budget sebagai contoh RM15. Pada ‘Bidding and Pricing’ pilih ‘Bid for Impressions. Iklan anda telah di set sebagai bid CPM.

Untuk bid pula, anda boleh letakkan nikai yang anda mahukan, sebagai contoh. RM0.50 sebagai bid permulaan, Sekiranya iklan perlahan, naikkan bid anda. Jika perlahan juga naikkan lagi sedikit demi sedikit.

08

 

c) Untuk iklan CPC pula, Selepas masukkan nama ‘Campaign’, ‘budget’, ‘bidding’ dan ‘pricing. Letakkan ‘Daily Budget’, sebagai contoh RM30.

Pada ‘Bidding Pricing’, letakkan setting pada ‘Bid For Clicks’ . Kemudian pilih ‘Manually set Your Maximum Bid For Clicks (CPC)’. Letakkan nilai maksimum bid anda mahukan, contohnya RM0.09.

09

 

8. Paparan ini akan muncul selepas ‘Review Order’. Letakkan ‘Ad Name’ atau nama iklan untuk rujukan anda. Semak butiran iklan anda sebelum klik ‘Place Order’.

10

9. Selepas anda klik pada button ‘Place Order’. Akan keluar paparan seperti di bawah ini.

SELESAI….!

11

 

 

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. taufik bin nasir says:

    Terima kasih sifu.semoga murah rezeki..amin

  2. Terima kasih untuk perkongsian!

  3. fara says:

    sifu jamal, saya dah penah beli applikasi facebook dan ada juga mengikut langkah-langkah yang sifu tuliskan ni tapi hasil masih hampa. adakah jalan lain utk saya perbaiki jualan saya sifu?mohon sangat-sangat tunjuk ajar sifu jamal

    1. Ikuti seminar saya di masa akan datang.

  4. Dr.Cermin says:

    Sukses! Terima kasih kerana sudi share ilmu sifu!

  5. Hafiz says:

    Assalamualaikum tuan Jamal.. Terima kasih atas ilmu yang dikongsikan.. Saya ada 1 soalan.. Bilakah waktu/masa yang sesuai untuk kita mulakan FBads ini?

    Terima kasih.

    1. Waktu terbaik ialah time gaji. Pause iklan pada waktu malam.

      1. Hafiz says:

        Hehe.. Ok tuan.. Tuan, kalau nak delete iklan pun, just pause iklan je kan?

        1. Ya, pause sahaja. tak perlu delete.

  6. Zolkie says:

    Alhamdulillah ilmu yang sangat bermanfaat. Terima kasih bebanyak tuan 🙂

  7. zita says:

    Maknanya kita perlu pause semua iklan kita waktu malam? kenapa ya?

  8. AziZul says:

    As’salammualaikum Tuan Sifu Jamal, saya dah follow 9 step dah berjaya post, selang 2, 3 jam post ada reach tetapi tiada click, FB srankan naikkan CPC per click, OK, tetapi kenapa tiba2, picture ada problem size, walhal sebelum ini x masalah, boleh sifu terangkan, maaf dan terima kasih sifu.

  9. Daud Mohamad says:

    Terbaik Sifu Jamal. Lagenda Jutawan Facebook memang BEST!

    Nak Kurus Cara Sihat

  10. imah says:

    salam tuan jmal,bagaimana langkah pertama yg perlu dibuat untuk lariskan marketing

  11. Zaini says:

    Terima kasih tuan. Tips yang berguna.

  12. […] 9 Langkah Bagaimana Bina Iklan FB Untuk Dapatkan Like […]

Comments are closed.

Program @ Sifufbads

19/01/2019
ROI Chapter
IDCC, Shah Alam

13/01/2019
Missing Chapter Reloaded
IDCC Shah Alam

29/09/2018
HIIM Premier
IDCC Shah Alam

Follow Instagram @sifufbads

  • Zaman sekarang ni tak boleh bergantung pada satu platform je
  • Jika SifufBads nak wujudkan spesifik modul IG ADVERTISING! Yg bakal
  • Ilmu takkan kejar kita kita yang kene kejar ilmu Kalau
  • Audiens selalu curang? Dulu tiap2 hari like post siap komen
  • LIVE  JIKA arini pukul 230 PM live special dari
  • NAMANYA SELARI DENGAN ACTION ITULAH DIA DJ FUZZ! FUZZ ACTION
  • LAUNCH  FINALLY MCIG MISSING CHAPTER  IG ADVERTISING TELAH
  • LAUNCH  FINALLY MCIG MISSING CHAPTER  IG ADVERTISING TELAH
  • LAUNCH  FINALLY MCIG MISSING CHAPTER  IG ADVERTISING TELAH
MISSING CHAPTER IG ADS
MISSING CHAPTER IG ADS

Ketahui 5 Sebab kenapa Anda Patut Mulakan Instagram Advertising Tahun 2019 Ini, Atau Terus Biarkan Bisnes Anda “Tertinggal”Isi Form di Bawah Sekarang!