Ketakutan paling dalam seorang founder jarang disebut. Depan-depan, founder biasanya bercakap tentang sales, marketing, team dan competition. Tetapi jauh di dalam hati, ada satu ketakutan yang jarang diluahkan – ketakutan bahawa semua usaha, masa dan pengorbanan yang telah diberikan selama bertahun-tahun mungkin tidak cukup untuk bertahan dalam persaingan yang semakin sengit. Ketakutan bahawa pesaing yang lebih pantas dan lebih strategik akan memintas, dan suatu hari nanti bisnes yang dibina dengan penuh perjuangan ini boleh runtuh.
Mungkin korang kenal, mungkin korang baru nak kenal bukan? Ok la, serba sedikit tentang saya.