|

“SAYA DAH BUAT MACAM2 STRATEGI MARKETING, TAPI SALES MASIH STATIK JUGA..”

Rasa stress tengok report sales statik? Tak boleh nak naikkan lagi? Korang dah try macam2 strategi dan teknik marketing, tapi result masih sama juga? Sampai dah lost, tak tahu nak buat apa lagi?

“Apa nak buat ni? Apa sebabnya? Kenapa sales tak naik2?”

Mungkin produk kita dah tak relevan, mungkin kita tak reach target market yang betul, atau mungkin kita tak fully utilize potensi platform yang ada.

Sebelum buat apa2 decision dan action, kita kena analyze dulu data sales yang ada sebelum ni.

Tanpa analisa, bagaimana nak tahu apa nak buat, atau optimization yang betul untuk naikkan sales.

Ni 5 langkah yang korang boleh buat untuk analisis data…

#1: Check data

Sebelum kita nak naikkan sales, kita kena tahu dulu data kita macam mana.

Data ni penting untuk kita ukur prestasi kita dan tengok apa yang perlu kita improve.

Data ni juga boleh jadi panduan untuk kita buat keputusan yang betul untuk bisnes kita.

Antara data2 penting yang kita kena tahu:

  • Trafik: Berapa ramai orang yang masuk ke website atau kedai kita? Dari mana mereka datang? Apa yang mereka cari?
  • View: Berapa banyak page atau post yang mereka lihat? Mana yang paling popular? Mana yang paling kurang?
  • Lead: Berapa ramai orang yang berminat dengan produk atau servis kita? Berapa ramai yang contact kita?
  • Buyer: Berapa ramai orang yang beli produk atau servis kita? Berapa kali mereka beli? Berapa banyak mereka beli?
  • Unit Product Sold: Berapa banyak unit produk yang kita jual? Mana yang paling laku? Mana yang paling tak laku?
  • Transaction: Berapa banyak transaksi yang kita buat? Berapa besar nilai transaksi kita? Berapa banyak kos transaksi kita?

Kita kena selalu check dan update data ni setiap minggu dan setiap bulan, untuk tahu performance bisnes kita.

Contoh, bayangkan korang jual baju online. Lihatlah data jualan untuk setiap design baju yang korang ada. Kalau design A laku keras, tapi jenis B ni tak laku, kita perlu tahu kenapa. Mungkin design B tu tak attractive, atau mungkin harga dia terlalu tinggi. Ini penting sebab kita nak fokuskan tenaga dan strategi untuk tingkatkan jualan design B.

Selain daripada jualan produk, tengok juga data customer engagement.

Berapa ramai yang klik, like, atau komen pada produk kita?

Ini boleh jadi petunjuk tentang sejauh mana customer tertarik dengan produk kita.

Semua data ni penting sebab ia bantu kita faham pasaran dan pelanggan kita dengan lebih baik.

Dengan data ni, kita boleh buat keputusan yang lebih bijak untuk bisnes kita. 

Jadi, bila kita semak data dengan teliti, kita dapat gambaran yang lebih jelas tentang apa yang berlaku dalam perniagaan kita.

Kita boleh tengok angka yang menunjukkan potential untuk improve jualan kita. J

#2: Platform & sales channel

Lepas kita dah tahu data kita, kita kena tahu pulak platform dan sales channel kita.

Mana sumber sales datang tu? Socmed? E-commerce? Team sales? Marketplace? Offline COD? Kiosk? Setiap platform, boleh berbeza analisisnya.

Kita nak tahu platform mana yang paling..

  • .. berkesan untuk kita jana sales.
  • .. banyak bawa trafik, lead, dan buyer.
  • .. sesuai dengan produk atau servis kita.
  • .. mudah dan murah untuk kita maintain.

Mulakan dengan tengok platform yang korang guna.

Kalau korang jualan online, mungkin korang ada website sendiri, guna platform e-commerce macam Shopee atau Lazada, atau pun berada dalam dunia sosial media seperti Instagram atau Facebook.

Contoh, korang jual pakaian secara online. Dari data yang korang semak, korang perasan yang traffic paling banyak datang dari Facebook. Mungkin customer kita ni lebih active kat situ, so kita boleh prioritize effort and marketing budget untuk platform Facebook ni.

Lepas kita identify platform yang paling effective, kita kena faham juga behavior customer kat situ.

Selain platform, kita juga perlu lihat sales channel.

Kita tengok data dan lihat berapa banyak sales datang dari website kita sendiri, berapa banyak melalui Shopee, dari kedai offline dan sebagainya.

Contohnya, kalau tengok data, sales dari website sendiri lebih tinggi berbanding melalui Shopee.

Ini boleh jadi sebab customer percaya lebih pada brand kita dan suka beli direct.

So, kita boleh fokuskan effort untuk tingkatkan sales di website dan buat promosi khas di sana.

Selain dari platform online, jangan lupakan juga sales channel offline.

Mungkin korang ada kedai fizikal, atau jualan di event atau bazaar.

Kena pantaulah, sama ada event tu bagi pulangan yang berbaloi atau tak.

Apa yang penting, kita kena aware mana yang paling beri impak positif kepada jualan kita.

Kita perlu adjust strategi untuk focus lebih pada platform atau sales channel yang lebih memberi impak positif.

#3: Analysis data

Ada data, baru boleh analisis data tu..

Baru boleh tau, kemampuan conversion rate, closing rate, roi & roas, % sales distribution, cost per buyer, cost per acquisation a buyer dan macam-macam lagi.

  • Kita kena faham apa tujuan kita buat analysis.
  • Kita nak cari patterns, trends, dan insight yang boleh tolong kita buat decisions yang tepat dalam bisnes.
  • Mulakan dengan melihat performance secara keseluruhan.

Jangan terus terfokus pada total sales je.

Tengok juga metric seperti conversion rate (berapa ramai yang jadi customer selepas lihat produk), dan retention rate (berapa ramai repeat customer).

Contoh, kalau kita tengok conversion rate rendah, mungkin ada masalah kat offer atau harga produk. Kita boleh adjust offer atau fikir strategi harga yang lebih menarik.

Lepas tu, kita perlu analyse juga customer demographics.

Siapa yang beli produk kita? Umur, jantina, lokasi dan lain2.

Selain itu, kita perlu pantau juga prestasi setiap produk.

  • Produk mana yang paling laku, yang kurang, dan yang boleh diperbaiki.
  • Boleh tengok dari aspek harga, kualiti, atau marketing.

Data ni boleh jadi guideline kita untuk adjust stok atau strategi marketing.

Ni penting juga, kita kena tengok trend jualan sepanjang masa.

  • Adakah sales naik waktu tertentu atau turun waktu cuti sekolah?
  • Kalau kita boleh predict bila peak sales period, kita boleh adjust stok atau buat promosi khas waktu tu.

Contoh, kalau korang tengok data dan perasan yang bulan puasa sales meningkat, boleh plan untuk keluarkan produk khas waktu tu atau buat promosi bersesuaian.

Boleh faham ke?

#4: Finding & compare data

Lepas kita dah buat analysis data, kita perlu buat comparison.

Ni untuk kita tengok perubahan dan trend sepanjang masa.

  • Ambil data dari beberapa bulan atau tahun sebelumnya dan bandingkan dengan data terkini.
  • Dari analisis yang kita dapat tu. ok ke tak ok..
  • Kita kena check data compare dengan sales metrik yang telah kita tetapkan!
  • Dari situ, kita akan jumpa finding..

Mungkin conversion kita teruk.. mungkin cost per lead mahal.. mungkin closing sederhana, bukan maximum..

Mulakan dengan fokus pada perkara-perkara asas seperti total jualan dan untung rugi.

Apa yang berubah?

Ada kenaikan atau penurunan yang ketara?

Kalau tiba-tiba untung melonjak naik, kita perlu tahu apa sebabnya.

Contoh, bulan lepas untung bersih kita naik 20%. Lepas buat pembandingan dengan bulan sebelumnya, kita perasan yang sales produk A meningkat. Jadi, mungkin kita boleh buat promosi lebih lagi pada produk A untuk maintain momentum positif ni.

Selain daripada untung rugi, kita juga perlu bandingkan data jualan setiap produk.

Produk mana yang perform lebih baik dan mana yang kurang mendapat sambutan.

Selain daripada produk, kita juga boleh buat perbandingan untuk metrics lain, seperti conversion rate, bounce rate, atau customer engagement.

Bandingkan prestasi setiap platform atau sales funnel.

Mungkin satu platform tu membawa lebih banyak traffic tetapi conversion rate rendah.

Kita boleh fokuskan usaha pada platform yang membawa hasil yang lebih baik.

Jadi, bila kita buat pembandingan data ni, kita boleh nampak trend, perubahan, dan petunjuk yang boleh tolong kita buat keputusan yang lebih informed dalam perniagaan.

#5: Optimize strategy

Sekarang, barulah kita adjust strategi, teknik yang sesuai untuk naikkan sales kita.

Kita perlu review balik data-data yang kita dah analisis tadi.

Tengok apa yang boleh kita perbaiki atau improve.

Contohnya, teknik tingkatkan conversion rate..

  • Adjustment pada presentation, copywriting, product demand, target audience, timing, cara offer, boleh ubah conversion rate!
  • 1% perubahan conversion rate, boleh naikkan 100% sales kita tau..(ni yang paling utama kitq beri perhatian).

Transaction increament..

Bayangkan dari orang orang nak beli 1 botol, orang beli pakej.. Terus naik sales!

Teknik pakej, gift, upsell, backendsell, crossell, oto, suggestion, antara yang boleh digunakan.

Sebenarnya banyak lagi boleh buat..

Antaranya, kita tingkatkan repetition existing customer, maybe dgn new product, exclusive product, maybe dengan buat line extension atau brand extension, yang menambah lagi ‘kerajinan membeli’ existing customer.

Kita boleh, tambah new customer, dengan tambah channel baru.. tambah tim yang menjadi sales point.. maybe buat brand expansion dengan tambah branch, kiosk, distributor dan sebagainya.

Jadi, apabila kita optimize strategi kita, kita bukan sahaja tingkatkan sales, tapi juga kita jadi lebih relevan dengan perubahan dalam pasaran, untuk dapat performance yang optimum!

Okay? Dapat sesuatu tak?

So, korang dah dapat lah tips macam mana nak selesaikan masalah sales statik ni.

Lepas ni, korang tak perlu lagi risau kalau tiba-tiba sales terus merudum atau statik je.

Insha’Allah.. dengan 5 langkah yang saya share di atas, korang dah tahu apa yang perlu adjust dan repair untuk improve performance bisnes korang.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *