3 KESILAPAN YANG FOUNDER BIASA BUAT DALAM PLANNING BISNES

Kadang-kadang, ada founder yang terlepas pandang perkara penting ni, ibaratnya macam kita rasa dah tahu semua, rasa yakin apa kita buat semua betul, tapi SEBENARNYA.. salah. Ini antara kesilapan yang founder selalu buat, semasa merancang target dan goal bisnes untuk jangka panjang…

1. VISI KURANG JELAS

Ha.. ni kisah benar tau. Kebanyakannya founder ni masih kabur lagi dengan visi dan misi company. Sampai nak cerita dekat orang ramai dan anak buah pun ‘krik krik’. So, founder pastikan visi company tu jelas dan relevant.

2. TAKDE ‘GUIDE’

Yang ni pun founder selalu buat silap tau. Tak nak berguru, rasa dah pandai. Sampai tersilap langkah, tersungkur. Barulah sedar, barulah nak insaf. Kira okay lah ada kesedaran, kalau jenis yang ego memanjang tu? Tepuklah dada sendiri ye..

3. TARGET TAK REALISTIC

Yang terakhir ni, letak target tak realistic yang mana founder ni terlalu kejar sale. Letak target tinggi melangit, tak logik dan agak mustahil nak capai dengan kemampuan team kita sekarang. Ini akan buatkan kita rasa give up dan nak stop…

So, korang selalu ke buat KESILAPAN ni?

Kalau ya, harap korang ubah dan tak ulangi lagi okay!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *