SifuBad

1-2 November 2023, Business Planning Chapter

SifuBad Story

SifuBad ditubuhkan pada tahun 2012 oleh Jamaluddin Bahari, atau lebih dikenali dengan nama Sifu Jamal.

Beliau yang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang STRATEGI PEMASARAN dan STRATEGI BRANDING, telah membantu ramai usahawan dan pemilik perniagaan di seluruh Malaysia, termasuk Brunei, Singapura dan Indonesia dengan wujudnya SifuBad.

Menerusi Seminar, Kelas dan Konsultansi yang disediakan oleh SifuBad, ratusan ribu usahawan dan pemilik perniagaan telah dibantu dan juga ramai usahawan yg telah berjaya capai jualan 6 – 7 angka sebulan!

Antara jenama terkenal yang telah bersama SifuBad Tribe adalah seperti De’xandra, Mamadil, Dian Pixy, Wawa Cosmetic, Chanrakter, Kekasih, Pasta Panas dan banyak lagi.

Bermula tahun 2017, SifuBad diberi peluang untuk menjalankan program-program latihan dalaman kepada badan-badan kerajaan, korporat dan juga syarikat SME.

Dengan kepakaran yang ada pada SifuBad dan kerjasama dari pihak-pihak bertanggungjawab seperti PSMB, MARA, MDEC, FAMA, INSKEN dan lain-lain, hasrat SifuBad untuk membantu lebih ramai usahawan dan pemilik perniagaan. Dan kini, SifuBad….

YOUR MARKETING & BRANDING STRATEGY GURU!

Sifu Jamal atau nama sebenarnya, Jamaluddin Bahari adalah Pengasas dan Pengarah kepada Sifufbads Sdn Bhd. Beliau yang berimpian besar untuk menjadi jutawan internet, mula menceburi bisnes internet sejak tahun 2008 lagi.

Selepas beberapa tahun, jatuh bangun beliau dalam bidang STRATEGI PEMASARAN dan STRATEGI BRANDING mula menampakkan hasil.

“SATU HARI NANTI, SAYA AKAN JADI JUTAWAN INTERNET!”

Sifu Jamal di ketawakan apabila beliau memberitahu impian beliau untuk jadi Jutawan Internet kepada beberapa orang kawannya.

Beliau yang berimpian besar dan tidak mudah mengalah, mula menceburi bisnes online secara sambilan pada tahun 2008.

Oleh kerana tiada modal yang cukup, Sifu Jamal menghasilkan produk pertama yang tidak menggunakan kos seperti e-book & e-video.

Awal 2 minggu pertama sejak produk pertamanya dilancarkan, Sifu Jamal masih gagal untuk mendapatkan pembeli.

Beliau yang self-taught, tidak berputus asa mencari strategi dan teknik yang berkesan sehinggalah produk RM30 nya itu, mula mendapat sambutan. Sifu Jamal bergerak lebih agresif dengan menghasilkan e-book kedua dan seterusnya. 

Lebih kurang tujuh e-book sendiri dan hasil kerjasama syarikat lain telah dihasilkan sepanjang beliau terlibat dalam bidang ini.

Selain itu, Sifu Jamal juga aktif memasarkan produk-produk orang lain seperti Jam Azan, Quran Digital, Pengorek Telinga dan beberapa produk fizikal yang lain.Dengan ilmu dan pengalaman yang ada pada Sifu Jamal ketika itu, beliau mula menganjurkan seminar tentang E-book dan Email Marketing.

Pada tahun 2011, Sifu Jamal mengambil keputusan untuk lebih serius dalam bidang STRATEGI PEMASARAN dan STRATEGI BRANDING dengan menjalankan kajian yang lebih terperinci tentang strategi, teknik, penulisan dan banyak lagi benda berkaitan.

Akhirnya pada tahun 2012, Sifu Jamal mula menjalankan kelas dan seminar untuk berkongsi sebahagian besar strategi dan teknik yang beliau sendiri gunakan pada produk beliau.

Pada awalnya, hanya 20 orang sahaja yang menyertai kelas beliau. Tapi dengan semangat untuk berjaya dan keyakinan pada ilmu yang beliau kongsikan, semakin ramai yang sertainya dan mereka dari pelbagai jenis kategori bisnes.

Kepakaran Sifu Jamal mula membuka mata syarikat-syarikat swasta dan badanbadan kerajaan seperti syarikat Insurans, Pusat Pungutan Zakat, PERMATA dan pelbagai agensi lain.

Beliau sering dijemput untuk berkongsi tentang strategi dan teknik pemasaran yang beliau gunakan.

‘KELAHIRAN’ SIFUBAD DALAM BIDANG STRATEGI PEMASARAN & STRATEGI BRANDING!

Disember 2012, Sifu Jamal dijemput oleh seorang sahabatnya, Tuan Zamri Nanyan untuk menjadi speaker di Konvensyen Pakar Internet. Ketika itu, Sifu Jamal tercari-cari nama brand yang sesuai untuk dipromosikan di konvensyen tersebut.

Di saat-saat akhir, beliau mendapat idea untuk menggunakan nama yang relevan dengan topik yang akan dikongsikan, iaitu SifuFBAds. Nama tersebut akhirnya melekat dan menjadi fenomena dalam dunia pemasaran online.

Bermula saat itulah SifuBad ‘dilahirkan’!

Sifufbads Sdn Bhd didaftarkan secara rasmi di SSM pada Mac 2013 dimana memfokuskan kepada latihan dan konsultansi dalam bidang STRATEGI PEMASARAN & STRATEGI BRANDING.

Awal penubuhan SifuBad, Sifu Jamal hanya mampu menyewa sebuah bilik kecil di Bandar Tasik Selatan dan membayar dua kakitangan.

Dalam masa setahun setengah selepas SifuBad ditubuhkan, Sifu Jamal berjaya merekrut lagi 12 kakitangan baru untuk bersama-sama SifuBad untuk membantu lebih ramai usahawan dan pemilik perniagaan.

Dari 20 – 30 orang yang menyertai kelas pertama Sifu Jamal, meningkat ke 500, kemudian 1000, 3000, 5000 dan rekod tertinggi adalah lebih 10 ribu orang yang datang bukan sahaja dari Malaysia, tapi ada juga dari Indonesia, Singapura dan Brunei. 

Sifu Jamal adalah seorang yang suka memberi lebih tak kira di kelas yang mahal ataupun seminar yang free. Walaupun jam di dinding menunjukkan pukul 2:30 pagi, beliau masih dikerusi “God-Father” nya menyampaikan ilmu kepada pelajar beliau seolah tidak mengenal erti mengantuk.

Mungkin inilah kelebihan yang diturunkan kepada guru yang betul-betul ikhlas menyampaikan ilmu . Satu demi satu kejayaan alumni-alumni SifuBad yang beliau saksikan. Sehingga harini ini, Sifu Jamal bersama SifuBad telah membantu lebih dari 100,000 usahawan dan pemilik perniagaan di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia dan lebih 100 alumni telah mencapai Jutawan.

Antara pemilik bisnes yang pernah di bimbing oleh Sifu Jamal adalah Dila Mamadil, Erna De’xandra, Dian Pixy, Wawa Zainal, Syatilla Melvin dan banyak lagi! Mereka sentiasa menghormati Sifu Jamal kerana pernah menjadi guru yang banyak membantu dalam perubahan bisnes mereka.

 

Dengan pengalaman membimbing pelbagai jenis kategori bisnes, Sifu Jamal juga menulis & menerbitkan buku-buku yang relevan dengan strategi pemasaran dan branding berdasarkan pengalaman beliau. Lebih 20 buah buku yang telah diterbitkan dan lebih 100,000 unit yang telah terjual sejak dari tahun 2017!

Beliau yang semakin aktif dalam dunia perniagaan, mula dikenali oleh ramai orang-orang hebat.

Disitulah Sifu Jamal menjalankan networking dengan ikon dan pemain industri yang hebat seperti Dato’ Husammudin (Pengasas Kumpulan Karangkraf), Datuk Seri Syed Zainal Abidin, Dr Ari Ginanjar (Pengasas ESQ), Prof. Muhaya dan ramai lagi untuk bekerjasama dalam satu program. 

Sifu Jamal juga pernah dijemput utk berkongsi di NLKO TV9, ASSALAMUALAIKUM TV Al Hijrah dan pelbagai lagi coverage dari media. Bukan itu sahaja, badan badan kerajaan dan korporat juga banyak menjemput beliau dalam program-program latihan dalaman.

“Terus terang saya cakap, bukan senang untuk bawa SifuBad berada di tahap sekarang ini..” 

Itulah yang pernah disebut oleh Sifu Jamal sendiri selepas beliau berjaya mendapat beberapa penghargaan individu seperti..

Sifu Jamal percaya mampu membawa SifuBad menjadi penyedia latihan dan konsultansi STRATEGI PEMASARAN & STRATEGI BRANDING paling dipercayai dan terbukti di peringkat Asia dan seterusnya ke peringkat dunia.

“Hanya yang laju akan maju!”

- Sifu Jamal -