|

5 ‘BENDA’ PENTING YANG FOUNDER PERLU TAHU, SEBELUM BUAT PLANNING KEMPEN MARKETING

Ramai founder, maybe hanya tahu marketing itu – hanya advertising, hanya content marketing, hanya influencer marketing, live marketing,. Betul tak?

INGAT; “MARKETING ADALAH AMPLIFIER DALAM BISNES!”

Ianya akan tentukan bisnes kita boleh naik, atau boleh turun!

Kajian mendapati; Hampir 90% founder SME di malaysia ini, tiada marketing plan dalam perjalanan bisnes mereka!

Ini mengakibatkan, 60- 70% company SME terpaksa gulung tikar selepas 3-5 tahun berbisnes!

Dalam post kali ini, saya nak kongsikan 5 ‘benda’ penting yang boleh bantu founder menentukan matlamat, sasaran, bajet, strategi dan metrik yang sesuai untuk bisnes.

#1: Marketing plan

Ini adalah blueprint atau rancangan keseluruhan yang korang nak capai dengan kempen marketing korang, dalam 1 tahun.

Korang kena tahu

  • Apa matlamat korang?
  • Siapa target market korang?
  • Apa value proposition korang?
  • Apa pesanan utama korang?

Contohnya,

Kalau korang jual produk kecantikan, matlamat korang mungkin nak tingkatkan awareness, target market mungkin wanita umur 20-40 tahun, value proposition produk natural dan hala.

Korang kena faham apa tujuan bisnes korang. Nak tambah jualan? Nak perkenalkan produk baru? Atau nak bukak pasaran di tempat baru? Lepas tu, barulah korang boleh mula susun strategi.

Contoh, katakanlah korang ada bisnes baju. Untuk setahun, korang boleh plan macam ni:

Q1 (Jan – Mac):

  • Fokus: Launch koleksi baju raya.
  • Strategi: Gunakan influencer untuk buat unboxing video dan review.
  • Promosi: Adakan contest selfie dengan tema raya.

Q2 (Apr – Jun):

  • Fokus: Bersiap sedia untuk Raya.
  • Strategi: Buat teaser Raya di media sosial.
  • Promosi: Early bird discount untuk yang beli awal.

Q3 (Jul – Sep):

  • Fokus: Clearance sale untuk koleksi lama.
  • Strategi: Email marketing untuk bagi tahu loyal customer pasal sale.
  • Promosi: Buy 1 free 1 untuk tarik crowd.

Q4 (Okt – Dis):

  • Fokus: Launch koleksi baju tahun baru.
  • Strategi: Collaboration dengan designer terkenal.
  • Promosi: Roadshow di beberapa lokasi strategik.

Setiap quarter tu, korang kena ada target jualan dan KPI yang jelas. Pastikan juga korang monitor progress dan buat adjustment kalau perlu.

#2: Marketing roadmap

Bagaimana journey & phase in campaign marketing korang mengikut kalendar.

Ini adalah langkah-langkah untuk mencapai matlamat korang dengan mengikut timeline yang ditetapkan.

Korang kena tahu:

  • Bila nak launch kempen korang
  • Bila nak buat aktiviti-aktiviti tertentu seperti giveaway
  • Webinar, contest, dan sebagainya
  • Bila nak stop atau review kempen korang.

Contohnya,

Kalau korang nak launch kempen pada bulan Januari 2024.

Mungkin pada bulan Disember 2023, korang boleh buat teaser atau hype up kempen korang dengan post-post menarik di social media.

Pada bulan Januari 2024, korang boleh buat giveaway atau promo code untuk tarik pelanggan.

Pada bulan Februari 2024, korang boleh buat webinar atau live session untuk share tips kecantikan dengan produk korang.

Pada bulan Mac 2024, korang boleh buat contest atau survey untuk dapat feedback dari pelanggan.

Tak faham? Okay.. bayangkan korang ada bisnes kek.

Roadmap marketing korang mungkin nampak macam ni:

Januari – Mac: Fasa Persediaan

  • Objektif: Kenalkan brand kek korang.
  • Tindakan: Teaser di media sosial, adakan contest rasa kek baru, dan hantar sampel kek ke event-event lokal.
  • KPI: Dapat 500 followers baru dan 100 feedback positif.

April – Jun: Fasa Pelancaran

  • Objektif: Lancar kek coklat lava edisi terhad.
  • Tindakan: Buat live cooking show di IG, kolaborasi dengan food blogger, dan offer promosi istimewa.
  • KPI: Jual 1000 kek dalam bulan pertama.

Julai – September: Fasa Penyelenggaraan

  • Objektif: Kekal momentum dan tingkatkan jualan.
  • Tindakan: Adakan kelas baking, start program loyalty, dan buat flash sale.
  • KPI: Naikkan jualan sebanyak 20% dari fasa sebelumnya.

Oktober – Disember: Fasa Pengembangan

  • Objektif: Perluas pasaran dan tambah variasi produk.
  • Tindakan: Buka cawangan baru, lancar kek rasa baru, dan buat kerjasama dengan kafe-kafe terkenal.
  • KPI: Buka 2 cawangan baru dan dapatkan 2000 jualan kek rasa baru.

Setiap fasa dalam roadmap ni ada matlamatnya tersendiri dan korang kena pastikan semua aktiviti marketing korang selari dengan matlamat tersebut.

#3: Marketing budget & projection

Ni ilmu kira2 dalam menentukan bajet marketing korang yg bakal meramalkan revenue bisnes korang setahun.

Ini adalah anggaran kos yang korang perlu keluarkan untuk menjalankan kempen marketing, dan juga anggaran sales yang korang boleh dapat.

Korang kena tahu berapa banyak duit yang ada untuk:

  • Belanja pada kempen marketing korang,
  • Allocate untuk setiap aktiviti atau channel marketing seperti social media, email, website, dan sebagainya
  • Dapatkan jualan dari setiap aktiviti atau channel marketing tersebut.

Contohnya,

Kalau bajet marketing korang RM10,000 sebulan, mungkin RM5,000 untuk social media ads, RM1,000 untuk email marketing, RM2,000 untuk sms marketing, RM1,000 untuk influencer marketing, dan RM1,000 untuk lain2.

Kalau social media ads boleh bawa 10,000 impression sebulan dengan conversion rate 5%, maknanya boleh dapat 500 pelanggan baru sebulan dengan average order value RM100, jadi revenue dari social media ads adalah RM50,000 sebulan.

Katakanlah korang ada bisnes aksesori telefon.

Ini contoh bajet dan projection yang korang boleh gunakan:

Bajet Marketing Tahunan: RM50,000

  • Iklan Facebook & Instagram: RM20,000
  • Event & Roadshow: RM15,000
  • Kolaborasi dengan Influencer: RM10,000
  • Merchandise & Sampel Percuma: RM5,000

Dengan bajet ni, korang boleh buat projection jualan berdasarkan pengalaman lepas atau data industri.

Projection Jualan:

  • Target Jualan Tahunan: RM200,000
  • ROI (Return on Investment): 4 kali ganda dari bajet marketing

Cara Kira ROI:

ROI= (Total Jualan – Bajet Marketing​) / Bajet Marketing

Jadi, kalau korang set target jualan RM200,000, ROI yang korang nak capai adalah:

ROI= (RM200,000−RM50,000) / RM50,000 ​= 3

Ini bermakna, untuk setiap ringgit yang korang belanja untuk marketing, korang nak balik tiga ringgit dalam bentuk jualan.

Ingat, ni semua anggaran je. Realitinya, banyak faktor lain yang boleh pengaruhi hasil akhir, macam trend pasaran, persaingan, dan respons pelanggan.

#4: Marketing target & KPI

Inilah yang boleh bantu korang monitor data, analysis data, dan optimization kepada strategi marketing.

Ini adalah target yang korang nak capai dengan kempen marketing korang, dan juga untuk monitor prestasi kempen tersebut.

Korang kena tahu apa yang korang nak achieve dengan kempen marketing korang, seperti

  • Jumlah pelanggan baru
  • Jumlah repeat purchase
  • Jumlah referral
  • Jumlah testimoni
  • Macam mana korang nak track dan measure data

Contohnya,

Kalau sasaran korang nak dapatkan 10% pertumbuhan pelanggan baru setiap bulan, maka KPI korang boleh guna adalah jumlah pelanggan baru yang sign up atau beli produk korang dari setiap channel marketing korang.

Katakanlah korang ada bisnes kedai kopi.

Korang nak tingkatkan awareness dan jualan.

So, korang boleh set target dan KPI macam ni:

Target Marketing:

  • Tingkatkan jualan bulanan sebanyak 30%.
  • Dapatkan 1000 followers baru di Instagram dalam 3 bulan.

KPI untuk Monitor:

  • Jualan Harian: Berapa banyak kopi yang terjual setiap hari.
  • Engagement di Media Sosial: Berapa banyak likes, shares, dan comments yang korang dapat untuk setiap post.
  • Traffic ke Website: Berapa ramai orang yang klik link di bio Instagram korang.

Contoh Analisis Data & Optimization:

  • Analisis: Lepas sebulan, korang perasan post yang ada gambar latte art dapat engagement yang tinggi.
  • Optimization: Korang decide untuk buat lebih banyak post dengan latte art dan adakan workshop latte art untuk tarik pelanggan.

Dengan cara ni, korang boleh monitor progress dan buat changes yang diperlukan untuk pastikan strategi marketing korang berjalan lancar.

#5: High impact & sustainable marketing strategy

Strategy short term to long term, yang tak mati dek masa.. yang korang nak guna untuk menarik, memikat, dan mengekalkan pelanggan korang dengan menggunakan elemen-elemen marketing seperti product, price, place, promotion, people, process, dan physical evidence.

Korang kena tahu:

  • Adakah produk korang unik dan menarik?
  • Adakah harga produk berpatutan dan berbaloi?
  • Adakah kedai korang mudah diakses dan diketahui?
  • Adakah promosi korang menarik dan menguntungkan?
  • Adakah proses pembelian produk mudah dan cepat?

Contohnya,

Katakanlah korang ada bisnes produk kecantikan. Ini contoh strategi yang korang boleh gunakan:

Jangka Pendek:

  • Kempen Viral: Lancarkan challenge di TikTok yang mengajak pengguna untuk tunjuk perbezaan sebelum dan selepas guna produk korang.
  • Promosi Flash Sale: Adakan jualan kilat dengan tawaran hebat untuk tarik perhatian dan jualan pantas.

Jangka Panjang:

  • Educate: Buat siri video atau blog yang mengajar tentang penjagaan kulit, yang mana secara tidak langsung menunjukkan kelebihan produk korang.
  • Loyalty: Wujudkan program loyalty yang memberi ganjaran kepada pelanggan setia, supaya mereka terus kembali.

Korang boleh juga pecahkan strategi ikut fasa:

  • Fasa 1 (0-3 Bulan): Fokus pada kempen viral dan promosi flash sale untuk dapatkan traction dan awareness cepat.
  • Fasa 2 (4-12 Bulan): Mula fokus untuk educate customer dengan content yang menarik dan berguna.
  • Fasa 3 (1 Tahun ke atas): Perkukuhkan program loyalty dan dapatkan feedback pelanggan untuk improve produk dan customer service.

Dengan strategi ni, korang bukan sahaja dapat hasil jangka pendek yang meletup, tapi juga membina asas yang kukuh, untuk bisnes korang berkembang dalam jangka masa panjang.

Korang belajar sesuatu?

Jadi, inilah 5 elemen penting yang korang perlu tahu, untuk bina kempen marketing yang high impact, berkesan, dan profitable.

Bila korang dah tahu elemen ni, korang dapat elakkan kesilapan yang boleh buatkan bisnes korang rugi.

Lepas ni, korang akan tahu bagaimana nak adjust strategi marketing, dan buat improvement jika perlu.

Jadi, jangan buang masa lagi, mulakan planning kempen marketing korang sekarang!

Semoga perkongsian ini dapat bantu bisnes korang terus berkembang.

Selamat berjuang, dan semoga berjaya!

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *