5 TIPS UNTUK FOUNDER BISNES YANG TENGAH DOWN & STRUGGLE NAK BANGKIT
Journey dalam bisnes ni memang struggle.
Ada masa, kita rasa macam nak give up je sebab banyak sangat masalah yang datang.
Itu normal je, dan semua founder pernah lalui saat-saat bisnes tengah down.
Sebab tu, mental kena buat!
Yang penting, macam mana kita bangkit balik dan teruskan perjuangan.
Dengan tips ni, insyaAllah korang akan dapat semangat baru dan terus maju ke depan.
#1. Upgrade diri
Founder kena jadi “org baru”? kena upgrade diri.. Kalau sebelum ni hanya focus biasa2 saje. Lepas ni kena give 100% focus, lbih semangat.
Apa yg kurang kat diri, ada negative attitude atau mind. Kena ubah!
Macam mana nak upgrade diri? Simple je, ambil masa untuk belajar benda baru.
Dunia bisnes ni cepat berubah, teknologi makin canggih, pasaran pun makin kompetitif. Jadi, kita kena sentiasa tambah ilmu.
- Sebagai usahawan, kita perlu sentiasa berada di hadapan dalam banyak aspek – teknologi, pemasaran, pengurusan, dan banyak lagi.
- Dengan upgrade diri, kita bukan sahaja meningkatkan potensi diri, tetapi juga memastikan bisnes kita terus relevan dan kompetitif.
Kita kena kenal diri kita dulu. Cuba tanya diri sendiri, apa kelemahan aku? Apa kekuatan aku?
Contohnya, maybe korang lemah dalam pengurusan kewangan, atau tak berapa mahir dengan digital marketing. Tulis semua tu.
Jangan lupa list down kekuatan korang jugak sebab kekuatan tu boleh jadi senjata utama korang nanti.
Lepas dah kenalpasti kelemahan, kita kena set goals untuk belajar benda-benda baru. Tapi ingat, matlamat tu mesti specific, boleh diukur, dan realistic.
Next, cari sumber untuk belajar. Sekarang ni, ilmu semua kat hujung jari je.
Korang boleh belajar dari buku, kursus online, webinar, podcast, atau video kat YouTube. Pilih platform yang korang rasa paling sesuai.
Ilmu tanpa praktik takkan memberi kesan yang besar.
Jadi, pastikan kita praktiskan apa yang telah kita pelajari.
Dari situ, kita boleh terus belajar dan memperbaiki lagi.
Proses pembelajaran adalah berterusan. Kita kena sentiasa update ilmu dan skills mengikut trend semasa.
#2. Berguru
Berguru dgn pengalaman shj tak ckup jika anda masih baru dlm bisnes.
Cuba cari mentor atau tengok cara founder yang berjaya tu, macam mana mereka naik. Mentor ni penting, supaya anda tidak buat kesalahan yg sama berulang kali.
kita kena tahu bidang mana yang kita perlukan bantuan.
Contohnya, maybe kita lemah dalam pengurusan kewangan atau tak mahir dengan strategi pemasaran.
Bila kita dah tahu bidang mana yang kita nak improve, barulah kita boleh cari mentor yang sesuai.
So, buat senarai bidang yang korang rasa perlukan tunjuk ajar.
Next, cari mentor yang sesuai dengan bidang yang korang perlukan bantuan.
Mentor ni boleh jadi siapa-siapa yang korang respect dan ada pengalaman dalam bidang tersebut.
Boleh jadi usahawan berjaya, bos korang dulu, atau pun seseorang yang korang kenal melalui networking.
Bila mentor dah bagi nasihat dan panduan, terima dengan hati yang terbuka.
- Jangan defensif kalau mereka kritik cara korang buat kerja.
- Ingat, tujuan mereka adalah untuk bantu kita improve.
- Praktikkan nasihat dan panduan yang diberi oleh mentor.
Jangan sekadar dengar, tapi tak buat apa-apa.
Amalkan apa yang kita pelajari untuk lihat hasilnya.
#3. Jaga customer relationship
Korang mesti tahu, customer ni adalah nadi bisnes kita. Kalau tak ada customer, bisnes kita boleh lingkup.
Ofkos korang memang ada customer sedia ada, jaga relationship dgn mereka. Mungkin sebelum ni mereka beli dgn harga biasa.
Cuba wujudkan sales yg boleh mereka repeat beli, contohnya, minimizekan size atau buat dalam packaging yg mini.
Kenapa penting sangat untuk jaga relationship dengan customer?
Sebabbya, bila customer happy, mereka bukan sahaja akan jadi loyal, tapi juga akan recommend bisnes kita kat orang lain.
Jadi, kita kena faham keperluan dan kehendak customer kita.
Jangan syok sendiri je jual produk atau servis yang kita rasa bagus, tapi sebenarnya tak memenuhi keperluan customer.
Contohnya, buat survey atau poll kat media sosial untuk tahu apa yang customer nak. Bila kita faham keperluan mereka, barulah kita boleh offer sesuatu yang benar-benar mereka perlukan.
Beri layanan istimewa kepada customer.
Buat mereka rasa dihargai dan istimewa.
Ini boleh buat mereka setia dengan bisnes anda.
Jangan layan customer macam robot, tunjukkan rasa empati dan mesra.
Contohnya, kita boleh beri diskaun khas untuk customer setia atau hantar ucapan terima kasih selepas mereka membuat pembelian.
Anda juga boleh beri hadiah kecil sebagai tanda penghargaan.
Untuk buat customer setia dengan kita, cuba tawarkan nilai tambahan yang mereka tak dapat kat tempat lain.
Contohnya, kalau kita jual produk kecantikan, boleh offer consultation free atau tutorial penggunaan produk.
Boleh juga buat loyalty program yang bagi rewards kat customer setia.
Bila kita offer nilai tambahan, customer akan rasa lebih berbaloi untuk terus sokong bisnes kita.
Feedback dari customer adalah sangat penting untuk kita improve bisnes.
Sentiasa minta feedback dari customer lepas mereka beli produk atau guna servis kita.
Gunakan feedback tu untuk perbaiki kelemahan dan tambah baik apa yang perlu.
Contohnya, kalau ramai customer complaint pasal packaging yang tak selamat, kita boleh ubah packaging untuk pastikan produk sampai dalam keadaan baik.
Selain tu, kita boleh bina komuniti di kalangan customer kita.
- Buat mereka rasa mereka adalah sebahagian dari keluarga bisnes kita.
- Ini boleh buat mereka lebih setia dan terlibat dengan bisnes kita.
- Buat group Facebook atau Telegram untuk customer kita.
Dalam group ni, anda boleh kongsi tips, promosi, dan berinteraksi dengan mereka.
Ini juga boleh jadi platform untuk mereka berkongsi pengalaman dan pendapat.
Ingat, customer adalah aset paling berharga dalam bisnes. customer happy, bisnes kita pun happy!
#4. Adjust business plan
Kenapa penting sangat untuk adjust business plan?
Simple je, business plan yang fleksibel akan membantu kita untuk terus relevan dan kompetitif dalam pasaran.
Apa kita perlu buat?
Kita kena kumpul feedback dari customer.
- Korang boleh buat survey, tanya direct kat social media, atau guna review platform macam Google Reviews dan Facebook.
- Pastikan korang kumpul feedback yang cukup untuk dapat gambaran yang jelas tentang apa yang customer suka dan tak suka.
Lepas dah kumpul feedback, langkah seterusnya adalah analisis feedback tu.
Tengok trend atau pattern dalam feedback yang diterima.
Contohnya, kalau ramai customer complaint pasal delivery yang lambat, itu bermakna korang kena tengok balik proses penghantaran.
Catat semua isu utama yang customer highlight dan buat senarai apa yang perlu diperbaiki.
Berdasarkan analisis tadi, korang kena buat pelan tindakan.
Tentukan apa perubahan yang perlu dibuat dan macam mana nak implement perubahan tu.
Contohnya, kalau isu utama adalah delivery yang lambat, mungkin korang boleh cari courier service yang lebih efisien atau tambah staff untuk urus order.
Buat pelan tindakan yang jelas dengan langkah-langkah yang specific dan realistic.
Bila dah faham apa yang pelanggan anda nak, buat perubahan pada business plan anda.
Boleh jadi ubah produk, ubah harga, atau even ubah cara anda berinteraksi dengan pelanggan.
Adjust business plan dengan customer ni bukan satu kali je, tapi berterusan.
Dah adjust satu business plan, balik ke langkah pertama dan start proses ni lagi.
#5. Konsisten
Sebagai founder, ofkos la kena konsisten bila buat kerja, bukan setakat tindakan, tapi juga marketing kena buat secara konsisten, supaya bisnes anda lebih ‘nampak’ di mata audiens.
Boleh tengok founder lain, bagaimana bisnes mereka boleh naik adalah sebab ada consistency.
Kita mesti rasa susah nak konsisten. Betul? Apa nak buat?
Kita kena tetapkan standard servis yang jelas.
Standard ni adalah garis panduan tentang macam mana kita nak layan customer.
Contohnya, tetapkan masa respon untuk setiap mesej atau email yang diterima, cara berkomunikasi yang mesra, dan kualiti produk yang konsisten.
Bila kita ada standard yang jelas, senang untuk semua orang dalam team follow.
pastikan semua staff dilatih dengan baik tentang standard servis yang kita tetapkan. Buat training secara berkala untuk ensure semua orang on the same page.
Contohnya, buat sesi practice cara handle customer yang marah atau cara beri layanan yang mesra.
Bila semua staff tahu apa yang diharapkan, lebih mudah untuk maintain konsistensi.
Kalau kita nak buat perubahan dalam bisnes, pastikan kita buat secara beransur-ansur supaya konsistensi tak terganggu.
Contohnya, kalau nak tukar packaging produk, buat testing dulu dengan beberapa customer dan tengok feedback mereka.
Bila perubahan tu dah confirm bagus, baru rollout secara besar-besaran.
Harap korang belajar sesuatu..
Gunakan 5 tips ni untuk korang bangkit dari kejatuhan dalam bisnes.
Semua founder bisnes pernah lalui saat paling bawah dalam hidup mereka, tapi apa yang buat mereka berbeza adalah mereka bangkit, belajar dari kesilapan, dan teruskan perjuangan.
So, ambil masa untuk apply tips ni, dan korang akan buat comeback jadi lebih kuat.
Jangan pernah give up, sebab setiap challenge adalah peluang untuk kita belajar dan jadi lebih baik.