11 PERKARA YANG FOUNDER PERLU BUAT, UNTUK MARKETING TAHUN 2025!
Marketing hari ini tak sama macam dulu! Kalau nak bisnes kita stay relevan, kena up-to-date dengan cara baru, tools baru, dan strategi baru.
Marketing bukan lagi hanya run iklan dan harap orang beli, tapi satu game yang perlukan planning yang tersusun dengan betul.
Jadi, apa yang korang perlu ada untuk game marketing 2025 ni? Jom kita tengok satu per satu…
1. Marketing Perlu Sistem, Baru Laju & Maju
Korang kena ada sistem dalam marketing. Takde sistem, confirm akan slow dan terkapai-kapai.
Sistem ni bukan je buat kerja jadi cepat, tapi bagi kita clear direction.
Nak buat iklan, nak manage content, nak measure result—semua ni kalau takde sistem, habis porak-peranda.
Sistem marketing ni termasuklah CRM, content management, dan tracking tools.
Dengan sistem yang solid, korang dapat streamline proses, automate mana yang boleh, dan lebih fokus pada kerja yang betul-betul penting.
Bila ada sistem yang padu, kita boleh trace customer journey dengan lebih jelas.
Dari first touch sampai la close sale, semua langkah dalam flow tu boleh dipantau.
Sistem ni juga memudahkan kita untuk identify mana-mana bottleneck yang buat sales korang tersekat.
Bila tahu kat mana problem, lagi senang nak buat improvement.
2. Sales Pun Boleh Dioptimakan, Kalau Ada Sistem
Sistem sales yang padu akan bantu tingkatkan conversion rate.
Tak kisah la korang jual produk fizikal atau digital, kalau ada SOP yang betul, pipeline yang jelas, sales jadi smooth.
Customer pun akan rasa best bila flow tu teratur.
Sales pipeline yang jelas boleh bantu team korang buat follow-up dengan lebih efektif.
Kalau ada tools yang integrate dengan CRM, semua data customer boleh dikumpulkan kat satu tempat.
Selain tu, training team sales pun penting supaya diorang boleh follow SOP yang ada.
Bila team korang faham setiap step dalam pipeline, daripada initial contact sampai la close deal, confirm sales jadi lebih efisien.
Jangan lupa untuk gunakan AI dan automation dalam sales jugak, sebab tools ni boleh bantu dalam scoring leads dan follow-up secara automatik.
3. Funnel Dulu Sebelum Advertising, Baru ROI Power
Buat advertising ni bukan semborono je. Kalau korang tak prepare funnel yang jelas, cost per acquisition (CPA) confirm mahal.
Nak murah?
Sediakan funnel yang best siap-siap, nurture audience, pastikan dia orang masuk dalam flow yang korang dah susun.
Baru la boleh scale ads dengan ROI gempak.
Funnel ni kena ada awareness, consideration, dan conversion stage. Setiap stage ni kena ada content yang sesuai untuk nurture audience korang.
Korang juga kena buat retargeting ads untuk audience yang dah pernah engage tapi belum convert.
Retargeting ni penting supaya korang boleh follow-up dengan orang yang dah tunjuk minat tapi belum buat keputusan.
Gunakan content yang relevan pada setiap stage untuk push mereka ke tahap seterusnya dalam funnel.
Jangan lupa juga untuk buat A/B testing pada setiap step dalam funnel, dari copywriting sampai la landing page.
4. Nak Main International? Focus Niche Kena Kecik
Market international ni besar gila. Kalau korang nak conquer, kena spesifik niche.
Fokus pada target yang betul-betul kecil tapi berpotensi tinggi.
Bila niche fokus, positioning jadi lebih jelas dan lebih senang nak penetrate market tu. Jangan tamak, kecilkan niche, besarkan impak!
Contohnya, kalau korang jual produk skincare, jangan fokus pada semua orang.
Mungkin boleh fokus pada orang yang ada masalah kulit sensitif, atau orang yang cari produk vegan.
Dengan niche yang jelas, korang boleh design marketing message yang lebih tepat dan relatable.
Orang akan lebih percaya kalau mesej yang korang sampaikan tu memang kena dengan masalah atau keperluan mereka.
Selain tu, korang juga boleh lebih mudah jadi authority dalam niche tersebut, sebab korang tak bersaing dengan terlalu banyak brand besar yang target audience lebih general.
5. Staff Marketing Kena Kuasai AI & Sistem, Kalau Tak…
Zaman sekarang, marketing tanpa AI macam hidup tanpa internet.
Tools AI bantu buat kerja jadi lebih laju, lebih tepat. Staff marketing kena paham guna AI, automation dan juga sistem yang ada.
Kalau tak, jawatan tu mungkin tak relevan dalam masa 2-3 tahun lagi.
Upgrade skill atau bersedia untuk jadi obsolete. AI ni bukan setakat chatbot je, tapi lebih dari tu.
AI boleh bantu dalam content creation, audience analysis, dan predictive analytics.
Staff kena tahu guna AI tools macam ChatGPT untuk copywriting, Midjourney untuk design, dan lain-lain tools yang boleh bantu percepatkan proses.
Selain tu, automation tools macam Zapier boleh integrate berbagai sistem dan buatkan kerja jadi lebih lancar tanpa perlu buat manual.
Skill yang relevan dengan teknologi ni akan buat staff korang lebih valuable dalam team, dan bisnes korang pun lebih bersedia untuk future challenges.
6. Persona Kena Ada, Untuk Tackle Audience Dengan Tepat
Nak buat marketing kena ada persona. Persona ni penting untuk korang faham siapa audience sebenar korang.
Untuk audience baru, korang boleh guna konsep ‘slumdog millionaire persona’—basically orang yang bermula dari bawah tapi ada impian besar.
Persona ni relatable, dan senang connect dengan kebanyakan orang yang struggle nak upgrade life.
Korang kena buat research tentang demografi, minat, behaviour, dan pain point audience korang.
Dengan persona yang jelas, content korang akan jadi lebih targeted dan efektif.
Korang boleh buat content yang memang jawab terus masalah audience tu.
Sebagai contoh, kalau target audience korang adalah ibu muda yang sibuk, buat content yang tunjuk macam mana produk korang boleh bantu jimat masa atau mudahkan kerja harian.
Persona yang baik akan bantu dalam semua aspek marketing, dari copywriting sampai la kepada produk development.
7. Branding Buat Bisnes Kekal Lama & Dapatkan Premium Pricing
Branding bukan setakat logo lawa atau tagline power.
Branding ialah persepsi audience terhadap bisnes korang.
Kalau brand korang trusted, orang sanggup bayar lebih sebab value yang diorang nampak.
Jangan skip branding kalau nak sustain dalam market lama.
Branding ni adalah apa yang membezakan korang dengan competitor, dan apa yang buat customer rasa connected dengan brand korang.
Korang kena buat brand story yang kuat.
Cerita yang boleh buat audience rasa emotional connection.
Bila ada connection, diorang lebih cenderung untuk beli dan terus support brand korang. Selain tu, branding juga melibatkan customer experience.
Dari cara korang layan customer, packaging, sampai la selepas sales support, semua ni contribute pada branding korang.
Jadi, pastikan setiap touchpoint customer dengan brand korang beri pengalaman yang positif.
8. Collaboration Adalah Game Marketing Terkuat
Dari dulu sampai sekarang, collab adalah salah satu strategi paling power.
Kolaborasi dengan brand lain, influencer atau mana-mana pihak yang relevan, akan beri impak besar pada exposure dan credibility.
Jangan main solo, cari peluang untuk collab.
Kolaborasi ni boleh bantu korang reach audience yang baru dan juga dapat credibility dari pihak yang korang collab dengan.
Contohnya, collab dengan influencer yang sesuai dengan niche korang.
Influencer ada audience yang trust dengan diorang, jadi bila diorang recommend brand korang, credibility korang pun naik sekali.
Selain influencer, korang juga boleh buat cross-promotions dengan brand lain yang tak compete tapi complement produk korang.
Ini akan bagi exposure lebih besar dengan effort yang minima.
9. Nak Collab, Kena Jadi Pemberi Nilai Dulu
Nak orang collab dengan kita, kita kena bagi value dulu. What you give, you get back.
Jadi, jangan kedekut nak share ilmu, share resource, atau bantu orang lain.
Bila kita memberi, insyaAllah orang lain pun akan tertarik nak collaborate dengan kita.
Bagi value ni boleh jadi macam bagi content education, bantu promote brand orang lain, atau pun offer sesuatu yang diorang perlukan.
Korang juga boleh start dengan buat collaboration kecil, seperti webinar bersama atau buat giveaway.
Bila orang lain nampak korang willing untuk share dan bagi nilai tanpa expect apa-apa balik, diorang akan lebih terbuka untuk bekerjasama dengan korang.
Bila dua-dua pihak dapat manfaat, collab tu akan jadi lebih successful dan berterusan.
10. Automation Dalam Marketing
Banyak task marketing hari ni boleh di-automationkan.
Dari email follow-up, sampai la social media posting, semua boleh automate dengan tools yang betul.
Jimat masa, jimat tenaga, tapi result tetap padu.
Cuma kena tahu tools mana yang sesuai dan sistem macam mana nak guna.
Email marketing, contohnya, boleh automate follow-up dan nurturing sequence.
Korang boleh set up email series untuk educate dan nurture leads sampai la dia bersedia untuk beli.
Selain email, social media pun boleh di-automationkan.
Scheduling tools macam metricool boleh bantu korang schedule post untuk seminggu atau sebulan terus.
Dengan cara ni, korang boleh fokus pada strategi dan engagement tanpa perlu risau pasal posting setiap hari.
Tapi jangan lupa, automation tak bermaksud semuanya robotik. Korang tetap kena maintain human touch dalam komunikasi dengan audience.
11. Minimize Kos Operation, Fokus Pada High Result, Small Effort
Zaman sekarang ni, kena fikir cara untuk minimize kos operation.
Staffing tu salah satu kos besar, jadi hire orang yang terbaik untuk posisi yang crucial je.
Selebihnya leverage pada teknologi dan sistem.
Bila guna tools dan sistem dengan bijak, effort kecil pun boleh dapatkan result besar.
Sambil jimat kos, sambil maintain quality output.
Korang kena tahu macam mana nak optimalkan team korang supaya kerja jalan dengan efektif walaupun team kecil.
Selain tu, outsource kerja yang tak perlu buat in-house. Contohnya, graphic design atau copywriting boleh je hire freelancer.
Dengan cara ni, kos operation korang lebih fleksibel dan tak terlalu terbeban dengan gaji tetap.
Leverage teknologi macam AI dan automation untuk kurangkan kerja manual, jadi staff korang boleh fokus pada kerja yang bagi impak besar.
Okay, tu je nak share. Harap korang belajar sesuatu
Itulah dia 11 perkara yang korang wajib ada dalam marketing tahun 2024-2025 ni.
Dunia marketing ni laju, kalau korang lambat sikit, tertinggal bas terus.
Jadi, cepat-cepat adapt dengan trend baru ni dan selamat maju jaya untuk bisnes korang!
Kalau korang ada pendapat atau nak tambah lagi tips, jom komen kat bawah.
Abaya Trendy
Advantages of Workouts