5 STRATEGI BAGAIMANA TINGKATKAN LAGI PELANGGAN DATANG KE PREMIS

Siapa sini yang ada kedai sendiri, tapi tak ramai customer datang?

Nak tahu strategi bagaimana tarik lebih ramai pelanggan datang ke kedai?.

Dalam post ni, saya akan kongsikan caranya.. nak tahu? Jom teruskan baca..

#1: Advertising lokaliti

Strategi ni amat penting terutamanya untuk bisnes berskala kecil dan sederhana.

Ini kerana pelanggan sasaran utama kita adalah, masyarakat setempat di sekitar operasi perniagaan kita.

Jadi, bajet marketing kita dapat digunakan dengan lebih efektif.

Kita perlu iklankan di kawasan sekitar premis kita, guna media tempatan seperti radio, akhbar, bunting dan juga papan iklan jalan raya.

Seterusnya, kita kena buat content pengiklanan yang menarik perhatian.

Fokus kepada menyampaikan mesej jenama, produk/servis utama, lokasi premis dan sebagainya dengan cara yang kreatif dan mudah diingati.

Jangan lupa untuk sertakan promosi-promosi khusus untuk menarik minat orang ramai datang.

  • Selepas itu, kita kena tingkatkan kekerapan kempen marketing dengan konsisten sekurang-kurangnya 3 bulan berturut-turut.
  • Ini penting untuk membina brand awareness dalam kalangan masyarakat sekeliling.
  • Buat kira-kira dulu, untuk menentukan berapa kali iklan perlu disiarkan dalam beberapa tempoh berdasarkan bajet kita.

Dengan cara ini, masyarakat di sekitar kawasan operasi kita pasti akan lebih peka dengan kewujudan perniagaan kita.

#2: Micro influencer

Guna micro influencer review secara guerilla, 20-50 org secara agressive juga 3 bulan. (antara laju)

Micro-influencer biasanya ada antara 20,000 hingga 50,000 followers.

Walaupun followers mereke tak terlalu besar berbanding selebriti, tapi mereka ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan peminat tegar mereka.

Kos mereka adalah jauh lebih rendah daripada influencer terkenal.

Untuk memulakan strategi ini, kenalpasti terlebih dahulu micro-influencer yang bersesuaian dengan jenama dan sasaran pasaran anda.

Contohnya, jika kitamenjual produk kecantikan, cari influencer dalam bidang fesyen, gaya hidup atau kecantikan.

Seterusnya, berbincang dengan mereka tentang jenis kandungan dan kekerapan promosi yang anda mahukan.

  • Berikan sedikit kebebasan kepada micro-influencer untuk menghasilkan konten mengikut gaya mereka sendiri agar lebih semula jadi dan meyakinkan.
  • Pastikan juga anda menyediakan bajet yang mencukupi untuk menaja mereka sekurang-kurangnya 20 hingga 50 orang micro-influencer ini selama 3 bulan berturut-turut.

Ini salah satu strategi marketing berkesan untuk menarik lebih ramai pelanggan baru.

Ianya juga mampu memberi pulangan yang tinggi dengan kos yang rendah.

#3: Authority Influencer

Guna authority influencer yg dianggap ikon, pakar dalam industri..(boleh sebagai post, juga sebagai ads).

Authority influencer ini berbeza dengan micro influencer..

Mereka ini mempunyai pengaruh dan kredibiliti yang lebih besar dalam bidang tertentu berdasarkan kepakaran, pengalaman atau pencapaian yang dimiliki.

Kenapa perlu guna servis mereka ni?

Ini kerana pengaruh yang dimiliki oleh authority influencer mampu memberikan impak yang luar biasa terhadap brand dan produk kita.

Bila mereka rekomen produk kita, ia akan meningkatkan keyakinan dan minat customer untuk mencuba.

Tapi, kos mereka adalah lebih tinggi berbanding micro influencer sebab status dan pengaruh yang mereka ada.

Oleh itu, kita perlu merancang bajet dengan teliti sebelum mengambil langkah ini.

  • Kita kena kenalpasti terlebih dahulu authority influencer yang bersesuaian dalam industri bisnes kita.
  • Cari mereka yang mempunyai reputasi, kepakaran dan diiktiraf dalam kalangan pengguna sasaran anda.

Contohnya, jika kita menjalankan perniagaan makanan, cari chef terkenal atau kritikus makanan yang dihormati.

Rancang kolaborasi yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Ini mungkin termasuk sesi bual bicara, webinar, atau event khas yang menampilkan influencer tersebut sebagai tetamu VVIP.

Kita boleh bekerjasama dengan influencer. untuk mencipta content yang high impact.

Ini boleh jadi dalam bentuk video, artikel, atau post media sosial yang menonjolkan keunikan perniagaan anda.

Promosikan content yang telah dicipta secara besar-besaran, melalui platform media sosial influencer dan platform kita sendiri.

Lihat metrik seperti jangkauan, interaksi, dan konversi untuk menilai result kempen.

#4: Permission marketing

Kita boleh tarik orang datang awal dengan pemberian konsultansi percuma, atau harga rendah (syaratnya ada USP yang kuat, dan VALUE yg dinginkan)

Strategi ini boleh buatkan prospek berinteraksi dengan brand kita dengan lebih pantas!

Bila sudah yakin, mereka pasti akan menjadi pelanggan tetap kita!

Kenapa perlu menggunakan teknik ini?

Ia berkesan untuk menarik minat prospek baru untuk gunakan produk kita terlebih dulu tanpa sebarang komitmen.

Lepas mereka berpuas hati, tentu mereka akan menjadi pelanggan tetap kita nanti.

Jadi, langkah pertama kena buat adalah, tentukan apa yang kita ingin tawarkan sebagai insentif untuk menarik pelanggan.

Ini boleh jadi sesi konsultansi percuma atau produk dan servis pada harga yang lebih rendah.

Contohnya, kita buat syarikat perundingan kewangan, boleh menawarkan sesi perancangan kewangan percuma.

Susun syarat yang jelas untuk dapatkan tawaran ini.

Kemudian, promosikan tawaran kita, kepada target audience yang tepat dengan mesej yang menarik dan relevan.

  • Sediakan sistem pendaftaran yang mudah untuk pelanggan yang berminat.
  • Lepas mereka dah daftar, kita boleh berikan details atau produk yang mereka nak.
  • Gunakan peluang ini untuk memberi pendedahan maksimum tentang kelebihan produk kitaberbanding pesaing lain.

Bagitahu mereka keistimewaan unik yang kita tawarkan.

Jika kita menawarkan konsultansi, pastikan ia memberikan nilai yang sebenar dan membantu pelanggan dengan masalah mereka.

Kempen ini mampu menarik minat ramai, sebab mereka lebih selesa untuk cuba dahulu sebelum memutuskan untuk menjadi pelanggan tetap nanti.

#5: Refferal marketing

Membina strategi refferral, supaya existing customer membawa pelanggan baru..(reward kan diorang..)

  • Beri insentif kepada mereka yang berjaya membawa pelanggan baru kepada bisnes kita.
  • Ini kerana pelanggan sedia ada adalah supporter terbaik untuk mempromosikan brand kita!

Strategi ini sangat berkesan, kerana ianya dari mulut pelanggan sendiri.

Apabila pelanggan sedia ada merujuk kawan atau saudara mereka, sudah semestinya ia lebih dipercayai berbanding sekadar taktik pemasaran biasa.

Untuk langkah pertama, kita perlu menawarkan insentif atau ganjaran yang menarik kepada pelanggan sedia ada sekiranya mereka berjaya membawa pelanggan baru.

Ini akan berikan mereka motivasi untuk aktif promosikan produk kita.

Sebagai contoh, kita boleh menawarkan diskaun istimewa, kredit tunai, baucar percuma atau apa-apa bentuk ganjaran menarik yang lain. Lebih bernilai ganjaran tersebut, lebih bersemangatlah pelanggan kita untuk promosikan kepada rakan-rakan!

Kita juga boleh buat kempen-kempen khas, untuk rekrut lebih ramai lagi refferal.

Contohnya, menawarkan hadiah cabutan bertuah bulanan kepada pelanggan yang aktif membawa pelanggan baru.

Strategi ini juga mampu mengurangkan kos marketing pada masa terdekat.

Korang boleh faham ke ni?

Jadi itulah 8 cara untuk meningkatkan jumlah pelanggan ke premis perniagaan anda.

Percayalah, semua strategi di atas dapat bantu jika korang buat dengan konsisten dan penuh komitmen.

Nak tarik dan kekalkan pelanggan memang challenging, lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi yang tidak menentu sekarang.

Korang sentiasa peka dengan situasi semasa dan kehendak penguna, untuk improve bisnes korang..

Lebih baik kita fokus berikan value kepada pelanggan sedia ada, berbanding membazirkan bajet marketing untuk cari pelanggan baru.

Tu secara asas, idea apa nak dibuat!

Boleh plan detail lagi, apa yang korang boleh buat utk boost lagi trafik, atau orang datang ke kedai/premis korang..

Bagaimana? Ada korang dapat idea tak utk bisnes korang?

Korang punya bisnes ada kedai, premis, booth untuk tarik orang datang?

Boleh share kat komen…

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *