SifuFBads.com adalah satu blog khas yang dimiliki oleh JaMaL, yang juga Pengarah Urusan bagi syarikat SIFUFBADS SDN. BHD.

Blog ini disediakan khas oleh beliau bertujuan untuk menyebarkan ilmu berkenaan pemasaran facebook kepada rakyat Malaysia. Ini adalah sumbangan ikhlas dari Encik JaMaL untuk masyarakat setelah melibatkan diri lebih 5 tahun dalam bidang pemasaran internet ini.

“Sifufbads.com ini salah satu sumbangan saya untuk memandaikan bangsa dalam dunia pemasaran internet.” – JaMaL

Siapa JaMaL?

Sifu JaMaL, bukan nama asing lagi dalam dunia pemasaran internet. Beliau merupakan mentor #1 dalam pemasaran FB di M’sia. Beliau berpengalaman lebih kurang 8 tahun dalam arena pemasaran internet.

Beliau juga adalah pengarah dan juga pengasas syarikat Sifufbads Sdn Bhd. Syarikat ini dibina khas bagi menyediakan program-program latihan seperti seminar, kelas, konsultansi dalam bidang pemasaran internet.

Beliau juga adalah pengarah kepada 5 syarikat sendirian berhad yang berbeza. Beliau terlibat dalam beberapa bisnes yang berbeza.

Beliau adalah seorang mentor “WALK THE TALK”. Beliau berpengalaman dalam bermacam-macam jenis bisnes di internet sejak 2008 lagi.

Sifu Jamal berpengalaman dalam penganjuran seminar dalam bidang pemasaran internet yang mana sudah lebih 10 ribu orang telah hadiri seminar yang diadakan.

Beliau telah berkongsi ilmu-ilmu pemasaran internet, terutamanya ilmu pemasaran facebook kepada beratus-ratus ribu orang tak kira melalui facebook, blog, mahupun seminar-seminar yang dianjurkan. Anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini mengenai seminar dan tips fb ads di fanpagenya, SifuBad.

Beliau juga merupakan seorang penulis buku dalam topik pemasaran internet. Anda boleh dapatkan buku-buku terbitan SifuBad DI SINI. Buku-buku ini juga boleh didapati di kedai-kedai buku popular di seluruh negara.

Melalui program latihan dan mentoring yang disediakan oleh pihak sifubad, ribuan usahawan-usahawan berjaya dihasilkan. Dan ramai juga berjaya bergelar jutawan facebook dalam masa setahun selepas berguru dengan sifu Jamal. Ada jutawan produk makanan, ada jutawan pakaian, ada jutawan kosmetik, jutawan produk kesihatan, dan macam-macam lagi.

Misi sifu Jamal pada 2016 ini, melahirkan 50 jutawan facebook. Adakah anda salah seorang darinya?