|

USAHAWAN BISNES KENA TAHU 3P NI, KALAU NAK BISNES GROW LEBIH LAJU!

Korang pernah dengar tak pasal 3P dalam bisnes? Kalau belum, meh sini baca kejap. Saya nak cerita sikit pasal benda ni!

Tak kira la korang ni usahawan veteran ke, baru nak up ke, benda ni memang penting! Jadi, jangan skip, baca sampai habis.

Saya nak bagi 3 tips yang boleh ubah game bisnes korang. Ready? Jom mula!

#1. Pasaran

Kita kena KAJI, RESEARCH dan TAHU situasi market yang kita nak masuk. Dalam bisnes, kita kena tahu pasaran kita tu macam mana.

Pasaran ni sebenarnya ada banyak, tapi saya bagi 1 contoh..

Kaji Market Share produk / servis yang kita nak buat!

For example : Saya jual tudung, saya kaji pasaran tudung sekarang. Sudah pastinya ada byk jerung2 / brand2 besar yang dah ‘otai’ dlm market!

Takkan saya nak keluar tudung yg sama mcm brand lain? Yg cliche? Camne nk fight brand yg dah besar?

Mungkin dari keunikan? Mungkin dari material yang hanya saya je ada dlm dunia?

Atau mungkin saya nak kecikkan lagi niche tudung saya kepada “TUDUNG UTK IBU MENGANDUNG”? Yang tiada orang buat?

So, macam mana nak kuasai pasaran?

  • Kena buat ‘homework’ dulu. Kaji dulu pasaran, ini dapat membantu kita memahami siapa pesaing kita, apa yang pelanggan cari, dan trend apa yang sedang hangat. Buat survey, interview dan analisis data untuk mengumpul maklumat.
  • Buat market segmentation. Ya market memang besar, tapi tak semua orang akan minat dengan apa yang kita tawarkan.

Jadi, kita perlu segmentasi pasaran kepada kumpulan-kumpulan kecil yang lebih spesifik.

Contohnya, bagi bisnes baju, kita boleh segmentasi pasaran kepada remaja, dewasa, sukan, atau fesyen formal.

Dari situ, kita boleh pilih sasaran pasaran yang paling berpotensi. Ini adalah kumpulan orang yang paling mungkin akan beli produk kita.

Kenal pasti ciri-ciri mereka seperti umur, jantina, pendapatan, dan minat.

Lepas tu, kita perlu positionkan produk kita supaya ia menonjol. Ini bermakna kita kena tunjuk apa yang buat produk kita unik dan berbeza dari pesaing.

Dari market research ni, baru la kita boleh susun strategi marketing dengan lebih efektif untuk kuasa pasaran yang kita nak.

#2. Penonton

Dalam bahasa inggerisnya, AUDIENCE! Bila buat ads, tak semestinya kita akan terus dapat sales

Kita jangan salahkan ads tu, FB ADS ke, IG ADS ke, TIK TOK ADS ke, tak kisahlah mana2 jenis advertising tu bila tak dapat sales.. tau..

Bila dah buat suma2 tu, tapi takde sambutan, takde orang beli, sales pun takde..

Kita kene bertenang dulu.. cek balik sebab2 ni..

  • PRODUCT DEMAND.. ada demand ke tak sebenanya? Macam mana nak tahu? Kena buat research, kat google pun boleh. Kalau expert, boleh tengok numbers. Carian orang, ramai ke tidak.. takut kita syok sendiri je.
  • LEVEL COMPETITION, sengit ke? Tak sengit langsung ke? Biasa2 ke? Kena tahu kalau tak sengit lain game dia.. kalau sengit lain plak..
  • JENIS AUDIENCE, General? Takde spesifik? Tak fokuskan?
  • PRODUCT USP. Citer pasal usp ni memang panjang, tapi ni contoh nak bagitau.. apa spesifik manfaat, kelebihan yang nak difokuskan. Jangan terlalu general jugak..
  • PRESENTATION. Macam mana orang tengok konsep kita, gambr dan video tu.. dia faham tak? Dia rasa tak? Sampai ke tak? Rasa berbaloi tak? Ada sebab tak?

Kadang2, saya jumpa usahawan yang produk dah siap, baru nak fikir audience..

Kita kena kenalpasti SIAPA sasaran audience tu.. Umur berapa, lelaki ke perempuan, kerja apa, duduk dimana, hobi, minat… semua tu kena tahu..

Bukan tu je, audience ni ada banyak jenis, banyak level. Cara marketing untuk orang yang mungkin tak pernah lihat brand kita berbeza dengan orang yang dah pernah membeli produk / servis kita..

#3. Produk

Yang ni ramai usahawan yang buat silap, banyak produk kat luar sana ikut ‘tekak’ sendiri.. tak kaji, tak research..

  • Paling basic kita kena kaji adalah S.W.O.T Analysis.. lagi cantik kalau buat competitors punya sekali..
  • Dari situ, kita akan tahu STRENGTH mana nak fokus, WEAKNESS mana nak adjust, OPPORTUNITY mana nak grab, dan THREAT mana nak hapus..

Kita kena tau apa produk yang kita jual ni, kena tau apa yang best pasal produk kita. Apa yang buat produk kita lain dari yang lain? 

Contoh, kalau kita jual baju batik, mungkin corak batik kita unik, kain kita selesa, atau warna kita menarik.

Bukan tu je, kita kena pastikan produk kita tu memang apa yang pelanggan kita nak. Kita kena pastikan produk kita tu boleh penuhi apa yang diorang cari.

Contoh, kalau kita jual baju batik, mungkin kita kena offer pelbagai saiz, atau guna kain yang selesa dan tahan lama.

Ni paling penting! Kita kena pastikan produk kita tu berkualiti.

Kita kena pastikan produk kita tu buat elok-elok, guna bahan yang berkualiti, dan design yang menarik.

Faham ke ni..?

Harap korang dapat catch up dengan apa yang saya dah share kat atas ni.

Ingat, dalam bisnes ni, tak kira la besar kecik, baru nak mula ke, atau dah lama bertapak, 3P ni kunci utama.

Jangan main hentam kromo je, kena ada strategi.

Baru la bisnes boleh jalan lancar, boleh grow lebih jauh.

So, ambil masa, fikir baik-baik, dan gunakan 3P ni sebagai panduan korang.

Selamat berusaha, dan semoga bisnes korang berjaya sampai ke bulan! 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *