Refund Policy

1. Bayaran penyertaan yang dikenakan untuk Seminar Sifubad adalah seperti yang tertera di Website Sifubad.

2. Jika peserta membatalkan penyertaan atau tidak hadir pada hari seminar, wang pembayaran tidak akan dipulangkan.

3. Pertukaran nama peserta pada saat akhir akan dikenakan penalti sebanyak RM 50.00.

4. Sebarang rakaman audio, video, kamera atau seumpamanya tidak dibenarkan sepanjang seminar dijalankan. Sifubad Sdn Bhd berhak mengambil tindakan sewajarnya dengan merampas sebarang peralatan rakaman yang digunakan sekiranya peraturan ini tidak dipatuhi oleh peserta. Melainkan jika diberikan peluang untuk mengambil gambar slot-slot tertentu dari pihak Sifubad.

5. Penganjur melarang mana-mana pihak dari mengadakan program atau latihan seumpama program ini atau menggunakan nama kaedah seumpamanya tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penganjur iaitu Sifubad yang merupakan pemilik sah harta intelek berkaitan dengan seminar ini.

6. Penganjur melarang sebarang kegiatan seperti mengambil data/butiran peserta, mengedar risalah, menjual barang atau apa-apa jua aktiviti yang tidak mendapatkan kelulusan bertulis daripada penganjur sama ada di dalam atau di luar kawasan di mana program ini diadakan.

7. Peserta dikehendaki memastikan bahawa telefon bimbit di dalam keadaan ‘silent mode’ untuk mengelakkan sebarang gangguan semasa seminar ini dijalankan.

8. Penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta seminar yang mengingkari atau melanggari mana-mana syarat penyertaan dinyatakan di atas dengan serta-merta dan yuran penyertaan seminar ini tidak akan dikembalikan kepada peserta.

9. Susun atur tempat duduk di dalam dewan sepanjang program ini berjalan adalah diasingkan di antara lelaki dan wanita. Sila patuhi arahan papan tanda dan pegawai bertugas.

10. Hanya peserta yang berumur 18 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan menyertai program ini. Bayi dan kanak-kanak dilarang memasuki dewan seminar.